CERITA LISA SURIHANI.

CERITA LISA SURIHANI.

Aku tak suka sangat pergi buat liputan di majlis yang ada berjuta manusia. Tapi hakikatnya kena pergi jugak. Kiranya aku ni bagai anak dara yang kena kahwin dengan orang tua seusia M Daud Kilau, rela dalam paksa.

Apapun, dalam tak suka, aku bila balik, pasti ada yang aku suka. Antaranya cuci mata. Ok tak, hatiku hanya pada Lisa Surihani jek. Ok itu pun tak. Bini dah warning beb.

“Wah wah wah, mentang mentanglah i jarang online, bukan main lagi ehh you memuji Lisa Surihani tu.” kata miss bini tanpa kerut di dahi. Mungkin dia bergurau, mungkin dia mengacah. Tapi kalau silap jawab, aku boleh jadik acar buah kat atas meja makan.

“Alah, you nih (sambil buat muka manja ala ala anak sedara aku), you nih (sengau sengau sikit), I memain jerlah,” aku cover line walaupun kekadang tu rasa macam nak gantung jek gambar Lisa Surihani kat rumah tapi tulah, I am the boss of the house, my wife allows me to say that.

Apapun, story paling best ialah bila baru baru ni, miss bini dengan bangga dan gumbira hatinya berkongsi cerita dengan aku:

“Geram betul I,” keluh miss bini.

“Kenapa you, you ok ke? You tak sihat ke? Siapa yang buat you geram tu, I ke? You, you, you, you..” nampak sangat menipu kan pertanyaan camtu. Biasanya kalau dah kahwin lama, tak ada maknanya tanya macam tu. Tapi kami lain, kami sentiasa penuh dengan gelora rindu dan romantis. Menyampah pulak aku tulis camtu.

“Hmmm kenapa..” kalau tanya macam tu mesti korang percaya kan. Aksi serta suara aku masa tu ala ala Datuk Aziz Singah bercakap pada bini dalam drama Sembilu Kasih sambil minum oren ada payung. Ohh suratkhabar jangan lupa. Props tu. Tapi macho kan orang tua tu.

Apapun, kalau cerita pasal Sembilu Kasih, aku tabik pada Mak Jah yang jadik orang gaji tu. Siapa ntah nama dia, aku lupa lah. Aku rasa kalau aku ‘terserempak’ dengan dia kat TV mesti dia pegang watak orang gaji. Takde chance langsung nak pakai designer’s clothes.Kesian kan.

Aku yakin, wardrobe Mak Jah lah yang paling senang sebab dia sendiri boleh bawak. Har har har. Bulu mata pelesu pun takyah bawak. Mekap pakai elianto jek.

Banyak pulak enterframe. Balik citer Miss Bini.

“Dalam banyak banyak benda, semalam I mimpi Lisa Surihani!” Aku tak tahu, tapi cara dia cakap tu, aku rasa kalau dia tulis dalam blog, mesti ada exclamation mark tu. !!!! Hahahahah. Dan aku tau dia happy dapat alamat tu. Hahaha.

Aku tidak menjawab tetapi terus lari ke dalam bilik dan menghempaskan diri ke atas katil dan menutup mukaku dengan bantal sambil teresak esak menangis gembira ala ala Uji Rashid tak dapat kahwin dengan Latif Brahim sebab kolar Latif Ibrahim besar sangat, nanti lepas kahwin duit beras abis beli kain buat kolar jek.

Aku tak pandai tafsir mimpi tapi ntah macam mana, kali ni aku tau apa maknanya. Dua jek tafsirannya:

1. Lisa sudah direstui Miss Bini.
2. Aku bakal jadik acar buah.

Apapun, terima kasihlah Miss Bini kerana memahami isi hati suamimu yang tak pernah tengok gadis gadis lain malah akan pitam kalau tertengok. Eh eh penipunya.

18 Replies to “CERITA LISA SURIHANI.”

  1. Woah!!Kalau bini ko nak ganyang ko, ko roger aku, aku nak bawak handy cam..boleh jugak aku standby ambulan kat depan rumah.
    Mimpi maner ader intisari rancangan kalau ader aku nak ubah bagi ko mimpi kener gigit lutut dengan t-rex..

  2. entry kali ni betul2 buat i tergelak besar…kelakar laa wey…

    cemana lah u ada idea sebegitu kelakar…

    dah lah handsome, kelakar pulak…oooh menepati ciri jejaka idaman i…

    ha ha ha..

  3. ehem…suke alid eh 🙁

    *ishhh lama tak mkn acar buah :p

    kalau ada pembida utk lisa surihani aku rasa tentu hang DAPAT teheheeee (*_*)

    DAPAT tapi dlm MIMPI jer lah… ha ha ha 😀

    ok ape dlm mimpi WALAUPUN… ^.^

  4. Aku tak tau samada nak gelak atau nak muntah baca entri yang satu ini…

    Tapi aku macam ko gak, suka watak Mak Jah tu, yang SEMEDANG jadi orang gaji jerrrr. Kalu dia melatah, alahaiiii buat aku terigau-igau plak.

    ehhhhh… naper kali ini ada banyak sebut Miss Bini. Ada makna apakah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *