15 TAHUN DAN MAHU BERKAHWIN.

15 TAHUN DAN MAHU BERKAHWIN.

Halimaton yang dilaporkan hilang berada di rumah keluarga teman lelaki

LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini.

Aku teruja untuk berkongsi paparan dari Berita Harian mengenai kisah pelajar pintar yang berusia 15 tahun ini.

Pada para kedua cerita ini, ia agak menjelekkan:

Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Baca sepenuhnya di link ini.

Fahami setiap patah perkataan dalam story itu. Perlukah keluarga gadis ini membuat laporan polis terhadapnya kerana melarikan diri. Dan faktor umur juga tidak membenarkan keluarga lain menjaganya kecuali ada asas asas bahawa keluarga sendiri melakukan penderaan mahupun kekerasan?

Adakah polis sepatutnya menggunakan budi bicara memanggil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggunakan Seksyen 44 Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 jika ada berlaku kekerasan terhadap gadis itu ketika di bawah jagaan kakaknya? Antaranya ialah gangguan emosi sehingga mengganggu hubungan keluarga. Tetapi dalam kes ini, ia berkaitan kehendak gadis ini untuk berkahwin pada usia 15 tahun.

Maksud kanak-kanak dalam hal ini ialah mereka yang berusia kurang dari 18 tahun mengikut Aktra Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Akta yang sama juga digunakan ketika seorang gadis berusia 17 tahun bekerja sebagai GRO ditahan Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Ahad lalu. Aku mencadangkan kepada pegawai kanan polis terlibat dalam operasi itu untuk menghubungi JKM Johor Bahru memandangkan gadis itu turut mengandung lima bulan.

Pegawai Kanan Polis di Balai Polis Kuala Teriang sepatutnya melihat kepada Akta ini ketika gadis itu membuat laporan polis kerana status ‘pelindung’ sementara gadis itu adalah keluarga teman lelakinya dan mungkin berlaku konflik. Pegawai kanan polis terbabit sepatutnya memanggil JKM untuk membantu.

Seksyen 14 akta ini sudah menyebut tiap-tiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen (1) hendaklah diletakkan di tempat selamat, dan pegawai kanan polis melihat kepada usia gadis ini sudah membolehkan beliau mengambil tindakan itu.

Lihat jugak pada Seksyen 14 subseksyen 4 (b) akta ini.

Usia 15 tahun tidak membolehkan gadis ini membuat keputusan tanpa kebenaran keluarganya selagi tiada unsur dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, mengesahkan berlaku penderaan, kekerasan atau sebagainya sehingga menunjukkan tidak kompeten ke atas penjagaan gadis ini. Pun begitu, apabila berlaku penjagaan sementara, ia mestilah dengan kebenaran Mahkamah Juvana.

Eh mana Menteri? Mana Pasukan Perlindungan Kanak Kanak yang disebut dalam Seksyen 468 akta ini?

5 Replies to “15 TAHUN DAN MAHU BERKAHWIN.”

  1. baru je nak blog pasal cerita ni.
    malam ni nak upload..

    kesian..pintar tapi akal pendek..sanggup membelakangi keluarga demi "abang angkat" dia tu.

    yang pelik, keluarga lelaki tu support pulak..adoi!

  2. I was about to write about this, tapi tangguh dulu…so komen sikit sini la…

    Aku turut tak lupa mem-blame mak bapak budak jantan tu…kalau anak dara dia umur 15 lari pergi rumah boyfriend, agak-agak diaorang suka tak?

    Aku tak ikut sangat kisah kakak dia tu, tapi ada sense of jealousy pun ya sebab dia pun pernah 'berkawan' dengan mamat tu masa kerja kat Langkawi…tu dia punya hal la…

    Ko cari Menteri?Budak tu ada boleh kasi apa2 political mileage untuk Menteri tak?Berapa undi dia boleh kasi di perhimpunan agung nanti?Takde..??Next…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *