Author: admin

#937: ISU CADBURY – JAKIM AKAN ADAKAN MESYUARAT.

#937: ISU CADBURY – JAKIM AKAN ADAKAN MESYUARAT.

Ini lanjutan dari entri sebelum ini: #936: Isu Cadbury – Kementerian Kesihatan vs Jakim. Pagi tadi, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan berikut melalui laman Facebook Kementerian Kesihatan.  (Nota: Terdapat sekurang-kurangnya tiga laman fb menggunakan nama Kementerian Kesihatan dan sangat mengelirukan). Melalui kenyataan satu perenggan itu, beliau menjawab persoalan yang…

Read More Read More

#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.

#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.

Kisah coklat Cadbury hangat diperkatakan di laman sosial sejak awal minggu lalu.  Saya enggan ambil kisah kerana seperti lazimnya, ia hanyalah penyebaran tidak sahih dari pelbagai pihak dan tak mahu terperangkap dengan penyebaran berita tidak sahih sehinggalah petang tadi, Bernama melaporkan seperti berikut: Baca selanjutnya di capaian ini. Lanjutan daripada kenyataan akhbar ini, Jabatan Kemajuan…

Read More Read More

#935: KISAH PAKCIK OKU DI PLAZA ANGSANA.

#935: KISAH PAKCIK OKU DI PLAZA ANGSANA.

Kita tentu tahu mengenai sebaran di internet tentang seorang lelaki lingkungan usia 40an yang sedang disuap seorang pekerja restoran Ayam Penyet Ria di Plaza Angsana. Kami sempat bertemu dengan pakcik ini semalam. Kisahnya, Insha Allah akan dipaparkan tengahari esok (Sabtu). Berikut sedikit paparan dari pertemuan kami.

#934: ADAKAH KERUGIAN MAS AKIBATKAN KHIDMAT KABIN TURUT MENYUSUT?

#934: ADAKAH KERUGIAN MAS AKIBATKAN KHIDMAT KABIN TURUT MENYUSUT?

Seminggu lalu, ramai terkejut dengan berita mengenai kerugian Malaysia Airlines mencecah RM1.174 bilion dan pelbagai cadangan turut didengar di kalangan masyarakat antaranya kerajaan tak perlu lagi menanggung kerugian itu dan ada yang mencadangkan ia diswastakan. Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu kepada Bursa Malaysia, penerbangan nasional yang tak pernah lekang dari kritikan terhadap cara pengurusan kewangannya,…

Read More Read More

#933: ADAKAH MINYAK URUT DIJUAL SM AMIN MENDAPAT KELULUSAN?

#933: ADAKAH MINYAK URUT DIJUAL SM AMIN MENDAPAT KELULUSAN?

Pemeriksaan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati, produk yang dijual SM Amin menggunakan ‘pelajar tahfiz’ di seluruh negara tidak berdaftar dengan kementerian itu.   Pada pembungkus produk ini, tertera “Dirumus secara tradisional untuk meringankan sengal-sengal otot, gigitan serangga dll.. Jualan Amal RM20 je.” Berikutan pendedahan sebelum ini, ‘sumbangan’ RM20 anda atas nama ‘amal’…

Read More Read More

#932: ADAKAH INI KESUDAHAN PUSAT TAHFIZ AMAL YAN KEDAH?

#932: ADAKAH INI KESUDAHAN PUSAT TAHFIZ AMAL YAN KEDAH?

“… I appeal to you that you stop people from using children as bonded laborers because the children need to use a pen rather than the instruments of child labor.”  Itu kata-kata terlahir dari Iqbal Masih, seorang kanak-kanak Pakistan yang dipaksa menjadi buruh ketika berusia empat tahun. Selepas dibebaskan ketika berusia 10 tahun, Iqbal menjadi…

Read More Read More

#930: BAYI ISTIMEWA – NURIMANINA JAPRI

#930: BAYI ISTIMEWA – NURIMANINA JAPRI

Dua hari lalu, saya sepatutnya membuat satu liputan di mahkamah, namun hati terdetik untuk menghubungi rakan wartawan, Mary Victoria Dass yang bertugas di Harian Metro Johor Bahru. Allah SWT sudah menetapkan perjalanan hari itu lebih jauh dan Mary mengajak saya ke Pasir Gudang menjenguk sebuah keluarga istimewa. Tak banyak yang saya tanya tetapi Mary sempat…

Read More Read More

#929: PUNCA KEMATIAN ANAK TUN HANIFF MASIH DISIASAT.

#929: PUNCA KEMATIAN ANAK TUN HANIFF MASIH DISIASAT.

Menjelang pagi 10 Disember lalu, keluarga bekas Ketua Polis Negara keempat, Tun Mohamed Haniff Omar menerima satu berita mengejutkan mereka. Ahli keluarga mereka, Ahmad Jamal Omar, 40, dikatakan terjatuh dalam longkang yang turut meragut nyawa anak bongsu dari empat adik beradik itu.    Foto dari instagram abang Allahyarham. Diguna dengan keizinan pemiliknya. Berita pemergian Allahyarham…

Read More Read More

#928: KEMALANGAN DAN SIKAP KITA.

#928: KEMALANGAN DAN SIKAP KITA.

Subuh tadi, kira-kira jam 3 pagi aku kebetulan membuat liputan satu kes kemalangan di persisiran Pantai Lido, Johor Bahru, melibatkan kematian seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti, dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Lelaki itu, Nor Rashidi Hassan, 53 tahun mati serta merta di tempat kejadian. Mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Scrambler sempat berbual…

Read More Read More

#927: GANGSTER JALANRAYA KENA TANGKAP

#927: GANGSTER JALANRAYA KENA TANGKAP

Sejak kebelakangan ini terlalu kerap kita lihat pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya merakamkan video terhadap anggota polis terutama cawangan trafik yang mengeluarkan saman. Lazimnya, rakaman itu akan turut memperlihatkan provokasi si pesalah lalulintas sehinggakan kita terfikir, jika dia tak mahu disaman, kenapa melakukan kesalahan? Dan tahukah pengguna jalanraya, jika tak mahu membayar saman dikeluarkan, bawa…

Read More Read More