SERIOUS TALK. SHOULD I ABORT IT OR SHOULD I GO TO MELAKA?

SERIOUS TALK. SHOULD I ABORT IT OR SHOULD I GO TO MELAKA?

JASIN: Three days after the country’s first school for pregnant teens officially opened its doors, five young mothers-to-be bravely stepped into Sekolah Harapan here yesterday to register for classes.
The girls, aged 16 to 17, and accompanied by their parents, met school officials for a briefing at Rumah Harapan, the dormitory adjacent to the school, at about 9.15am.

Read more here.

Banyak soalan masih belum dijawab. Adakah ia mampu menyelesaikan masalah buang bayi seperti laporan di capaian Harian Metro ni?

Mungkin ada yang bersifat liberal dan berkata, kenapa kita tak gugurkan sahaja kandungan tu pada peringkat awal? Easy to say, tapi bagaimana trauma yang bakal dihadapi si ibu muda itu? Trauma bukanlah suatu perkara yang mudah ditangani kerana ia melibatkan psikologi seseorang.

Tapi mungkinkah itu satu opsyen, dan apa pula hukumnya jika ia dilakukan sebelum bayi berusia empat bulan?

Ini petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 24 April 2009.


– Janin menghidap penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya: Haram sebelum berumur empat bulan dan selepasnya.

-Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti buta, cacat sebelah tangan atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan sebagainya.
Hukumnya: Haram jika umur janin melebihi empat bulan dan harus kiranya umur bayi kurang empat bulan.

-Janin menghidap kecacatan yang serius yang membawa kematian seperti tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya.
Hukumnya: Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

-Janin mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan. Hukumnya: Terdapat perbezaan pandangan ulama.
-Harus sebelum berumur empat bulan, haram selepas empat bulan.
-Harus walaupun selepas empat bulan dengan syarat keyakinan tinggi hasil analisis doktor-doktor pakar.

-Janin menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya: Harus sebelum empat bulan, haram selepas empat bulan.

-Janin yang terhasil akibat dirogol.
Hukumnya: Harus digugurkan hanya sebelum empat bulan.

– Janin yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya: Harus gugur janin sama ada sebelum atau selepas empat bulan, kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.

SOALAN 2:

Mengapa umur janin sebelum dan selepas empat bulan membawa perbezaan hukum?

JAWAPAN:
Berdasarkan hadis riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak-hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam Islam adalah dari umur empat bulan dalam kandungan.

Ramai juga yang mencadangkan kemungkinan kemungkaran hingga terhasil kandungan luar nikah adalah akibat dari pergaulan bebas dengan kiraan ia berlaku pada penghujung Disember lalu, sama ada waktu Krismas dan Tahun Baru Masihi. Sengaja aku tulis Masihi sebab kalau Hijrah tak mungkin pulak kan.

Aku agak setuju sebab akhir tahun lalu bila aku ikut serbuan ke pusat hiburan di Johor Bahru, aku tengok lebih ramai muka jawa dan sawo matang macam aku yang menyambut Krismas dari yang color lain. Tetapi dressing mereka juga lebih omputih dari omputih. Mereka jugak minum lebih dari omputih yang aku tengok kat tibi.

Tetapi, adakah pusat hiburan sahaja yang menjadi medan permulaan kepada gejala “kalau u sayang i, kangkanglah.” Lucah ke? That is the fact ladies and gentleman. Realiti. That is why we need sex education, thru it we can teach our youngsters to say NO to premarital sex. Naya weh. Kalau perut kembung, malu kat mak bapak, malu kat sedara mara, malu kat segalanya. Tapi masa anak anak dara kita keluar dengan mendedahkan tubuh sikit jek kurang dari daging lembu yang belum dipotong potong digantung kat pasar, kita tak pulak menjerit malu kat sedara mara, malu kat jiran tetangga?

Based on my experience, ramai “anak dara” yang keluar tu semua masih mempunyai mak bapak. Tidak ke diaorang risau anak tak balik rumah sampai lewat malam?

“Dia pergi jumpa kawan jek tu.” 

Aku dah banyak berjumpa dan bercakap dengan perempuan muda (kenapa aku cuba elak dari gunakan perkataan gadis dan anak dara sebab aku tak tahu dan aku taknak prejudis) di kelab malam, menanya:

“Selalu lepak dari pukul berapa sampai pukul berapa?”
“Lepak sampai tutuplah bang. Air tak abis lagi, rugilah sebab dah bayar.” 

Air yang dimaksudkan biasanya bukan air cincau atau cendol. Cendol kalau tak abis, biasanya tokeh kasi bungkuskan untuk dibawa pulang bagi dihabiskan bersama rakan taulan di rumah sewa yang selalu kopak walaupun baru dapat gaji kira-kira 10 hari lalu.

 Teh C Cincau Peng Special. Bukan, ini bukan air yang ingin dihabiskan ketika berada di kelab. pix credit: http://blog.malaysia-asia.my

Kita justifikasikan pembukaan lebih banyak pusat hiburan sebagai menggalakkan pelancong. Crap! Setakat ni, kalau aku ikut serbuan pihak berkuasa, pelencong lebih ramai dari pelancong.

Ada ke omputih yang datang ke Malaysia ni sebab nak pergi clubbing semata mata? Ada. Tetapi mereka biasanya tak akan ke sesuatu tempat untuk pergi clubbing semata mata, tetapi lebih kepada past time mereka untuk pekena secawan bir tanpa menjerit mai secawan seperti dalam iklan tu. It is not a necessity for them pun.

Adakah alasan berikut boleh terus diterimapakai:

“Saya balik dah penat, mana sempat nak tengok anak perempuan saya.”
“Itu kan kerja mak dia, saya ni penat kerja.”
“Biarlah dia keluar, bercampur dengan orang, biar dia tengok donia.” Lepas kembung perut, baru donia tengok dia.

Dan aku boleh relate kan alasan alasan tu semua, dengan entry sebelum ini di sini.

Kalau sudah dibaca entry itu, aku nak sambung sedikit. Mengikut kata gadis itu, ibubapanya sudah berpisah, dan dia mendakwa bapanya sendiri pernah cuba merogol dia selepas pulang lewat ke rumah.

“daripada kau bagi pada orang lain, lebih baik kau bagi ayah kau sendiri.” iblis tak bapak dia?

Tetapi, apabila gadis ini tidak keruan, kat siapa dia nak pergi? Kalaulah dia tahu ada imam mahupun bilal seperti dalam drama Mia kul 6.30 petang kat TV3 tu, apa ntah nama drama tu, mesti dia akan turned to him right? Tapi kalau imam serta bilal sendiri cengih dan tak mesra alam, akhirnya budak seperti ini akan pergi kepada mulut buaya.

Hakikatnya, there are more buaya than alligator kat luar sana, yang menghitung jari dan bermulut manis.

Well, true enough, aku pernah bertanya, tak takut ke ada lelaki masukkan dadah dan rogol awak?

“Alah bang, pandailah kita jaga diri. Selama ni ok jek.”

Real tak? Mereka sebenarnya menghumbankan diri mereka ke kancah peluang buat pengambil peluang atau oportunis. Yelah selama ni ok lah, tapi esok lusa kau tau ke kau nak dilapah macam hari raya korban?

Sekali lagi, clubbing bukanlah satu satunya medan. Banyak lagi. tengoklah pelajar sekarang. Even at the age of early teens pun boleh romen romen, boleh lentuk kepala, kononnya shayang. I think we should prevent that first before we open up more centers like what they have in Melaka. Aku rasa arah tuju tu agak terpesong sebab sepatutnya prevention comes first. Tak tahulah aku kot ada konsep lain.

Pelajar tak perlu pergi jejauh untuk beromen. Mereka semakin berani? Apakah yang membuatkan mereka berani? Pernah tak kita selidik itu semua? Jangan salahkan kiamat semakin hampir sebagai alasan untuk kita lepas tangan. Allah SWT dah bagi signal akan berlaku sekian sekian, maka kita yang ada akal ni, patutnya prevent lah, ubah untuk kebaikan dan cari jalan pencegahan, bukan penguatkuasaan dan pemulihan semata mata. Aku tengok publisiti pasal pusat ni mencurah curah.

Kalau nampak teenagers tengah feeling beromen, kita jangkakan kita akan bercakap macam ni:

“Oii setan kau, beromen kat sini. Kau nak jadik apa hah? Setan kau, kau tau tak dosa?” dengan jeritan ala ala tiga line ketika tarik kereta.

Setan memanglah tau dosa, sebab tu ada setan. Dan kalau kita pun menjerit macam tu, sebenarnya kitalah setan. Sebabnya, bukan ke kita dah tahu bebudak sekarang suka memberontak dengan pelbagai kaedah dan formula, kenapa kita tak approach them amicably, nasihat elok elok dan bawak dia insaf? Kita dah tahu dia buat salah, kita perbetulkan. Bukan terus menghukum. Buatlah di peringkat awal. Bukan di peringkat perut dah kembung.

Percayalah cakap aku, ia boleh dilakukan kalau kita buat secara elok. Tapi silap kita jugak, sebab kita buat semua tergesa gesa dan nak jadik hero semata mata, tapi tak pikir, apakah implikasinya nanti, seperti kita menghalalkan pulak perbuatan premarital sex ni.

Berbalik kepada petikan Utusan Malaysia tadi, adakah kita membolehkan untuk gugurkan janin sebelum empat bulan selepas berlaku zina, bagi elak malu, bagi elak aib? Aku tak tahu, aku daif tentang agama. Tetapi kalau ia mampu menimbulkan dan menzahirkan kezaliman pada janin, kenapa tidak?Kalau aku salah, perbetulkan. Jangan meroyan ok macam setan masuk badan. Haha.

Dan ketika sebuah pusat sedemikian dibuka, kenapa tiada publisiti mengenai usaha lebih ramai kaunselor atau penasihat tentang pendidikan seks diwujudkan? Kita tak ada budget? Kita tak ada tanah? Kita tak ada kepakaran? Kita tak ada itu, ini?

Sebenarnya, pada ketika sebuah pusat dibuka, lebih banyak permohonan penjualan arak di akhbar dan lebih banyak pusat hiburan dibuka berlipat kali ganda jumlahnya. Namun, sekali lagi aku katakan, pusat hiburan bukan satu satunya medan permulaan walaupun ia memang tampak mendedahkan. Lebih banyak lagi faktor termasuk pengaruh luar.

Dan aku ada satu idea sebenarnya, apa kata kita hanya benarkan mereka yang sudah menopause sahaja masuk pusat hiburan? Ok tak tak. Kalau nafsu dah duduk atas kepala, tepi tasik pun jadik. Alangkan cikgu agama pun kecundang, inikan pula yang kurang diberi pendedahan pendidikan agama.

Apapun, secara zahir, aku setuju jika pembukaan pusat ini diiringi penambahan pendakwah dan kaunselor untuk menceritakan betapa premarital sex itu membawa kemudaratan. By the way, kekadang tak ke kita rasa, pendakwah hari ni terlalu commercial rather than doing it for the sake of Islam? Semua nak ada style sendiri. Signature mesti ada.

Dan sebenarnya since Jabatan Agama Islam Melaka is at it, aku nak tanya satu jek, ada tak statistik dari kadi, penghulu, imam, bilal, noja di setiap kariah kat Melaka tu yang pergi approach keluarga bermasalah, berpecah dan cuba bantu mereka dari sudut rohaniah dan berjaya selesaikan sebelum sebelum ni? Ada tak? Kalau ada baguslah. Tapi kalau tak ada, kenapa bukak pusat tu? Sebab diarahkan? Taknak derhaka?

Bila part ni, aku nak tanya jugak juara juara politik semua, termasuklah PKR ke, Umno ke, PAS ke. Mana korang pergi? Ada tak mereka pergi mendekati keluarga berpecah untuk dibimbing? Ada tak mereka mengetahui ada di antara kariah mereka yang jarang ke masjid atau surau didekati secara amicable dan diajak mengukuhkan tiang agama, selanjutnya menjadi jemaah kekal di rumah Allah? Crap, they all wait for TV cameras.

“Kami ada nak bantu satu keluarga, kalau dapat tibi tiga, ar tee am dengan sok kabor metrow datang, dapatlah kami share bersama masyarakat.”  

Tidakkah kita perlu ubah cara pendakwahan kita? Aku cuma bertanya, sebab kalau kita rasa konsep kita tak efektif, kita kenalah improvise, supaya ia lebih berkesan. Betul tak?

What say you?

19 Replies to “SERIOUS TALK. SHOULD I ABORT IT OR SHOULD I GO TO MELAKA?”

  1. aku baca post ni terus macam " apa pulak la org kg Jasin aku ni buat pulaaakkk", rupanya kes budak kembung rupanya.. pakcik aku imam dkt salah satu kg kat Jasin, aku mmg tau yg org masjid selalu gak approach family yg bermasalah.. tapi kalau diorg dtg mengadu laa.. itu yg aku tau la kan.. kes budak kembung ni kes bebudak yg degil, keras kepala.. yg pentingnya nye mak bapak…cube dpt bapak mcm bapak aku, adekah aku gile nak keluar mlm selepas pukul 7 ptg, mmg musibat la yg aku dpt kalau buat jugakk..

  2. Aku setuju dengan perkara yang kamu tulis, lebih-lebih lagi di bahagian clubbing bukanlah faktor utama terjadi benda2 camni.

    Sebab apa?
    Sebab aku pernah cakap yang students aku pun terjebak and there's no night club kat hulu ceruk tempat aku mengajar tu. Kelab Belia 4B mungkinlah ada kot?

    Pokok pangkalnya, pada diri masing2 juga. Selain keluarga yang kena membantu dan samnpai skang, aku bersyukur sangat2 sebab parent aku jaga aku macam aku masih anak yang berumur 6 tahun. nak pergi mana2 akan ditanya sebiji2, siap pergi hantar lagi (walaupun nampak cam konkong)

    ada benefit la juga.

    dan jujurnya, entah kenapa aku rasa pembukaan sekolah tu akan lebih menggalakkan perkara camtu terjadi.

  3. Perenggan-perenggan terakhir menarik perhatian aku. Itulah jadinya bila agama dijual-beli. Mungkin cliche tapi kalau dah sampai semua dok berebut keluar tv, nak kena ada media bagai baru nak amik tindakan, apa benda?

    Sama juga dengan masjid dan surau kita. Lepas isyak dikunci bagai atas alasan takut pencuri masuk. Kuil & gereja tak pernah pulak dikunci bukan? Tak dengar pulak ada kes tabung / patung hilang. Budak2 remaja yang takde arah ni dah tak boleh nak menumpang teduh kat masjid or surau. Nak pergi gereja atau kuil takut dicop murtad. Jadi nak pergi mana?

    Rumah boyfren la…hahaha

  4. lurpak: thats not all, their parents needed guidance. dan orang sekeliling kita ignorant.

    Mazidul: well boss, anak murid mesti ada gaya cikgunya kannnnnn.. Hehe. Cuma knowing me, i love to berjela jela unlike my teacher, short and sweet.

    Zara: horay Melaka !

    Azhar: I am a very nice piece too. Lols.

  5. entri yang panjang macam cerpen dalam pancaindera. tapi aku baca satu persatu sampai habis. memang point-point jelas dan nyata.

    tanpa kompromi, semua ini berpunca dari dalam rumah. Kalau dalam rumah pun fail, apalagi bila keluar.

    well written bro. kalau dapat publish kat semua paper pun bagus ni.

  6. sex education
    yeah…

    budak2 ni need sex education…

    pessimist akan cakap bende ni lagi membuatkan budak2 tau buat sex

    optimist cakap bende ni elakkan buang bayi n implant baby dalam ovary

    masalahnya, kat malaysia ni
    ramai sangat pessimists
    pessimists are majority
    sebab tu idea optimists direject bulat2

    someone need to do something here
    sape2 yg ade power to do that

    politician?
    depa dengan craps n bullshit depa
    macam biasa la…
    sigh~

  7. Typical our community lebih suka skodeng and nak tangkap orang khalwat…

    Dan ibubapa terlalu sibuk dan terlalu percaya anak-anak..

    Dan anak-anak sendiri lebih suka mengadap komputer, tv dari main gasing, main galah panjang, mandi sungai…

    Sex education patut diperkenalkan.. dan patut diajar. Tapi typical our community masih lagi dibelenggu masalah "hish.. benda dalam kain apa pulak nak diajar secara terbuka macam tu", "nanti dorang lagi nak buat" dsb..

    Dan selalunya bila budak dah kembung perut macam tu, berapa kerat keluarga yang sanggup menyokong dan membimbing budak tersebut? 99% akan buang, tak mengaku anak, halau keluar … kesannya? Tak yah cakap la kan.. kita sendiri dah boleh baca dan tengok di media…

    Yes, prevention is better than cure. It's all back to the parents. Not any other parties.

  8. masalah clubbing… sorang omputih tua berambut uban ditemani, diusapi oleh 3 orang pompuan..local..lepas tu omputih tu usung 3 pompuan tu entah kemana.. omputih boleh dibilang dgn jari sama mcm pak hitam..yang selebihnya orang melayu…mabuk2 bagai nak rak, bercium depan2 orang ramai…

    saya tengok pun terkedu…

    opss untuk apa saya ke sana? untuk observation bak kata makcik aloq staq dalam citer p.ramlee, supaya orang tak boleh nak kunun2kan saya…

    tapi apa2 pun prevention is better than cure…

  9. Satu je masalah kenapa manusia buat dosa LUPA TUHAN, lupa Allah maha melihat, ingat dlm semak dlm club, Allah x nampak.

    Seorng murid datang berjumpa gurunya dan bertanya , bolehkah aku membuat dosa? Gurunya menjawab, boleh,asalkan kau tidak tinggal di bumi milik Allah, tidak makan rezeki kurniaan Allah dan berbuatlah kau dosa itu di tempat yg Allah tidak melihat kamu. Lalu murid itu menangis tersedu-sedu dan berkata :, mana mungkin aku berbuat dosa kalau begitu.

    Nak salah siapa remaja hari ini sungguh cinta kpd maksiat dan dosa kalau ulul Amr dan masyarakat kita sendiri tidak takut lagi pada Allah.

    Bukak la sekolah cemtu banyk2, lepas ni budak2 tu sebelum pi beromen hantar pre application dulu ke sekolah tu. Kalau lps on line clear selamat. Kalau knocked out,mentari masih bersinar untukkmu. Lps beranak tinggal kat baby hatch centre . Senang apa nak buat maksiat.

    Semua larangan2 dlm Islam, bersifat direct kpd perlakuan yg salah tu, jgn membunuh, jgn berjudi, jgn mencuri. Kecuali zina, Allah siap warning"Jangan MENGHAMPIRI zina". Bukan setakat jgn berzina, menghampiri pun tak buleh dah.

    So kalau tempat maksiat bercambah tanpa kawalan, and on top of that menggalakkan lagi benda tu daripada terjadi, tepuk dada tanya seleralah (betul ke penggunaan peribahasa aku ni?)

  10. Zaman skang ni kalau kita tegur remaja yang tengah beromen, mau kena tetak. Bila nafsu dah menguasai diri, akal dah tolak tepi.

    Sebagai contoh kes paling panas satu masa dulu, antara 2 artis ditangkap khalwat – hasil dari maklumat jiran yang dah tak tahan mata dan jiwa raga tengok artis tu bersekedudukan berbulan2…

    Hasilnya?? Jiran pun kena naik turun mahkamah. DItuduh jaga tepi kain artis, hasad dengki, sengaja mereka cerita….

    itu kes melibatkan public figure… umum didedahkan perkembangan kes…

    Masalahnya.. siapa yg sanggup nak naik turun syariah macam saksi tu???

  11. aku rasa ia akan efek makin ramai remaja pregnen sebanyak 2 persen aje, sbb xde remaja akan terlintas akibat selepas sex. masa dia buat tu tak ingat mak/daddy/nenek/family lelaki/masadepan/maruah diri, dia tau fikir nafsu dia aje.

  12. betul2, pucuk pangkalnya mak bapak depa.. klu tegas dalam hal menjaga akidah anak2 dorg, masalah ni mgkin berkurangan.. sye cakap berkurngan sbbnye ade jugak anak2 pak imam yang lgi teruk perangainya… iman kan tak dapat diwarisi.. kita tgk ape kesannye dri sekolah harapan ni.. masih ada harapan lagi kah atau perlu sekolah harapan 2…

  13. anak sedara acu penah bercerita..kawan2 sekolah dia seawal darjah 5 dah sibuk bercerita pasal sex..siap mengaku penah buat sex dengan sepupu mereka sendiri…bukan saje dlm rumah malah celah pokok pisang pun jadikkk..gile!!!

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *