UPDATED: GURU AGAMA KENA CEKUP BERKHALWAT.

UPDATED: GURU AGAMA KENA CEKUP BERKHALWAT.

“Tak kak, saya duduk sorang sorang jek (di rumah ni).”

“Saya tak pernah bawak lelaki masuk rumah ni kak.”

“Saya tinggal sorang jek kat sini. Cari kawan serumah tapi tak dapat dapat lagi kak.”

Itu antara jawapan seorang guru agama berusia 27 tahun ketika disoalsiasat pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor awal pagi tadi di Taman Rinting, Johor Bahru.

Sebelum itu, pegawai penguatkuasa JAIJ terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu dibuka.

Ketika berada di dalam rumah, pegawai penguatkuasa, Kalthom Abdullah yang aku kenal sejak 1994 itu amat berpengalaman, maka dia berbau ikan – smell something fishy.

Aku pun dah agak dah, sebab ada kesan hitam di dinding dan pintu loteng di siling bersebelah bilik kedua dan ketiga rumah itu terselak sedikit.

Apabila pemeriksaan dilakukan, confirm si teman lelaki berusia 28 tahun menyorok di loteng rumah sewa guru agama itu.

Berpeluh peluh, sampai bercalar badan lelaki ini. Mesti kelam kabut naik ke loteng tu.

“Saya tak buat apa apa kak.”

“Dia datang cuma nak jenguk saya.”

“Abis, kondom ni siapa punya?” tanya Puan Kalthom yang lebih akrab dipanggil Kak Som.

“Kondom kawan saya punya, saya kutip buang dalam tong sampah.” lols lols. lols. Sungguh mulia kan. Tapi sebelum pegawai penguatkuasa terjumpa makhluk di loteng, dia mendakwa tinggal di rumah itu seorang diri.

Dua kondom yang sudah dipakai (read: baru dipakai) turut ditemui, ‘sarat’ dengan benih.

Guru terbabit bersama  pasangannya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan menghadapi kemungkinan didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali.

In conclusion my dear readers, better be safe than sorry. But in this case, aiyah, manyak sorry ahh.

39 Replies to “UPDATED: GURU AGAMA KENA CEKUP BERKHALWAT.”

  1. nak terkejut pun dah tak reti. sebab dah selalu sangat baca kes macam ni. last week ustazah, kali ini guru agama. lagi handal si budak 11 tahun yang dah pandai merogol sepupu.

    tak perlu nak cerita panjang kat paper la kat mahkamah la, patutnya disebat je. dah tahap melampau dah ni. shaman pun tak guna..

  2. Jika 10 tahun dulu, baca kisah ni kita akan rasa malu..malu.. geleng kepala macam tak percaya..

    Sekarang, sudah tidak hairan lagi, sebab sudah kerap. Perkara yg kita tak pernah sangkapun akan berlaku..

    malah pelakunya pun dari orang yg kita tidak pernah jangka.. dulu..

    Sekarang, jangan terkejut kalu ada pasangan yang berani buat sex atas jalan raya atau tepi lebuh raya…!

  3. Bro, itu safe sex, at least precaution was taken.

    Ada jumpa selimut tak? Dengarnya orang baik, kena projek terselindung, bagi salam semua.

    Apapun, biarpun si perempuan guru agama, hakikatnya dia manusia, punyai nafsu. Tambahan pula mereka muda, macam kuda, larinya kencang pada usia itu.

    Selain mereka, I believe (as you do) ramai lagi berkhalwat tetapi cuma tidak dapat dikesan atau malas mengesan.

    For your information, di Selangor kalau ada orang awam membuat aduan kes khalwat, belum tentu boleh dicekup. Pegawai penguatkuasa tidak mencukupi, 3 teams kerja 24 jam, kawasan luas.

    Jadi, kekadang, penduduk boleh tangkap sendiri dengan imam masjid bertauliah. Kemudian bawa pasangan ke balai polis dan tunggu pegawai Jabatan Agama Islam Selangor datang.

  4. azie >> kalau ade yg buat kat atas jln raya sakan aku skodeng sbb nak kompem yg buat tu org ke anjing!

    ha ha ha 😀

    eh…pakai kondom?? bagus takde kita jumpa baby dlm tong sampah nnt…hiks :p

  5. Kondom ada perisa ke tak?Ko patut bawak dia pergi kedai yang Mazidul cakap tu…

    Eh, apa beza Guru Agama dengan Ustazah?

    Mungkin dia guna kondom untuk elak 'bersentuhan' kulit lelaki dan perempuan bukan muhrim…

  6. Pernah kena sexually harassed by a sekolah agama teacher.

    Am never surprised by this sorta things.

    Tapi, at least he is wearing condom?
    Haha.

  7. Pakai kondom pun tak boleh kalis dari dosa yek..Semua orang ada ikut nafsu.Beza dia kecil dengan besar saja.

    Lols lepas nih masing-masing akan risau anak-anak terutama anaka perempuan.

  8. Brader Marzuki, ini aku bagi kau chance last. Kalau kau nak komen kat sini, takyah sibuk nak cerita pasal tarekat kau tu.

    Aku bagi peluang kat semua orang komen kat sini. Kalau kau rasa kau seorang yang matang, maka jadiklah matang. Tapi kalau kau mental, takyah komen kat sini.

    Kau boleh komen anytime, tapi aku bagitau sekali lagi, takyah nak memandai jadik ulama sebab kat sini lebih ramai yang lebih pandai dari kau.

    Orang semua dah bosan dengan perangai kau, kalau kau rasa kau nak lama kat sini, aku persilakan, tapi kalau kau buat perangai mental kau, maka, jangan harap kau akan dapat komen kat sini.

    Boleh?

    Kalau tak boleh, cakap. Tau aku nak buat apa.

  9. GAM LAH WAHAI KADI YANG MATANG SUNGGUH…

    PASAL NIKAH SIAM KENA GAM LAH, GURU AGAMA HARI INI KENA GAM, KASIHAN DIA…

    KAN BEST JIKA DIA DAPAT TUNJUK SIJIL NIKAH SIAM BERTAULIAH, PALING KOMAN PUN JAIJ AKAN BERI NASIHAT UNTUK MEREKA DAFTARKAN. DAH TERBUKTI PUN. TENGOK JELAH PARA ARTIS, MANA ADA YANG KENA TANGKAP KALAU BERJAYA TUNJUK BUKTI NIKAH ON THE SPOT.

    KEPADA HAZREY PULAK,

    SIAPA YANG MULAKAN DULU?

    CUBA ANDA CEK AYAT ANDA. MENTANG2 WARTAWAN JANGAN INGAT BOLEH HINA ORANG SESUKA HATI MEMBABITKAN ORANG TUA LAGI. MARFUCKY TUH APA? JIKA AKU KUTOK BAPAK KO, PANDAI PULAK MELENTING.

    SUDAHLAH… JANGAN BANGGA SANGAT KERJA WARTAWAN NIH. GUNAKANLAH PADA TEMPATNYA.

    BAIK2 AKU TAK LAPOR POLIS & SAMAN KAT KO ORANG, ADA GAK AKU PROCEED AKHIRNYA DENGAN KADI2 SEKALI.

    YANG SUKA KELAK, CINA2 YANG ANTI MELAYU (TAK SEMUA) KAT LUAR SANA SEBAB MELAYU DOK BERGADUH SESAMA SENDIRI TAK HABIS2.

    SEKIAN.

  10. Hhahaa. Sungguh tak matang budak mental ni. Baik aku bagi dia duduk sini, karang langsung lenyap. Budak, kau nak saman? Samanlah. Tak elok menyalak bukit. Aku peduli apa, kau nak report polis ke, report kat bomba ke.

    Hakikatnya kau inginkan perhatian kan? Kau sebenarnya berjiwa lembut dan dambakan perhatian dari seorang lelaki ensem macam aku kan. Dulu kau meliur dengan mazidul dan ustaz khalil sekarang kau meliur kat aku.

    Aku faham kehendak jiwa kau. Lols lols.

    Tengok ayat kau, kau rasa macam bebudak kat sekolah tak? Hahaaah siapa mula duluu??? Hahahah. Gi ngadu kat mak gi. Nanti boleh dapat netek.

    Aku akan tetap cakap kau mental sehinggalah kau start komen sebagai org matang, itupun kalau kau matang. Nanti semua blog kau tak boleh masuk, kau nak kawan dengan siapa, kau nak meliur dengan siapa? Baik kau fikir, nanti tak tercapai tuntutan jiwa kau. Lols

  11. Memang lawak. Aku ingat species nih dah pupus rupanya ada lagi.

    Macam pro pembangkang saja dia nih.

    Apa pun jangan cepat melenting. Wartawan berkhidmat untuk masyarakat menyebar maklumat apa yang cuba disembunyikan oleh sesetengah pihak. Kalau saper pun kena tangkap basah tobat dia tak mengaku.

    Maklumat yang disampaikan oleh Bro Hazrey sangat bernilai sebagai pedoman. Sama seperti post oleh Bro Mazidul pasal kedai alatan seks tu. Aku ada pergi jengok sebelum Bro Mazidul post tapi tak terfikir pulak nak bagi tau dia. Tapi ada juga hamba Allah yang bagitau berbanding aku yang lambat pikir nih. lols.. lembab lar katakan.

    Aku nak ulas panjang tak boleh. Nih umah Hazrey. hazrey nko teruskan usaha mencari maklumat untuk berkongsi sesama masyarakat,bloggers dan pembaca.
    Thanks..

  12. mula2 aku baca entry ni, hati aku hangen semacam je dengan kes2 sekarang ni… terasa macam nak maki hamun je orang2 macam tu walaupun aku tau yang diri aku ni pun tak betul…TAPI bila aku baca komen2 plak, aku dah mula nak tergelak… trus hilang hangen dalam hati aku ni & trus lupa nak komen apa… wakakakakaaaa..!!!

  13. Heeee… rasa macam tengok babak gaduh budak2 masa kecik dulu…

    Sorang pegang batu, letak kat tanah and kata, "ni kepala bapak aku, kalu berani pijak aaarrr..!"

    sorang lagi letak kayu dan kata, "ni badan mak aku, kalu berani sepak aarrr…"

    haaa… apa lagi? tumbuk dia…! tumbukk! lanyakkk!

    hahahaha… lalu kawan2 pun bersorakk… sampai lebam depa bergaduhhh..

    balik umah kena tambah sedas lagi..

    Sekian, terimakasihhh…

    MORAL: jangan jadi budak-budak.

  14. Nafsu yang 1 & yang 9 tu rupa-rupanya amat payah nak ditundukkan ye… Semoga sesape yg terniat nak melakukan maksiat tu bawak2lah berisythifar.

    Buat Ibnu Marzuki – Berkata benarlah walaupun pahit, tetapi lebih baik diam daripada menyakiti hati saudara-saudaramu. Memang susah nak mengumpul pahala namun tak susah nak mendapat bala. Meh kita sama2 menggunakan sifat ihsan yg berada terlalu jauh & kecil di sudut hati kita – Sayang "dowh" (pinjam kata Azrul) kalu x guna…

  15. Ha…. vic dah tau dah…
    Ustazah ni mesti sama spesies ngan anak marzuki tu. Berpura2 alim dan warak tapi sebenarnya mental…

    Skang baru vic tau jawapannya… Jadi jangan lah pelik kalau ada ustaz ustazah (so called) yang kena tangkap buat maksiat sebab kadang2 diorang ni mental mcm anak marzuki gak…

  16. sayang seribu kali sayang, nama itu

    membawa maksud yg amat cantik, namun

    tidak mencerminkan keperibadian

    malah, mempamerkan kebodohan diri

    untuk jadi tatapan org lain…

  17. guru agama promoting safe sex, haha

    Hazrey,
    jgn layan budak-budak. main bapak2 dahtu komen personal habis. macam budak tak cukup akal. tak matang.

  18. Lari tanpa seurat benang

    2010/03/14
    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

    PASIR GUDANG: Seorang pegawai kanan kerajaan berusia separuh abad berlari keluar dari bilik tidur dalam keadaan berbogel ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).

    Dalam kejadian mengaibkan itu, lelaki terbabit nekad berlari keluar dari bilik tidur tanpa seurat benang di tubuhnya sebaik pasukan penguat kuasa JAJ mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan.

    Menurut sumber, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa JAJ bersama polis menyerbu rumah flet itu di Jalan Harmoni, Kangkar Pulai, di sini, jam 3.30 pagi Khamis lalu.

    “Hasil siasatan awal, lelaki terbabit adalah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Kes disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997,” katanya.

    Sementara itu, keasyikan membuat percaturan terakhir serta sibuk mengambil pesanan nombor ramalan daripada rakan melalui telefon bimbit menjerat sekumpulan ‘kaki ekor’ apabila dicekup pasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) di premis judi nombor ekor di sekitar bandar raya ini, semalam.

    Akibat malu dengan perbuatan sendiri, ada di kalangan kumpulan terbabit meronta-ronta untuk melepaskan diri, mengakibatkan berlaku pergelutan kecil antara suspek dan pegawai JAJ.

    Operasi membabitkan 24 pegawai dan anggota penguat kuasa JAJ di Taman Air Biru, di sini, bermula jam 5 petang hingga 7 malam itu turut disertai 16 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

    Menurut jurucakap JAJ, dalam operasi khas di kawasan berkenaan, seramai 22 individu beragama Islam, termasuk warga emas yang layak digelar datuk, dicekup kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti perjudian.

    kasihan-lagi-teruk-daripada-orang-gila…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *