#927: GANGSTER JALANRAYA KENA TANGKAP

#927: GANGSTER JALANRAYA KENA TANGKAP

Sejak kebelakangan ini terlalu kerap kita lihat pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya merakamkan video terhadap anggota polis terutama cawangan trafik yang mengeluarkan saman.
Lazimnya, rakaman itu akan turut memperlihatkan provokasi si pesalah lalulintas sehinggakan kita terfikir, jika dia tak mahu disaman, kenapa melakukan kesalahan? Dan tahukah pengguna jalanraya, jika tak mahu membayar saman dikeluarkan, bawa kes ke mahkamah. 
Saman itu bukan muktamad. Buat apa menyalak tak tentu pasal selepas melakukan kesalahan? Sewel? 
Ini ada satu kejadian berlaku di Jalan Dato Ulu Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kira kira jam 10.30 pagi, 25 November lalu. 

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Azmi Abdul Rahim, seorang anggota trafik IPD bertugas mengawal kesesakan telah mengambil tindakan saman terhadap sebuah kenderaan menghalang lalu lintas. 
“Semasa menulis saman, pemilik kenderaan, seorang lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 20an muncul dan mempersoalkan tindakan anggota itu. 
“Pada masa yang sama lelaki tersebut bertindak mengeluarkan kata kata provokasi atau mencabar serta mencekak baju serta merakam gambar anggota polis trafik itu,” katanya. 
Menurutnya, bagi mengelak ketegangan, anggota trafik itu telah meninggalkan tempat kejadian. 
Sebaik tiba di balai polis Melang, anggota trafik ini dikatakan telah membaca satu posting facebook dipercayai dimuatnaik pemandu yang disaman. 

Melihat tindakan keterlaluan ini, anggota polis ini membuat satu laporan polis dan satu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 
Berikutan itu, lelaki disyaki ditahan bagi membantu siasatan. 
Lelaki itu berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau keduanya sekali jika sabit kesalahan. 
Ini, aku lihat satu tindakan paling baik terhadap mereka yang kurang ajar secara berterusan melakukan provokasi terhadap anggota penguatkuasa seperti cawangan trafik menjalankan tugas. 
Hakikatnya mereka yang memuatnaik video, foto kononnya dianiaya disebabkan kesalahan dicipta mereka sendiri lebih menampakkan kebodohan kerana setiap saman itu membenarkan pesalah membawanya ke mahkamah trafik jika tidak berpuashati. 
Aku pun pernah ditahan anggota polis trafik. Pernah bukan tak pernah. Yang tahan aku tu semua manusia. PDRM belum lagi ambik robot untuk bekerja. 
Kalau kita berbahasa dengan baik, gunakan soft skill, kekadang kita diberi amaran sahaja. Kena saman bukan hilang nyawa. Kalaupun kena saman disebabkan anda dalam kecemasan, anda masih boleh lagi merayu dengan dilampirkan bukti bukti dokumen. Nampak? Ada tolak ansur lagi. 
Lagipun, lepas kau memekak menjerit kat video, kat fb tu semua, lepas tu kau akan telefon kawan kau dan:
“Bro aku kena samanlah. Boleh tolong dapatkan diskaun tak?”

7 Replies to “#927: GANGSTER JALANRAYA KENA TANGKAP”

  1. komen la jugak lagi 1 video tu..video budus jugak

    Dreba: apa kesalahan saya?
    Polis: awak tak pakai seat belt
    Dreba: (terus bercakap time polis explain) apa kesalahan saya? apa kesalahan saya?

  2. Polis trafik paling kesian….dorang paling tegas jalankankan tugas tapi doarang la paling orang chop sebagai pemakan rasuah padahal yang punya angkara tu orang lain….i knew some of them around where i live sebab selalu berurusan dengan mereka dorang ni memang berdedikasi tapi selalu la dorang yang kena dulu

  3. saya pun pernah kena saman..polis ni baik kalo kita cakap baik2…dah buat salah, kena la saman..lagi mau tanya apa salah saya..terserlah kebangangan di situ bila provok polis ni..

  4. Aku sokong.

    Polis cuma kuatkuasakan undang-undang. Pengalaman aku, 100% polis aku jumpa boleh tolak ansur. Kalau ada sebab terlanggar undang-undang, slow talk la.

    Polis pun memang ada yang makan rasuah. Cuma kalau takde orang bagi, diorang tak berani mintak. Berani mintak la, aku report.

    Pendek kata, polis ni terikat undang-undang. Dia langsi, boleh didakwa, boleh buat aduan disiplin. Yg bodohnya orang yg cari pasal dengan polis. Diri sendiri yg merana.

  5. Betul aku stuju. Bkn semua plis mkn rasuah.dn bkn semua polis
    Yg nk saman kita walaupon kesalahan tu dtg dri kita sendiri.
    Apa yg pnting budi bahasa kita.ni dh lh buat salah lepas tu.nk tunjuk ego lgi.klau aku jdik plis tu.aku pn saman die.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *