#922: TIPS BAGAIMANA MEMULAKAN FANPAGE FACEBOOK.

#922: TIPS BAGAIMANA MEMULAKAN FANPAGE FACEBOOK.

Nampak tak aku kurang menulis di sini? Aku fobia. Sebenarnya lebih kepada menyampah dengan anjing anjing yang berkeliaran tanpa tuan di internet, mencuri tanpa segan silu, mempersundalkan maruah demi populariti. Itulah dunia kita hari ini.
Tak mengapa. Hari ini aku akan menulis tips bagaimana hendak meraih followers yang ramai tanpa perlu keluar dari rumah, tanpa perlu berhujan berpanas, tanpa perlu memikirkan apakah topik yang mampu menarik pembaca.
Sebelum itu, aku nak kongsikan sedikit, bagaimana sesebuah media berfungsi.
Di setiap negeri, pejabat cawangan media dipanggil Biro. Contoh, biro Johor, biro Putrajaya. Kami tak panggil ia pejabat cawangan atau negeri. Di setiap biro itu ada Ketua Biro. Lazimnya setiap petang atau penghujung hari, Ketua Biro akan memikirkan apakah tugasan esok untuk anak buahnya – wartawan dan jurufoto. 
Antara tugasan atau dipanggil assignment: membuat susulan / follow ups, membuat liputan terhadap sesuatu kejadian dan setiap biro, di mana sahaja, pasti ada seorang wartawan ditugaskan menjaga berita berita jenayah.
Mendapatkan sesuatu berita secara eksklusif itu juga antara agenda utama sesuatu media. Ia menunjukkan betapa kita memiliki sumber atau ‘contacts’ yang baik dengan orang awam. Dan apabila sesuatu berita eksklusif itu dipaparkan di media masing-masing, ia juga akan membuatkan si wartawan dan jurufoto terlibat tersenyum bangga dan dijeling bengang oleh rakan media lain. Haha.
Berita tak datang bergolek kepada kita. Itu hakikat. Kita perlu keluar mencari berita itu. Kita perlu memasang telinga, pasang telefon sentiasa ada bateri dan sentiasa available untuk dihubungi sumber sumber kita. Bukan mudah. Tetapi kalau kita menyombong perasan seperti Tuhan Harun pun tak guna sebab tak ada orang akan hubungi kita.
Semalam, keputusan UPSR diumumkan seluruh negara. 
Kita bayangkan berapa banyak sekolah bagi 466,167 calon yang menduduki peperiksaan itu dan kita bayangkan pula betapa peningnya kepala Ketua Biro memikirkan sekolah mana yang perlu dihantar anak buahnya membuat liputan agar apabila disiarkan, ia sesuatu yang berlainan dan terdapat elemen human interest. Pemilihan foto dan berita bukan main belasah jek.
Kalau sekadar tulis berapa calon dapat 5A, itu cedok jek dari memana dah boleh kan. Tetapi itulah tugas media, mencari elemen human interest. 
Dan tugas wartawan pula, mereka perlu cekap dan alert dengan apa yang berlaku di sekeliling.
Semalam, biro Harian Metro di Kota Bahru memilih untuk ke Sekolah Kebangsaan Ketereh, Kelantan yang terletak kira-kira 21km dari pejabat mereka bagi membuat liputan keputusan UPSR peringkat negeri Kelantan sebagai sisipan berita. 
Lazimnya, mereka memilih sekolah seperti itu bukan seperti main dart. Letakkan peta di surface dart, tutup mata dan baling dart. Tidak. Mereka perlukan sumber yang baik. Mereka perlu telefon. Itu kos. Itu usaha. 
Terdapat kira-kira 342 sekolah rendah di Kelantan. Bayangkan pening kepala Ketua Biro.
Lazimnya, apabila sudah mengetahui ‘sasaran’ liputan, wartawan akan bergerak dari rumah terus ke lokasi assignment dan begitu juga dengan jurufoto. Di media kami panggil mereka pixman. Mereka ni macam anggota SWAT, semua barang dia ada dalam beg mereka. Dan kalau manja sikit dengan mereka, dapatlah kau tumpang kasih ambilkan gambar korang posing sikit sikit semasa tengah assignment tu. Tapi tidaklah kami letak dalam paper. 

Semalam, biro Kota Bahru berjaya mengungkap satu berita yang sangat menarik. Kisah seorang bapa Razali Harun yang menggendong anaknya pulang selepas heronya itu berjaya mendapat keputusan 5A untuk peperiksaan UPSR. 
Aku sempat twit kisah ini semalam selepas habuk masuk mata membacanya dan aku bangga dengan jurufoto NSTP – Syamsi Suhaimi yang berjaya merakamkan satu foto paling indah buat kita semua. 
Bayangkan, daripada 33,669 calon yang menduduki UPSR di Kelantan, team Harian Metro di biro Kota Bahru berjaya mencari satu kisah menarik untuk dipaparkan. Aku pasti sejak lewat malam, mereka sudah mencari cari sumber, menelefon, bergerak ke sana ke sini untuk memastikan berita yang bakal dipaparkan keesokannya adalah paling menarik untuk tatapan pembaca. Bukan senang nak jadi wartawan atau jurufoto media.
Bayangkan pula kalau terlepas foto ini. Pasti kita semua tak tahu akan Amir Zuhaidi Razali yang memperolehi 5A ini. Dia pula Orang Kelainan Upaya. Bapanya seorang buruh tetapi berjaya membesarkan anak yang bijak. Guru di sekolah itu juga harus diberi pujian kerana berjaya mendidik harapan keluarga ini.
Jika ada guru dari sekolah itu membaca blog ini, aku ucapkan tahniah. Aku mahu bersalam dengan anda semua dan kami doakan mudahan segala usaha cikgu itu mendapat sejuta kebaikan dari Allah SWT.
Dan kalau terlepas foto ini, maka berlayarlah jurufoto itu ke tempat lain tetapi kita nampak usaha gigih mereka berjaya merakamkan saat paling jujur ini. Tahniah Syamsi.
Lazimnya, apabila terdapat sesuatu foto atau berita menarik, sejajar dengan perkembangan semasa hari ini di mana laman sosial milik syarikat media berlumba-lumba menyiarkan berita terkini, Harian Metro online yang dikendalikan seorang sahabat baik aku di Jalan Riong semalam membuat keputusan menyiarkan foto seorang bapa menggendong anak ini.
Ia menerima hampir 22,000 likes dengan 195 shares setakat pagi tadi.
Aku pasti ramai yang berkongsi kisah ini. 

Dan semalam ketika aku buka akaun FB aku, aku ternampak seorang rakan FB berkongsi satu fanpage menggunakan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang.

 Kelantan lah kan? Ya, Kelantan.
Apa yang aku lihat, ini satu lagi tindakan mempersundalkan integriti pemilik fanpage facebook itu. Ok, let me say this, ia paling sundal pernah aku lihat. Aku sendiri pernah diplagiat dan tiada kredit diberikan atas usaha, penat, susah payah aku mendapatkan sesuatu posting menarik di blog ini. 
Tup tup keluar kat blog / fanpage fb orang lain tanpa kredit. Ini semakin lazim dilakukan dan aku anggap ia kononnya adalah bagi mereka tak mahu siapa pemilik sebenar, khuatir mereka hilang followers. Walhal, mereka itu sebenarnya bodoh kerana pasti ada yang terlihat kegiatan mempersundalkan integriti dilakukan.

Lihat foto ini. Sama tak dengan Harian Metro? Memanglah sama sebab ia memang milik Harian Metro. Lihat watermark foto itu di mosaic oleh admin page sampah itu. Jika tak sampah, pasti dia jujur dan mengakui itu bukan foto dia dan tahu itu adalah milik sebuah syarikat media, Harian Metro. 
Aku sempat meninggalkan sepatah dua kata sebelum kena block dengan fanpage tu. Hahah. Dah kantul block orang. Ini memang perangai lazim pemilik fanpage yang tumbuh bagai cendawan di facebook. Semua konon nak jadik yang pertama walhal mencuri hasil orang lain.
Tahukah pemilik fanpage itu, syarikat media boleh ambil tindakan terhadap admin fanpage itu kerana mencuri copyright mereka? Mesti tak tahu sebab itulah satu satunya cara mereka mempopularkan fanpage di facebook. Ini baru satu. Banyak lagi fanpage yang berbuat demikian semata-mata mahu popular tetapi mencuri hasil kerja orang lain. Mereka inilah penjenayah siber sambil mempersundalkan integriti kerana mahu popular.
Agaknya sewaktu kecil dulu, pemilik fanpage seperti ini gemar mencuri. Curi pensil kawan di sekolah, pulang dari sekolah, curi rambutan rumah orang. Dan selagi tak dicekup, selagi itulah mereka merasakan mencuri itu satu perbuatan murni dan dah jadi darah daging.
Itu cara mereka meraih followers. Mencuri. 
Dan itulah dia tips bagaimana memulakan fanpage di Facebook iaitu:
MENCURI.
Tahniah.

8 Replies to “#922: TIPS BAGAIMANA MEMULAKAN FANPAGE FACEBOOK.”

  1. Tiba-tiba mata aku pun masuk habuk bila baca entry ni. Tapi bukan pasal admin fanpage penipu perompak besar tu, tapi sebab berita Amir dan gambar dia dikendong ayahnya yang senyum sampai ke belakang kepala.

    P/S: Sebak ni sebenarnya rentetan dari hari terakhir anak aku bersekolah di tadika hari ni. Tahun depan dah tahun 1. Adehh…

  2. Huh! Memang dah jadi macam trend sekarang Buat Page Facebook tapi tadak hasil dari susah payah sendiri.
    Semua benda nak mudah saja, korek dlm internet salin tampal.
    Aku pun dah kena banyak kali.
    Entry blog aku yg tak seberapa sen tu pun kena pau jugak…
    Dah berlegar merata dlm Facebook, siap kena edit (perkataan Abg jadi Abg Lori pon pon ~ Gila ke apa aku ank main Horn tanpa sebab sambil pandu lori?)
    Gambar guna kamera cap itik aku pun kena sebat jugak masuk Page ntah memana tah…
    # LOLs to all those WANNABE!

  3. haih..benda ni dah berleluasa, kebanyakan fanpage memang macam ni.
    bagi diaorang curi2 tu benda biasa agaknya..
    bila kena kat batang hidung sendiri, baru terasa…

  4. Salam tuan yg fofuler dgn kelantangan anda.

    Kira2 4 tahun lalu, aku pernah berhajat utk jadikan satu foto seorng lelaki yg sedng kegelian memegang seekor ular utk dijadukan fanpage blog aku. tetapi malangnya, oleh kerana aku gusar nanti dia akan menjadi terlebih fofular, maka aku simpan je lah foto itu.
    Lelaki terbabit yang dikenali sebagai hazrey, kini tanpa fanpagepun, dia memang sgt vocal. Tahniah bro.

    Ye, aku setuju dgn pandangan hang. Apa yg berlaku, sudah menjadi trend dan tanpa segan silu berlapik berlindung, kecuali dipadamkan apa2 logo atau watermark kemudian dengan muka ikan mati keracunan, akan menyiarkannya tanpa sebarng rasa bersalah.

    Sama sprti yg masih berlaku pd blog aku. Pix dicopy paste, kemudian letak dlm blog mereka atau fanpage mereka, kemudian berderu2lah like masuk. Yg paling best, ada ayat:" sila klik link ini utk berita/foto asal" . Bila klik, rupanya, link itupun ciplak jugak dan bukan nerasal dari blog aku.
    Sangat hampas mereka ini semua.
    Jadi bro, aku rasa, aku akan keluarkan juga pix lelaki bernama hazrey itu yg sedang kegelian memegang seekor ular sebagai daya tarikan …

    Haha… ko memang 'debab'…

    N jangan lupa, bagi alasan yg kau tertido bila kau ada di kl n xsempat jumpa aku…!!!

  5. Saya suka baca blog Encik Hazrey ni sebab nak tahu berita-berita dari selatan tanahair sebab saya berasal dari sana.

    Bagi yang mencuri mereka pasti akan mendapat balasannya, walau mencuri sebesar zarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *