WORLD WITHOUT NEWSPAPER.

WORLD WITHOUT NEWSPAPER.

Can you imagine a world without newspaper?

Pagi bangun, takyah baca sok kabor. Tengahari takyah baca sok kabor.

Berak takyah cari sok kabor. Kenapa korang suka baca sok kabor masa berak? Tak rasa dosa ke tak berikan perhatian sepenuhnya kepada satu satunya aktiviti yang kita ikhlas sesangat?

Tunggu bas, takyah selak sok kabor.

Pelakon lelaki dalam drama Melayu memegang watak datuk kaya takyah baca sok kabor tepi kolam renang di rumah banglo yang sama digunakan hampir pada setiap drama, berulang ulang. Ohh sambil mak mah datang bawak air fresh orange.. atau sunquick? Takder air lain ke? Peel fresh pun best gak tau encik encik producer.

Tapi kesian pada mak jah yang berniaga nasi lemak, kena cari alternatif lain yang mungkin lebih mahal dan terpaksa menaikkan rega jualannya.

Dan hujung minggu takyah migraine sebab baca kolum hiburan seorang artis dikecam hebat sebab tak tegur di soping komplek atau emporium atau mak bapak taknak jemput wartawan hingga terguris hati. Alah alah alah bucuk, manja cayang, alah bucuk. Meh timang meh.

Dan tertanyalah aku, kalau takder sok kabor, apakah kerja penulis tu semua? Sudah tentu bukan menjual nasi lemak atau kuih koci dan karipap.

Sudah semestinya bukan jual kuih seri muka atau pulut panggang.

Yang pastinya, aku dapat gambo ni dari sok kabor The Star.

Aku malas sebab terlalu banyak kerja. Akan ke luar daerah petang esok dan bila cakap camtu, terasa seperti aku seorang nazir sekolah. Mana fail aku ni?

11 Replies to “WORLD WITHOUT NEWSPAPER.”

  1. yup!! aku juga tidak boleh tidak.. mesti ada suratkhabar walaupun dah baca secara online. rasa x puas jek. nak juga kertas yang boleh di pegang!!

    erk: Nazir sekolah skarang bawak briefcase da….

  2. aku dah tak beli paper. tapi bila online je. skim a few topics lepas tu tutup browser. RSS feed pun subscribe untuk berita terkini

    cuma tak best online paper takde katun

    rindu pada far side dan ZITS

  3. rasa macam idop tak lengkap xde newspaper. baca ke tak baca, janji kena ada. baca newspaper atau magazine atau komik masa kat dalam toilet adalah perkara biasa dan kadang kadang saya bersms lagi. hahahahahaha

  4. assalamualaikum….

    bro yg tk pernah rasa kesunyian dan tak pernah lupa dirinya adalah seorang lelaki walaupun terjerit2 bila nmpk abg baju hijau… chelaka!

    sotkabar tk pernah jemu teman manusia kat planet ni dari utk di baca sampai la di jadikan sumbu masa nak bakar sampah kat belakang umah..sampai ada yg pakai sotkabar sebagai penyuci dubur sbb dh emergency sgt sampai tak sempat tgk toilet paper dah tinggal last piece..tapi masih sempat capai sotkabar atas meja mkn utk di baca dlm toilet..(ni bg yg tdk menggunakan medium cecair sebagai penyuci dubur) sopan tak ayat aku???

    walau dh bnyk gadget baru yg wireless kat market sekarang ni, aku rasa sotkabar memberi penuh kepuasan dlm hal mendapatkn info. kau tk perlu pegang sotkabar sampai panas, tk risau low batt, tak bepinau biji mata tgk lama2,dn yg penting ko tkyh pegi stabak atau kofibin utk stay cannected… hello..ini msia ok..bknnya US..

    sotkabar, tanpamu duniaku sepi…
    (suratkabar lama..suratkabar lama…eh! apek..sini ada byk..)

  5. kalau tade surat khabar tade la wartawan hiburan yang terasa ati, sakit ati, makan ati dan ape2 ati.

    cik nana: apa khabar wartawan hiburan kita yang terasa hati itu?

  6. eh..apsal serimuka tu mcm tak best jek?

    mmg tak puas sgt baca online tapi sejak 10 tahun lepas rasanya bleh dikira dgn jari jek berapa kali me beli surat khabor..

    surat khabo lama utk alas main masak2 pun angkut adik punya..

    world without newspaper ok lagi..tapi kalau world without paper..tu masalah
    susah nak print invoice..:P

    world world nih cik wiwi suka bebeno..hahahahahahaha

  7. nak beli dah jarang da..sokkabar ni…memualkan baca cerita2 politik msia ni…..kalo baca, muka surat belakang yg gua selak dulu…layan berita sukan…tp yg tak bestnya..sokkabr melayu yg majoritinya org melayu islam pembacanya…kat dalam ada iklan keputusan nombor ekor….wathahelll

  8. Tuan Nazir …

    Masuk toilet jgn bwk sebarang bahan bacaan yg berilmiah, tabaik dowh….

    Aku tau banglo yg digunakan sbg set drama melayu itew ha ha, dekat rumah aku, ala yg rumah ada tangga without bannister tuh, aku rasa tuan rumah tu mg cari makan dgn menyewakan lokasi kat film maker kot, umah dia sentiasa ada org shooting. Desas desus mengatakan ianya rumah Tuan dIrektor yg Murali Abdullah tuh, pergghhh save bajet gila.

    Musti baca gak surat khabar berbentuk fizikal, walaupun dah baca yg virtual, kalau tak apa aku nak cakap kat Ane yg aku langgan newspaper tu, dah 5 thn ohh aku amek ngan dia….tak sampai hati man.

    Nikmat baca sokhabar kertas tak boley lawan baca d screen computer

  9. lalu org suratkabor tu tukar keja jadi penulis nasyid juruacara ..berzanji kerr..kee..jual nasi kerr elok sikit dari FITNAH jika citer betul dan tak betul tu..kalu betul pun kes SAHAM jugak, tapi kalu TAK betul lagi tinggi sahamnya..MASYUK kering22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *