#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.

#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.

Kisah coklat Cadbury hangat diperkatakan di laman sosial sejak awal minggu lalu. 
Saya enggan ambil kisah kerana seperti lazimnya, ia hanyalah penyebaran tidak sahih dari pelbagai pihak dan tak mahu terperangkap dengan penyebaran berita tidak sahih sehinggalah petang tadi, Bernama melaporkan seperti berikut:
Baca selanjutnya di capaian ini.
Lanjutan daripada kenyataan akhbar ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bertanggungjawab kepada pengeluaran sijil halal di negara ini, mengeluarkan kenyataan penuh petang tadi sebagaimana berikut:
Jika kita memahaminya, kenyataan dari Jakim ini sebenarnya perlu dibaca pihak Kementerian Kesihatan dengan penuh sinis. 
Saya mendapat maklumat sebelum kenyataan Jakim dikeluarkan petang tadi, satu mesyuarat dikatakan diadakan membincangkan mengenai isu ini.
Lihat kepada perenggan ketiga kenyataan Jakim ini:
“Jakim ingin menegaskan bahawa persijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia. 
“Selepas sijil pengesahan Halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian persijilan halal Malaysia.” 

Sikap profesional Jakim ini amat jelas, apabila pihak mereka terus bermesyuarat pada hari sama mereka menerima makluman mengenai kenyataan media dari Kementerian Kesihatan seterusnya menggantung sementara sijil halal mereka tanpa menunggu tiga bulan seperti dilakukan Kementerian Kesihatan.

Penyebaran analisa makmal mula menjadi perbualan sejak seminggu lalu di twitter dan facebook ekoran ‘pembocoran’ satu helai analisa yang sudah di’cropped’ seperti foto berikut:
Apa yang kita baca pada analisa ini? 
1. Sampel adalah Coklat Susu Dengan Kacang Hazel – Cabbury Dairy Milk
2. Ulasan: DNA Khinzir (Porcine) Dikesan
3. Ejaan Cabbury. Mungkin bukan Cadbury.  Mungkin coklat jenama lain. Mungkin.
4. Tiada akreditasi SAMM.
5. Keputusan análisis berdasarkan kepada sampel yang diterima.
Tarikh analisa ini adalah pada 27 Februari manakala sebagaimana disebutkan melalui kenyataan Jakim, pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014.
Secara umumnya ramai tidak nampak apa maksud catatan di bawah keputusan analisa itu: *Tiada Akrediatasi SAMM.
SAMM bermaksud Skim Akreditasi Makmal Malaysia yang dikendalikan Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 
Ia sebuah organisasi yang sudah diwujudkan kerajaan sejak 15 Ogos 1990. Lihat ayat berikut:
* SAMM only accredits those facilities that meet all its criteria for testing competence and sound laboratory practice.
Adakah makmal kesihatan awam Kementerian Kesihatan, mengambil kira tiada akreditasi untuk analisa itu mempunyai kompentensi teknikal? 
Mengapa Kementerian Kesihatan menunggu hampir tiga bulan untuk mengumumkan mengenainya sedangkan hasil analisa dikeluarkan pada 27 Februari 2014?
Mengapa ia menunggu lama untuk tiba pada pengetahuan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan?
Mengapa Ketua Pengarah tidak merujuk akreditasi makmal kesihatan itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar, itupun selepas heboh diperkatakan di laman sosial? Adakah ia dibuat akibat tekanan dari pengguna di laman sosial dan cara mudah mengendalikan pertanyaan masyarakat ialah dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu?
Untuk kita yang kurang mahir atau kurang kefahaman mengenai bahasa teknikal, kita tak akan faham akan maksud G04-247 yang disebut melalui tajuk Kaedah pada analisa ini.
Metologi yang digunakan sebagaimana dijelaskan melalui capaian ini adalah seperti berikut:
Metologi ini jelas menunjukkan analisa ini sesuai untuk ikan atau produk berasaskan ikan, daging dan produk berasaskan daging. Sebab itu ia meletakkan * Tiada Akreditasi SAMM pada analisa itu. Tetapi apabila disebarkan, siapa yang memahami akan maksudnya?
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan seharusnya tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan sebaliknya melakukan pemeriksaan lanjut termasuk melakukan analisa kedua di makmal yang memiliki akreditasi agar kita tidak diperlekehkan nanti. 
Cadbury adalah sebuah syarikat antarabangsa dan tentunya kenyataan penemuan Porcine ini akan turut dipaparkan di media antarabangsa.
Banyak persoalan sebenarnya, termasuk tempoh yang sangat lama untuk Kementerian Kesihatan ‘menemui’ analisa ini di laman sosial. Jika ia sahih, mengapa terlalu lama untuk mengeluarkan kenyataan, atau adakah ia dibuat selepas ia heboh?
Cadbury pula tidak melatah akan perkembangan ini malah turut mengeluarkan kenyataan berikut:
Baca sepenuhnya di capaian ini.
Apapun, seharusnya demi kepentingan awam, analisa ini tak sepatutnya tersebar begitu mudah hingga menimbulkan kegusaran kepada pengguna beragama Islam apatah lagi, banyak persoalan perlu dihuraikan terlebih dahulu. 
Juga, tiada pengesahan pihak ketiga dilakukan (independent lab with accreditation) untuk batch yang sama kerana persoalan cara pengendalian sampel juga perlu dijawab (memandangkan makmal ini tidak memiliki akreditasi dan kompentensi boleh dipersoalkan) bagi menentukan adakah analisa ini memenuhi standard yang ditetapkan.
Persoalan seperti kemungkinan sampel tercemar atau mesin menganalisa tercemar juga perlu diambil kira. Lihat kembali keputusan analisa itu di bawah:

Ia menyebut:  # Keputusan analisa berdasarkan kepada sampel yang diterima.
Ini satu persoalan kerana di bahagian kepala analisa ini, sudah terpotong pihak yang menghantarnya. Adakah makmal ini adalah pihak yang bertanggungjawab menjalankan analisa seperti Jabatan Kimia?

Dan kami turut difahamkan, makmal beribupejabat di di Sungai Buloh sudah memindahkan bahagian ujian makanan mereka ke Klang dan dikatakan belum mendapat pengesahan ISO.

Pada pandangan kami, KKM seharusnya berinteraksi dengan Jakim terlebih dahulu dalam menyelesaikan isu ummah.

Apapun, kami dan ramai lagi, yang menggemari coklat Cadbury dan bukan Cabbury sangat ingin tahu persoalan persoalan dinyatakan di atas.

Harap kami tidak dikaburi dengan pelbagai maklumat terlalu teknikal, demi kepentingan awam.

** Ditulis secara bersama dengan Ustaz Azhar Abdullah.



Baca susulan kepada entri ini: #937 : Isu Cadbury – Jakim Akan Adakan Mesyuarat.

9 Replies to “#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.”

  1. Moga2 kita lebih Alert akan HALAL HARAM … Kita sebagai pengguna inginkan maklumat yg TEPAT dan TELUS ..Bukan maklumat yg tak betul dan lewat seperti kisah CADBURY ..

  2. Kenyataan yang dihuraikan memang ada benarnya. KKM perlu lebih efisyen dalam menguruskan kes yang melibatkan teknikal, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan isu pengguna Islam yang mudah terpengaruh untuk menyebarkan maklumat yang kononnya untuk membantu umat Islam lain, padahal isu tersebut tidak terbukti kesahihannya. Bahagian syariah dan hukum halal haram serahkan saja pada Jakim. Sebagai pengguna kena lah rajin merujuk laman web Jakim untuk info terkini dan sahih. Bukan hanya tau menyebar berita yang tak pasti benar atau tak.

  3. Kalo nak kate choc brand lain..aku try jgk google "cabbury choc". Mmng xde result..mngkin jgk btul cadbury.tp typo error. Bnyak sgt mknan kat luar sana yg shubhah..sbb tu bdk2 skrg prangai pon mcm2

  4. Sokong Kementerian Kesihatan walaupun dikatakan ambil masa yg lama untuj dedahkan nama produk dan syarikatau pengeluar. Mengharapkan JAKIM jika mereka memantau, sudah tentu nama produk dan pengeluar yang ditangkap memalsukan sijil halal, disembunyikan atas nama menjaga nama baik, mengharap pengguna yang prihatin bertanya, barulah mereka umumkan nama produk dengan penuh rahsia.

  5. Sebagai umat islam,di negara islam,kita harap kita dilindungi.ni nk jd hub halal?alamat kena gelak,ni baru satu,tauhu?tauge?mee?

  6. Salah org sebarkan..
    Salah kkm..
    Salah tv yang siarkan..
    huhu.
    Jakim never salah ke?
    Cadbury never salah ke?
    Walhal if didiamkan hal ni.. akan adakah pihak yang bersungguh mneliti hal ini????

  7. Salah org sebarkan..
    Salah kkm..
    Salah tv yang siarkan..
    huhu.
    Jakim never salah ke?
    Cadbury never salah ke?
    Walhal if didiamkan hal ni.. akan adakah pihak yang bersungguh mneliti hal ini???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *