Menjelajah dunia luar

Siapa yang tidak suka mengembara. Atau melancong. Semua suka. Hanya poket kita yang tentukan sama ada kita mampu untuk realisasikan angan-angan itu atau sebaliknya. Tetapi sebenarnya, kalau nak, seribu daya, jika tidak, seribu dalih.

“Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.”― Mark Twain.

Kalau kita lihat hari ini, kita mudah terpengaruh dengan apa yang orang lakukan, dan kita mudah mahu meniru apa mereka lakukan selain ‘peer pressure’ dari rakan sebaya. Sama juga kepada keinginan untuk melancong. Ada yang sanggup berlapar berikat perut semata-mata tak mahu terpinggir dari ‘trend’ yang dihidangkan di media sosial.

Ini juga terjadi pada kalangan remaja atau boleh dilihat sebagai delikuensi remaja. Seorang remaja yang memiliki kemampuan, sudah tentu menghidangkan kisah kisah indah mengembara dunia. Lalu, rakan sebaya mereka mahukan kehidupan serupa hingga lupa keinginannya mengatasi kemampuan diri  atau keluarga mereka sendiri.

Hinggakan keluar Quote of The Day dari seorang sahabat – MAJ:

“She loves to travel but she is jobless.”

Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan hidangan di media sosial. Jika benar-benar mahu mengembara, usahakannya. Berikan keutamaan kepada keperluan hidup dahulu sebelum beri keutamaan kepada kehendak kehidupan.

Apapun, di blog ini, saya akan kongsikan antara pengalaman mengembara, mencuba coffee, tanpa ditaja. Kerjalah sungguh sungguh serta dengan cara yang bijak. Juga tips bagaimana mendapatkan kamar upgrade serta penerbangan murah serta tempat tempat yang perlu anda lawati sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Umrah dan Haji jangan lupa pulak!

  1. Jan 7.2019 / 11:15 am / Reply

    Setuju! Bukan kata nak shopping je tengok poket, nak melancong pun kena ukur poket dulu. Saya pun melancung budget aje, walau kadang nampak tempat yang Saya pergi agak ‘gah’ tapi semua under budget.
    Bab makan pun sama, tak kisah kat mana, janji sedap.

    Keep update Hazrey, paling tak sabar nak baca tempat-tempat mengopi jer, sebab Saya #CoffeeLover hehehe..

    Jemput singgah http://www.sislin76.com