SHORTCUT ORANG MALAYSIA, DERRRRR

SHORTCUT ORANG MALAYSIA, DERRRRR

Yes, hari ni aku nak merepek.
Dan aku rasa ia tak menggugat mana-mana junta mahupun pemerintahan mana mana parti politik termasuk yang sudah kehilangan pasir yang banyak sampai masuk sok kabor.
Masa aku di Pulau Sibu, Mersing tempohari, aku sedikit pelik dengan lingo dua mamat yang berada dekat dengan aku masa tu. Wait, mereka dekat, bukan rapat, korang jangan nak fitnah aku berselingkuh dengan jantan pulak eh. Selera ai belum bertukar lagi nok.
“Ini kau punya der,” kata mamat A.

“Mana muat ni der, kau bagilah yang lain der.” jawab Mamat B.
I was like what the fuck? Apa dua dua nama sama ke? My thoughts masa tu ialah, dua dua hujung nama mereka sama. Sorang Mahmooder, sorang lagi Kuder. Tapi bunyi macam nama Bangla. Tapi dua dua Melayu. Mungkin mak bapak diaorang ni suka benor kat pilim Hindustan.

Sorry ini bukan gambar Luna Maya tanpa baju.Gebu kuda ni kan. Hiyah hiyah hiyah.. Kuda, mana baju kau? Sorry bang, saya tak sempat. Saya ada race hari ni kat Magnum.
Bila dah masuk hari ketiga, aku masih lagi terdengar perkataan ‘der’ tu berulang kali malah kali ni makin ramai menggunakannya. Makin bertambah pelik aku. Takkan semua orang nama ujung ada der? Mana aderrrrr!!
Bukan tu jek, dengan aku sekali dipanggil ‘der’. Aku terasa sungguh kuder masa depa panggil aku macam tu. Terasa macam orang Belanda pun ya jugak, maklumlah kalau sesiapa tengok aku sekali, aku ni memang persis ala ala Belanda sikit. Tinggal nak ambik video dengan Luna Maya dengan Cut Tari jek. Tu belum aku ambik gambar keluar swimming pool tak pakai baju, mau meliur pondan, harus tak pasang pelamin ujung minggu ni. 
Tapi kalau dua kali tengok, kurang sikit jek dari gambar kuda kat atas tu. Mungkin tulah sebabnya depa panggil aku der kot? 
Check punya check punya check, yelah korang kenalah kesian kat aku budak kampung ni, manalah tau lingo tango orang bandor ni semua, rupanya tu perkataan dipendekkan dari brader. Hahahah.. orang lain pakai bro, ntah meon mana ntah pi tukar jadik der. Sungguh tak Hollywood tul. Sungguh tak Edward Cullen ok. You team mana? I team bolasepak tapi I pandai gigit, betul, tak caya ke, hulur leher. Ehh you dah tampal ke poster I masa I jadik Edward Cullen tu? Dah eh? Alalalalala so shweetttttttt…..
Ini satu pasal mengenai orang Malaysia, sungguh urban kononnya dengan perkataan macam tu. Macam kat KL tu, memula dulu aku yang terjun sungai ni hampir gaduh apabila:
“Bai, lu nak makan apa? Bai, lu buat bodoh jek,” jerit kawan aku. 
Dia terpaksa menjerit sebab aku buat bodoh jek. Ehh salah, aku buat dek jek. Memanglah aku buat bodoh, keturunan aku mana ada asal usul Bai. Setahu aku, Bai tu yang naik motor jual roti masa aku kecik kecik dulu. Tu pun aku kena kelentong dengan orang tua tua dulu, ada urban myth mengatakan selain menjual roti, Bai tu jugak potong kepala bebudak buat jambatan. Hawau betul orang tua tua ni, cakap jelah kedekut taknak aku mengadap Bai tu, sampai hati depa fitnah sezalim tu. Sedih tau.
Nasib baik dulu takder internet. Koman koman pun mau aku type kat google cari “Bai potong kepala budak buat jambatan”. lols !! Hahahhahahha hahawau.
Tapi kan, bila pikir balik, siapalah yang sadis sangat sampai boleh cipta cerita macam tu kan.
Haaa, ada dua lagi. Sampai sekarang aku tak dapat kerelevannya perkataan dua ni, and I think it is offensive too.
“Weii nok, mana nak pergi malam ni,” tanya si jantan.

“Tak tahu lah dok, ai tak kisah,, uweiiiiiii.. u ni romantic lah ajak ai keluar,” jawab si tine.
Puas aku nanya, ok aku sebenarnya tak berani tanya takut kena lepuk, tapi dari mana asalnya perkataan nok tu? Semestinya bukan dari henpon Nokia. Mahupun dari perkataan tenuk sebab biasanya yang dipanggil nok tu secara general dan tidak termaktub kepada muka macam tenuk semata mata. 
Ehh macam mana depa nak pakai lip gloss? Takleh nak buat smoking eyes lah nok. Nok, itu seluar ke skirt? Sexy ya kau nok. Legging ehh? Ohhh… Urban ya kau ni nok. Malam clubbing ke nok?

Dok pulak? Dok berasal dari mana? Yang ni aku tak tahu. Tapi perkataan kodok mungkin.
By the way, cerita pasal kodok, kenapa orang tua tua dulu selalu mengaitkan alat sulit wanita dengan katak? Apa kaitannya? Ya, aku tahu ia sedikit lucah, tapi itu warisan ok. Memang berlaku dalam masyarakat kita. Cuba tanya kat orang tua korang, mesti depa gelak nampak gigi palsu.

Teringat kes jumpa kaki katak kat Old Town. Apa cer lah tu.
Anyway, penggunaan perkataan yang mengelirukan ni kekadang boleh menyebabkan ada pihak yang tersinggung dan sebab tulah, sekarang katak tidak dikaitkan lagi dengan mana-mana individu sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah pergi.
Kalau korang semua ada dengar perkataan lain yang pelik, share with us. Till then, PPC ok.

23 Replies to “SHORTCUT ORANG MALAYSIA, DERRRRR”

  1. hahaha~

    aku kadang2 panggil orang ada guna bai gak. sebab kalau dah tak dengar, bahasa sopan santun sastera aku akan hilang sekejap~

    tapi bai, der tu memang kita boleh fikir lagi. kalau nok tu, entahlah~ dok? mungkinkah slanga cam dok eh? kih3~

    ke, dia suka makan hotdog?

    :p

  2. sye ngajar budak pendidikan khas, de student sye y leh ckp ujung2 je.. klu sebut satu, die sbut tu.. klu saya, die sebut ya.. sye rse depa ni dikategorikn cam student sye ler… brader, depa sbut derr..

  3. lama sungguh tak berpeleseran kat sini..:D

    tak suka disebut beb, rasa mcm anak ba alif ba ya yang pandai train kambing biri biri tu aje..:D

  4. pengaruh citer adnan sempit laa tu..
    tapi kalau cakap mcm ada der ker nok ker bai ker, tu kira wahhh u are up to date laa gituh.. kira trend anak2 remaja gitu..

    eh yer ker? untuk aku, its mcm so damn uneducated gituh… aku rasa laaa…

    sorrry pada sesiapa yang terasa…

  5. Bila baca entry ni terasa aku ni macam veteran sungguh.. segala terma yang dipakai aku tak paham kecuali bro.

    Der? Nok? Dok? Bai tu selalu dengar tapi bila sebut, selalu kena marah.. cemana tu?

    P/S: Macam mana pulak shortforms dalam sms, facebook, forum.. contoh "Nnt klu blk kg, jgn x jmpe plk, kte dew jew kt rmh. Dtg lew eh. Rndu lew."

  6. Bro.

    a. Entry kali ni memang lawak
    b. Bahasa pulau agaknya
    c. Ada gak orang panggil aku Bai, tapi kita sound elok elok lah, "Saya Melayu, bukan Bai"

    d. "P/S: Macam mana pulak shortforms dalam sms, facebook, forum.. contoh "Nnt klu blk kg, jgn x jmpe plk, kte dew jew kt rmh. Dtg lew eh. Rndu lew." -> Orang yang suka taip ni ada 2 sebab 1. Dia tak pandai mengeja, 2. Dia cuma kenal huruf yang itu sahaja…he he he

  7. Ha'ah… betul la…
    Vic pun baru pasan dulu2 orang tua memang bahasakan kemaluan pmpn "katak".

    Masalahnya bila di pikirkan balik… tang mana yg rupa mcm katak? Dari sudut mana2 pun mmg takde rupa katak..

    Takkan la dipanggil katak kerana bunyi macam katak? Sumpah… I punya takde bunyi katak nok… bunyi lain pun takde nokk..

  8. Macam pelik jer bunyi derr kat belakang..Adakah anda akan nampak cool kalau cakap macam tu?? Rasanya yang cakap macam ni hanya bebudak bawah umur or yang kurang ilmu jer. Tak rasa orang2 educated nak cakap benda2 yang tak tentu arah macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *