PETUA ORANG MELAYU KALAU AMIK GAMBOR.

PETUA ORANG MELAYU KALAU AMIK GAMBOR.

Ya, aku tak tipu. 
Memang ada petua kalau amik gambar. 
Kecik kecik dulu, mak aku akan jerit:
“Jangan amik gambar bertiga, tak elok!!” 
Orang dulu dulu memang banyak petua. Memacam petua keluar. 
Kami sebagai anak yang patuh dan nak cium pintu syurga, ikut jerlah. Dalam hati aku, ermm takde chance lah nak bergambor kalau ada bini dua. Kena ada tiga. Baru genap. Mampussss si Hazrey ni berangan. 
Lelama tu, tidak mahu menderhaka, aku hantar satu email pada mak. Mak pulak berada di dapur sedang memasak manakala aku di bilik. Terpaksa antar email sebab mak tak add lagi aku kat Blackberry dia:
“Assalamualaikum bonda yang disayangi.
“Diharapkan warkah yang dihantar ini tidak mengganggu tugas tugas rutin bonda yang sentiasa sibuk dalam membesarkan anak-anak supaya tidak masuk tv lepas kena cekup dalam operasi rempit.
“Sementelaah bonda sedang memasak itu, mungkinkah bonda sudi untuk anakanda bertanyakan satu soalan yang sudah lama menghantui fikiran anakanda?”
“Ini soalannya bonda: kenapa bonda selalu berkata, tidak elok jika bergambar secara ganjil jumlahnya?”
“Untuk makluman bonda, pada 1992, iaitu ketika anakanda masih lagi berusia 2 tahun, ehh salah bonda, maafkan anakanda sebab tersalah kira, sebuah kumpulan gilaan gadis baru menempuh alam remaja – ditubuhkan.”
“Mereka ini dikenali sebagai KRU. Bonda tahu tak, walaupun anakanda sedikit benci untuk menyebut nama kumpulan itu kerana disebabkan merekalah cinta saya dengan Mona anak bilal ditolak mentah mentah sebab katanya, anakanda tak comel macam Yusry dengan rambut leleh.”
“Bonda, KRU tu dianggotai 3 orang. Sampai hari ini mereka elok jek. Tapi saya tetap benci Yusry sebab lepas Mona berubah hati, tahu tahu dia kebas Erra Fazira pulak, anakanda hampir nak uno wiwi tau bonda. Tup tup sekarang ni orang gosipkan dia dengan Lisa Surihani. Bertambah benci perasaan anakanda pada dia. Rasa macam nak hempas hempas badan ni tau. Lepas ni anakanda nak letak status pada Facebook, benci Yusry.”
Ini gambar mereka. Comel kan Norman. Hihi. Benci tengok Yusry tu, ngada ngada nak bawak Lisa ai tau.

“Harap bonda memahami, faktor saintifik amat penting ketika mengeluarkan satu petua kepada anakanda semua.” 

Sekian. Anakanda Hazrey.
Tak lama lepas tu, bonda reply email aku:
Bonda terdelete email anakanda sebab tengah tumis sayur. Sori eh. Bangun! pegi kedai beli kelapa parut. 
“Ok bonda, jangan lupa add anakanda pada Blackberry bonda tauuuuuu. 🙂

“Kau ni buang tebiat ke, bila masa pulak aku ada benda beri tu.” Wiiii.

Memang betul. Kekadang kami tergelak bila mak kata jangan amik gambar tiga orang. Apapun, niat dia baik. Katanya, tak baik bergambar ganjil sebab takut cepat berpisah. Maknanya, dia sentiasa mahu anak anaknya akrab. 
Dan kami yang degil ni, mesti cakap, mak, KRU pun tiga orang! Mak sengih jek. Comel mak eh. Tak tahu sama ada dia suka kumpulan KRU atau sebab jawapan kami. 
Sekarang KRU dah tua. Mona pun. Mesti dia dah gemok. Padan muka dia. Dulu dia hot macam Juliana Evans sekarang. Dengar anak sembilan. Mungkin rumah tak ada televisyen agaknya. Lepas maghrib tak tahu nak buat apa. Kesian. Pegilah Courts masa bulan puasa, mesti ada promosi pakai dulu, lepas raya baru start bayar. Haaa kan.

Anyway, alah, kalau aku bela misai macam gambar Yusry tu, mesti bukan Mona jek meleleh tengok aku. Kecoh slot Kontroversi Melodi nanti. Aku malas jek. Ya, aku malas jek. Jangan cabar aku tau. 

Baru-baru ni, ketika majlis merisik sepupu aku (bukan aku yang dirisik walaupun masa tu aku menipu diri sendiri, aku yang dirisik.. sedih kan), sekali lagi petua yang sama dikeluarkan, kali ini oleh Mak Long, kakak kepada mak. 
“Heyyyy tak baik amik gambar lima orang!!!” dia menjerit persis suara Ella tanpa gaya melentik menebarkan rambutnya sebab takut uban semua melekap kat muka kami. Dia menjerit tu sebab dia pun ada dalam gambar tu dan aku pulak tukang amik gambar.
“Apalah mak long ni tau. Ngada ngada tau, tu Wonder Girls ambik gambar lima orang, elok jek.” Aku jawab serious.
Kami berderai ketawa.
Mak Long terdiam dan berkerut dahi. Tak tahu kenapa.

19 Replies to “PETUA ORANG MELAYU KALAU AMIK GAMBOR.”

  1. masa berlajar aku dan kawan2 tersadai tepi jalan sbb bas rosak. masa tu kat lipis pahang. borak2 dengan akak jual bege dan nak amek gambo. tapi dia kata, eh tak baik amek gambar bertiga. aku kata kami adik beradik 3 orang, macam mana pun kena amek gambar bertiga. ok je idop.

  2. Tak kuasa nak layan petua tak masuk akal nih. Selain tok nenek makcik pakcik tak bagi, dulu selalu jugak tgk kat mgzne artis ambil gambar dgn anak saudara (dia,suami, anak sorang+anak saudara). Itulah sebabnya agaknya.

    Ada yg bagi alasan nanti salah seorang meninggal. Laaa… kalau bergambar berempat tak mati ke?

  3. Wiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

    Haahaha your Mak Long tu tengah fikir kot nak piat telinga si Hazrey ni ke atau nak suruh ketuk ketampi.. ye la.. dah besar panjang, dah jadi laki orang.. hehehehe

  4. dulu masa kecik2 mak pernah cakap macam tu tapi tak pernah tanya kenapa.. kenapa ek..? sampai sekarang masih tak dapat jawapan siapa yang mulakan soalan itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *