#914: GENG KONGSI GELAP DIHARAMKAN KDN

#914: GENG KONGSI GELAP DIHARAMKAN KDN

Sebagaimana dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyenaraikan pertubuhan diharamkan, sebagaimana berikut:
1. Geng 04
2. Geng 08
3. Double 7
4. Kumpulan Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10. Geng 21
11. Ang Soon Thong
12. Wah Kee
13. Sio Sam Ong
14. PNEH
15. Hong Hong San
16. Hai San
17. Sin Ang Bin
18. New Cell 20
19. Jit It Hai
20. Sio Koon Tong
21. Gee Lam Kor
22. Gee Ah Eng
23. Loh Kuan
24. Tiang Yee Tong
25.Geng Leng Hor
26.Geng 35
27.Geng 303
28.Geng Satu Hati
29.ATAP
30. Hung Ann
31. Sui Yup
32. Otai
33. Borneo Red EMP
34. Ah Ngau
35. Batu Tiga
36. Ah Feng
37. Batu 10
38. Sibu Ti
39. Ah Seng
40. Ah Chin
41. Lee Lung
42. Lo Han
43. Sg Merah
44. Sg Badut
45. Ting Ching Lee
46. Tua Cak Lee
47. Teksi Station
48. Pintu Merah
49. Krokop
Sebagaimana kita semua tahu, polis sudah melancarkan Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos lalu bagi menyelongkar segala pelusuk tanah mahupun lorong kecil, mencari penjenayah dan menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 bagi menahan mereka.
Melalui Ops Cantas Khas ini, banyak kejayaan dilaporkan hampir setiap hari di media sama ada elektronik mahupun cetak, tangkapan-tangkapan termasuk orang dikehendaki, dan ini semua dapat dilakukan melalui risikan teliti dan lebih fokus serta maklumat orang awam.
Kita lihat penggunaan sumber manusia lebih tertumpu dalam pencegahan jenayah dan kita mahu ucapkan tahniah buat setiap pegawai dan anggota PDRM yang siang malam tanpa mengira waktu memastikan Malaysia bukanlah negara koboi. Eloklah juga tiada lagi perhimpuan yang bukan bukan walhal pilihanraya dah lama habis kerana polis dapat memberi tumpuan lebih baik demi kebaikan masyarakat majoriti. Majoriti.
Kita sering menjerit apabila berlakunya sesuatu jenayah tetapi adakah kita memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa apabila diperlukan? Adakah kita merasakan ‘itu semua kerja polis’ walhal kita melihat sesuatu kejadian jenayah? Apa pula fungsi kita sebagai rakyat?
Kita perlu berhenti berbekam persepsi ‘semuanya kerja polis’ kerana bak kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang berulang kali menyatakannya, senjata paling baik dalam menangani jenayah adalah kerjasama masyarakat yang menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa. 
Hari ini, di tangan kita ada pelbagai kemudahan. Semuanya mudah. Kita lebih cepat mengemaskini laman sosial kita berbanding kita mahu melaporkan sesuatu kejadian kepada pihak berkuasa. Kenapa? Adakah lebih cool mendapat likes atau komen di laman sosial dari menyelamatkan satu nyawa? Kerana nyawa yang diperkatakan itu bukan darah daging kita?
Kerjasama masyarakat perlu. Jika tak mahu sokong usaha pihak berkuasa, sekurang-kurangnya ingatlah Malaysia ini hak kita, tanahair kita, dan kita perlu mendukung undang-undang sedia ada demi kebaikan bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak cucu kita. 
Jika tiada kekangan dari sekarang, adakah kita akan melihat anak cucu kita nanti terpaksa memakai baju besi untuk keluar? 
IBUBAPA.
“Pah, si along mana?’ tanya si ayah sebaik melangkah masuk ke rumah beriring sahutan cengkerik sambil menoleh ke arah dinding melihat jarum pendek kaku terhenti di nombor dua.
“Oh dia keluar dengan kawan, kata dia pergi makan,’ jawab si ibu.
Mungkin itu soalan si ayah akan anaknya. Di luar sana, kita sering tak tahu apa aktiviti anak kita. Saat pulang, ditijaknya semut pun tak mati. 
Apabila ditahan pihak berkuasa, bermulalah episod menyalahkan pihak berkuasa seperti polis, kononnya mahu menganiaya anak mereka. Memang ada. Saya pernah berdepan dengan situasi ini dan saya hanya mampu menggeleng kepala. Yang bertegang leher pun ada.
“Kenapa tangkap anak saya? Anak saya budak baik. Duduk rumah jek siang malam.” Yelah siang malam. Masa subuh anak makcik kat mana? 
Kita bukan mahu ibubapa curiga akan anak mereka. Tidak. Kita mahu ibubapa ambil tahu apa yang dilakukan anak mereka. Jika tidak boleh dikawal lagi, hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat jika mereka masih lagi di bawah umur dan JKM boleh mohon pada mahkamah untuk hantar mereka ke pusat pemulihan. 
Itu mudah ditulis. Tetapi sanggupkah ibubapa melakukan itu semua demi kebaikan masa depan anak mereka selepas sudah tak boleh dikawal lagi? 
“Anak saya baik, anak saya baik,” antara jeritan si ibu pabila tahu anaknya ditahan. 
Pabila ditunjukkan bahan bukti, seperti satu kes dulu ketika saya sertai serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor, seketul ganja mampat ditemui di bilik si anak, terus terdiam. Itupun selepas berulang-ulang kali menyatakan itu bukan milik anaknya. Itupun selepas anaknya mengakui itu miliknya.
Pada satu sudut baguslah anak anak ini menghormati ibubapa mereka, nampak baik di rumah. Tetapi di luar sana, perlu ambil tahu siapakah kawan anak-anak kita. Jangan mudah lepas tangan dan menganggap semuanya kerja polis. Tetapi bila polis dah buat kerja, disalahkan polis pulak. 
Lihat gelagat anak-anak. Pernah tak bergaduh? Pernah tak pulang muka berlebam dan dikatanya jatuh dari motosikal? Pernah tak secara tiba tiba berjumpa kawan-kawan secara rahsia di luar rumah dan bila kita melepasi mereka, semua terdiam bagai ada satu misi CIA sedang diperbincangkan?
Kita perlu ambil tahu. Tanya. Kawal. Semuanya bermula di rumah. 
Polis tak pernah melahirkan penjenayah. 
Adakah penjenayah itu semua adalah hasil didikan polis?
Hari ini, tak dinafikan remaja lebih terdedah dengan pelbagai pengaruh penglibatan elemen jenayah berikutan kemudahan komunikasi yang lebih canggih.
Contohnya semalam, seorang remaja berusia 18 tahun, berkenalan dengan seorang pelajar tingkatan satu melalui aplikasi wechat, didakwa di mahkamah kerana merogol gadis itu di tangga Pangsapuri Persiaran Tanjung, Tampoi Johor Bahru.
Mereka baru berkenalan selama dua hari. 
Tertuduh mengaku tak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM15,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula pada 28 September nanti.
Kita tak boleh salahkan aplikasi mahupun laman sosial itu semua. Tetapi, jika kita lihat ia melekakan dan membuka ruang serta mendedahkan anak kita kepada perlakuan jenayah, kita perlu kawal. Pencegahan itu perlu. Kita yang kawal, bukan orang lain. Takkan kita mahu semuanya diharamkan walhal kita sendiri gagal?
Contoh saya, wechat membolehkan seseorang mengetahui kedudukan saya dan ini memberi risiko kepada tugasan saya lantas saya sendiri tak memuat turun aplikasi itu. Kita boleh kawal diri kita. Adakah tanpa aplikasi seperti itu membuatkan kita tak cool? Inilah yang terjadi di kalangan remaja (dan yang tak berapa remaja termasuk yang dah tua bangka tu semua tolong sedar sikit), apa yang dilakukan artis pujaan mereka mesti diikuti dan mereka perlu populariti. 
Hari ini kita bagai melihat satu budaya, menjadi popular adalah satu kewajipan. Ada yang sampaikan membuka fanpage di facebook! Sampai tahap tu. Saya sendiri tertanya, kenapa perlu ada fanpage? Adakah individu ini seseorang yang boleh dijadikan idola? Bila melihat status seperti “sakit perut” mendapat beratus ‘likes’ saya bingung. 
Bingung kerana menjadi popular itu  sudah menjadi satu keperluan hidup. 
Menjadi popular juga bukan sekadar di laman sosial. Melaluinya juga, merebaklah budaya jadi cool sebab menyertai pelbagai kumpulan haram. Oh kita jangan salahkan filem. Toksah salahkan filem. Walaupun filem dilakonkan idola idola remaja ini semua dan mereka kepingin menjadi seperti idola mereka, kita tetap jangan salahkan filem. Kita lupa delikuensi juvana.  Ini bukan olok-olok.
Pada 2002, yayasan berkenaan membuat kajian bertajuk ‘Delinkuensi
Juvana’ mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap
remaja.




“Ini menunjukkan remaja mudah terpengaruh dengan media massa, malah
kira-kira dua kali ganda responden mengakui terpengaruh dengan watak di
televisyen,” katanya dalam kenyataannya.




Sehubungan itu, MCPF mencadangkan filem yang bakal diterbitkan diberi
perhatian khusus, terutama membabitkan unsur positif yang boleh
membantu mendidik remaja.




Lee berkata, sebagai contoh, filem KL Gangster arahan pengarah muda,
Syamsul Yusuf dibimbangi memberi implikasi negatif kepada penontonnya.
“Tajuk filem itu sudah memberi satu persepsi negatif terhadap
keseluruhan filem, apatah lagi ketika kadar jenayah membimbangkan,”
katanya.
Cuba lihat betapa pelajar tingkatan dua boleh menulis ayat di bawah ini. Dari mana datang ini semua?
Ada komen di capaian isu itu menunding jari kepada internet. Internetlah salah. Internet. Tiada lain. Internet. 
Internet tidak boleh dibuka secara automatik tanpa ada yang membuka capaiannya. Siapa yang menyediakan capaian? Siapa yang membayar wang bulanan broadband yang lajunya macam haramjadah di Malaysia ni? Siapa? Salah internet?
Di internet tu semua ada. Taip sahaja. Semua keluar. Tetapi bolehkah kita kawal apa yang dilihat, ditonton anak-anak kita? 
“Tak boleh encik. Encik cakap senang. Kitaorang ni kena kerja. Kalau tak kerja, diaorang nak makan apa?” 
Justifikasi itu sering dijadikan alasan lantas punca kesalahan diletakkan di bahu internet. 
Kembali kepada soalan pokok. Siapa yang sebenarnya sepatutnya mengawal. Kawallah mereka sebelum terlambat.
Kepada anda semua yang menyertai kumpulan tidak berdaftar tu, beransurlah pulang ke pangkal jalan. Saya tak mahu melihat ibubapa anda menangis, resah di bangku mahkamah melihat anda di kandang orang kena tuduh. Perit jiwa melihatnya. Perit. 

6 Replies to “#914: GENG KONGSI GELAP DIHARAMKAN KDN”

  1. hari tu suku sakat samsing gengster melayu @ pukida tu ada tersenarai…apa ke namanya…namanya 3 line @ 3 calit…la ni mana peginya…. apa ???? pasal ada penanung terpengaruh ke…..samsing tahi minyak….

  2. Anak-anak zaman skang…takut nak fikir…saya harap sangat anak-anak saya tak terbabit ngan aktiviti tak sihat ni….masalahnya zaman sekarang mak ayah terlalu open dan sekular…anak dara keluar pukul 3-4 pagi baru balik dengan pakwe pun takpe….anak jantan mensyabu dalam umah pun takpe….sedih betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *