Rumah Mawi di Felda Taib Andak Disamun.

Rumah Mawi di Felda Taib Andak Disamun.

Rumah Mawi di Felda Taib Andak, Kulai Johor disamun dipercayai penjenayah warga Indonesia.

Hasil tindakan cepat polis, dua penjenayah ditembak mati tengahari tadi.

More updates after 7pm today.

* * * * * * * *

Teratak Bonda yang dibina Mawi untuk familinya di Felda Taib Andak, Kulai Johor dipecah masuk empat penyamun bertopeng untuk merompak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi Sabtu (25 Julai 2009) ketika penghuni kediaman di Jalan Enggang 1 itu sedang nyenyak dibuai mimpi.

Penjenayah bersenjatakan parang memasuki rumah itu selepas berjaya mengumpil pintu jeriji di bahagian belakang rumah berkenaan.

Saspek berjaya melarikan dua buah handphone, dua utas rantai dan dua pasang gelang dari badan dua mangsa dianggarkan bernilai RM7,000.

Abang ipar Mawi, Shahrom Sagi (suami Rashidah Ani), 40 tahun yang tidur di bilik atas di banglo dua tingkat itu, berjaya menjerit meminta tolong dari jiran, mengakibatkan penjenayah panik dan melarikan diri.

Pun begitu, sebelum itu, penjenayah mengacu parang ke leher kakak Mawi yang sarat mengandung sembilan bulan.

Bertindak dari maklumat orang awam dan risikan, polis berjaya menjejaki sebuah kereta menghala keluar dari Ladang Fraser, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Melihat kehadiran anggota polis, kenderaan itu berpatah balik memasuki kawasan ladang sebelum dikejar hampir 200 meter.

Kereta saspek terbabas dan memasuki longkang dan ketika polis menghampiri kenderaan itu dan memperkenalkan diri, dua suspek keluar dan terus menghayun parang untuk tujuan mencederakan anggota polis terbabit.

Berikutan tindakan agresif itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah dua saspek berkenaan.

Saspek berusia 29 dan 30 tahun, masing-masing berasal dari Matam, Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia berdasarkan passport mereka, mati di tempat kejadian.

Dua saspek ini sudah kerap keluar masuk ke Malaysia melalui Kukup dan Batam menggunakan passport Indonesia dan dipercayai terlibat dalam banyak kes samun menggunakan modus operandi yang serupa.

Menurut Rashidah, Mawi ketika ini berada di Sabah dan sudah diberitahu mengenai kejadian itu.

More of this on catch up tv tv3.com.my

* * * * *

I posted a question to Deputy CPO of Johor, Datuk Jalaluddin Ab Rahman during the press conference on Saturday, 25th July 2009, adakah intelligence kita tidak mencukupi untuk mengekang kemasukan penjenayah penjenayah ini, apatah lagi dua saspek ini menggunakan passport.

Kita memang mempunyai cukup anggota termasuk kerjasama dari Jabatan Imigresen tetapi seperti yang kita tahu, agak sukar untuk menjejaki individu seperti ini apatah lagi, di passport tiada nama kedua, hanya satu nama sahaja.

Saya ada melihat passport kedua dua saspek dan mendapati tertera nama mereka sebagai Marwa dan Roni Aslah sahaja.

Dan tidak mustahil, jika sebelum ini mereka memasuki negara kita menggunakan nama lain.

Seperti yang pernah saya ungkapkan dalam entry sebelum ini di sini.

Jikapun pihak berkuasa keselamatan sudah melakukan pelbagai cara untuk mengekang kemasukan mereka tetapi tiada kesungguhan dan kerjasama dari pihak berkuasa Indonesia, rakyat Malaysia akan terus dirundung keresahan dengan kekejaman penjenayah dari negara itu.

Dan ini bukan pertama kali, rakyat kita menjadi mangsa kepada penjenayah warga Indonesia dan ada yang memasuki negara ini semata mata untuk merompak atau menyamun.

Aidilfitri semakin hampir, dan sebagaimana tahun sebelum ini, persoalan kini adalah, adakah akan berlaku lebih banyak kes seumpama ini?

Pembanterasan kumpulan jenayah ini sebenarnya bukan di negara kita, sebaliknya di negara asal penjenayah itu sendiri. Pernahkah kita mendengar akan kesungguhan pemerintah Indonesia terhadap rakyatnya yang melakukan jenayah di negara ini? Apa reaksi mereka? Mereka akan terus mendiamkan diri kerana mangsa adalah rakyat Malaysia dan bukan mereka.

Dan seperti biasa, kita tidak akan bertindak seperti mereka menjerit jerit Ganyang Indonesia di depan kedutaan mahupun Konsulat mereka.

9 Replies to “Rumah Mawi di Felda Taib Andak Disamun.”

  1. Balik pada
    putaran roda..
    kita pasti akan
    berada di bawah..

    Allah itu maha adil..
    Lagi Maha menyayangi..
    Buat mawi..
    Bersabar..
    Bertahan..
    Bertawakkal..
    nie baru 'World' Sebenar..
    hehehe

  2. aku menonton Buletin Utama dan bersorak kuat hingga Abah terkejut..

    err, bukan bersorak rumah Mawi kena rompak, tapi nampak En Hazrey dalam news~

    Aku cakap dengan Abah : Eh Abah, orang kenal orang dalam TV tu..Dia tulis blog best!

    Abah : Jemput datang rumah lah kenduri esok~Kan semua kawan blog Along jemput kan? *gelak*

    ^_^

    Jemput datang Encik HAzrey~ Rumah aku kat Muar~

  3. Obefiend: Ganyang Indon!

    Faryn: Rumah Ketua Polis pun depa berani masuk.

    missgee: Sarcasm. I like that. But this is an unfortunate event to all Malaysians sebenarnya, bilakah pemerintah Indonesia akan lebih serious memantau kemasukan warga mereka ke negara kita ni.

    Ariana Naziha Aris: He is a singer and unfortunately, his family were robbed, Saturday morning.

    tedi: yeah, syukur famili mereka tidak diapakan.

    Zara: Next time I will wear a topeng. And kim salam kat Abah, cakap kita tak dapat kali ni. Lama tak jumpa Abah. Ehh zara, ada durian tak? Kirim sikit.

    Setakat jemput chicken, ermm..

  4. Penghantaran maid dihentikan bila ada SATU kes terhadap diorang…

    Penghantaran penyamun dan penyangak diteruskan despite BERATUS-RATUS kes dari diorang…

    no wonder their country continue to 'prosper' in it's way…

Leave a Reply to << s| tED| >> Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *