ENTRY #704: SELAMAT PENGANTIN BARU MIERA LIYANA

ENTRY #704: SELAMAT PENGANTIN BARU MIERA LIYANA

Tak sangka. Aku pun dah lama tak makan nangka.

Aku suka Miera Liyana. Mana ada lelaki tak suka. Ingat tak Miera Liyana?

Ok, kita recap / kita imbas kembali.

Aku pernah menulis pasal artis ni dulu. Ya, ini bukan blog gosip tapi banyak pulak blog gosip yang pickup apa aku tulis. Macamlah aku ni bagus sangat. Blog longkang macam ni pun nak pickup story. 
Tapi percaya tak, banyak cerita yang ada kat suratkhabar tu, walaupun tak semua, ada yang dah masuk kategori basi kat internet ni? Sebab? Sebab ada blog longkang macam aku lah. Hahahahahahha. Korang pun baca kan, kalau tidak takkan dah jadik 600 ribuuu cek temah woiiiii… bunyi macam riak jek tu. Hahahahah.
Anyway, dulu aku pernah tulis pasal artis ni kat sini. Bukan tadi aku dah tulis ke ayat ni? Macam astro pulak aku ni, asyik ulang ulang jek tau.
Aku sesungguhnya tak pernah nampak budak ni berlakon. Eh ke dia menyanyi? Entahlah. Aku tak tahu. Tapi aku ingat gambar dia. Sebab gambar tu best. Ini dia gambarnya.

Kalau kau pandai teka, cuba teka apa yang tak ada kat gambar atas ni? Dapat? Takpe, diamkan jek sambil tenung seperti orang sedang berfikir. Oh, jangan lupa, kalau tokeh lalu, cepat cepat bukak excel atau word kononnya kau tengah buat kerja. Kantul nanti aku tak tahu. Aku dengar blog longkang aku ni dah ada kena block kat opis. Hahahah, padan muka korang. Pergi baca blog longkang ni sape suruh.
Itu cerita dulu. Bulan March 2011. Lama dah tuuuuuu. Muncungkan bibir sikit. 
Aku suka dengan dunia artis. Kalau nak kalis orang senang jek. Ada banyak pilihan:
1. Saya pun manusia biasa. (read: kami pun ada akal tau boleh pikir).
2. Ketika itu saya masih muda.
3. Saya ke kelab itu untuk menyambut harijadi rakan saya. (ketahuilah, kepada artis, masuk ke kelab tidak salah ya puan puan sekelian).
4. Saya ambil gambar itu untuk kekawan saya (kekawan tu jujur ke cik nok?)
Apapun, Miera comel. Itulah hakikatnya yang kita semua tak dapat nafikan. 
Tapi, kontroversi tanpa kualiti takkan membantu kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Betul tak temah?
Siang tadi, sambil aku berbaju Melayu siap bersampin, aku dapat satu email paling hot. Penghantarnya aku tak kenal. Tapi aku teruja sikit bila tengok gambar. Aku bajet, gambar orang baru kahwin sebab mesra macam baru kahwin. Ya, aku baru kahwin memang amik gambar camtu. Dululah. Sekarang pun lah. Kau jangan nak fitnah aku pulak ya.
Ok, serius. Boleh tak kita serius sikit bila menulis kat blog? Boleh? Bagus. Aku tak boleh sebab aku blog longkang. Esok aku tukar bloglongkang.com eh. Sheshuai.
Jadi artis ni bukan mudah. Apa itu definisi artis? Public performer, actor etc etc etc. Siapa kenal Hazrey? Nobody. Sebab aku bukan artis. 
Bayangkan ini – watak bertudung dipegang oleh si polan si polan, atau watak gadis suci dipegang oleh si polan si polan. Tup tup, kuar gambar macam nak kena cuci telinga dengan tazkirah. Hambik kau.
Bukan mudah untuk jadik artis. Bila kita dah bergiat dalam bidang seni ni, semua benda yang kita buat macam dah tak ada privacy. Bila kita jadi artis, tanggungjawab kita sangat besar. Kita jangan syok sendiri jek. Buat asal boleh jek. Kita dah jadi public figure. Orang dah kenal kita. Kita kena pandai bawak diri. Jaga diri. Kalau silap langkah, kejap jek orang akan bercakap. Kalau silap langkah, kejap jek masuk internet (read: masuk blog longkang ni. hahahah).

Betul. Sebab tu, beritahu anak anak kita, toksah jadik artis. Leceh. Lupa nak pakai bra pun orang mengata. Baiklah kita berniaga bra jek kat pasar malam tu. RM10 dapat tiga pasang. Saiz jangan tanya.

Ok, kita kuarkan satu gambar dulu. 

Aku sengaja letak watermark kat situ sebab aku tahu, kau tak tengok tempat lain selain alamat blog ni kan. Aku tahu kau jujur.  Aku pun telan air liur. Teringat iklan Fair and Lovely bila tengok gambar ni.

Ohh itu Miera bersama seorang pelakon baru, Lash Mokhtar. Ya, aku pun tak kenal. Hahah. Sungguh. Dengar dia pernah berlakon. Eh ya ke? Tak tahu pun. Nanti aku cari DVD.

Apapun, Miera berjaya membuat satu sequel untuk promosi dirinya. Dah tiga episod dah kalau aku pandai kira. Kira macam Transformer lah.

Kita cuba kira:

Kesemua tiga episod best. Kan? Inilah artis.

Memandangkan gambar mesra MACAM dah kahwin, aku nak mintak maaflah kalau betul. Tapi tak mungkin dah kahwin kan. Tapi KALAU betul (sebab mesra lain macam jek) aku ucapkan selamat pengantin baru. Kenapa tak jemput? Boleh ajak artis datang. Artis kalau tak datang majlis kahwin, nanti orang cakap kita tak ada kawan. Hahahahahahahahah. Donia donia.

Dah jangan nangis, pergi ikat rambut.

16 Replies to “ENTRY #704: SELAMAT PENGANTIN BARU MIERA LIYANA”

  1. Amboih… Aku sebenarnya skeptik ok dengan artis yang senyap sunyi lama takde cerita tiba2 ada kontroversi. Maybe rasa populariti menurun, kena buat sesuatu supaya orang ingat dia balik.

  2. ..Dan kalau aku silap, mungkin mereka dah kahwin, aku ucapkan selamat pengantin baru. Kenapa tak jemput? Boleh ajak artis datang. Artis kalau tak datang majlis kahwin, nanti orang cakap kita tak ada kawan. Hahahahahahahahah. Donia donia..

    Ahahaha..
    mau ada yang terasa..

  3. amboih kalah ohbulan camni. tak sabar tunggu sekuel..harry potter kan ada 8 episod..eh 7 ke 8? ni baru 3..
    makin byk episod makin kurang kain..

    so by episod 8 mesti dahhh…
    erhmmm..mmmm..hmmm glurppp..slurrppp..

  4. minah ni penah berlakun ke???
    watak apa??? kayu cendana ke???

    bakat berlakon nan hado
    takat jaja citer peribadi yg hazabedah saja lah depa2 ni semua!

  5. Pertama sekali (wah ayat…) , terus segar biji mato den ni ha….

    Kedua , bloglongkang.com tak berapa kick.Kita tukar jadi HazreyTheLongkang.com . Eh²…tu dh macam tuan tanah plak yang mc longkang. Ya ammmpun…

    Ketiga , alah biasa r bro . Retis kan…. Nak jadi retis senang je sekarang ni . Gedik² + dedah² pastu birah sikit pastu pandai menjawab soklan wartawan. Tak payah belajo pepandai …. huhu.

    Keempat , retis sekarang makin banyak kontroversi makin orang ingat agaknya. Kadang2 pelik gak tengok retis diagung2kan.Tu yang sampai dah kena tangkap WatHal dulu baru nak nikah la ni pun nak diraikan bagai nak rak. Entahlah….

    Kelima , bila mau update the next chapter?.Tak sabar bak tengok kegebuan dak hingusan ni . ← sekadar memenuhi permintaan dak despatch kompeni shayer kerja ni.Wah….ayat kalis dan tepis.kehkehkeh.

    ** Sesekali komen,aku rasa mcm skema je ayat aku.

  6. hahahaha. kalau baca entry hazrey, kena focus dekat ayat last sekali jeeee. hahaha.

    kesian btol jimmy shanley. artis xdtg majlis kate xde kwn, nmpk sgt niat nak kawen menyimpang, nak glamour lebih, cuih, tukar topic abes ! haha

  7. Fatin:
    hahahahaha. orang yang dah lama kat sini macam awak mesti paham yang tersirat. hahahahaha. awak ada kawan tak? hahahaahah

    lady dea
    ko kutuk aku ya cakap aku longkang. sedihlah macam ni. terguris hati aku. eh bila masa aku ada hati? hahahaha. kim salam budak despatch tu ya, cakap diaorang, jangan menular lebih. aku tau. i know what you did every afternoon.hahaha

    miloais
    dia berlakon iklan milo

    mak wardah
    dia belum kahwin lah mak temah eh wardah.

    conversationalist
    kannn.. kita semua kena tipu dengan lecturer.

    eden
    hahaha. hot sial miera tu. rugi kita. tapi takpelah, kita dah tengok 60 peratus badan dia dah.

    ftn
    aku ingat takde orang paham pasal apa aku letak tiga episod tu. ada gak. takyah episod 8 bro. aku tunggu episod 5 jek. fuhhhhhh

    gadisbunga
    lain macam selera kau. hahahahaah

    leen
    u tak shuka ke? itu bukan gosip. Itu cerita peha. Lama tak makan peha ayam. KFC jom

    aqi
    ada eh? tak tengok tv lah.

    ateeka
    mestilah. Masih faveret ai tu.

    kakcik
    ohh ada niat lah sebelum ni?

    gematria
    hahahahahahha.. hahahahahha.. kau ada? mampu?

    landaklaut
    mestilah ingat. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita tenung. hahahahah

Leave a Reply to FTN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *