SINGH IS KINNG

SINGH IS KINNG

It’s a bird? It’s a plane.. no, no, yenada, it is Singh Is Kinng.

Aku tahu korang mesti ingat ada cerita lanjut yang berkaitan dengan negeri Perak kan? Takder, aku cuma nak cerita pasal latest movie package kat Astro ni. I love Astro, sebab even without any reception pun, aku tetap kena bayar cerita yang berulang ulang, pagi petang siang malam, subuh.

Dan aku masih mampu tergelak tengok Astro this couple of days. Aku tak tahu sama ada ia kebetulan, atau ada konspirasi di sebaliknya namun sewajarnya ia adalah di luar pengetahuan aku. Tapi aku yakin, ia adalah secara kebetulan.

Tapi aku tetap gelak. Filem lakonan Sonu Sood dan Neha Dhupia ini disiarkan melalui Astro Box Office Movies Channel 952 dengan bayaran RM3.00 sahaja. Cepat cepat, banyak aksi out of the world in this movie, better than Matrix, better than James Bond, it is SINGH THE KINNG !

Ishh, Astro kena bayar upah kat aku ni sebab promote kan. Ehh bukan ke Astro yang dulu kat masjid tu.. yang.. alah yang.. takperlah.. lets put things behind us, shall we.

Aku tak berniat sinis terhadap filem tahun 2008 yang penggambarannya dilakukan di Australia dan aku pun tak tahu apa kejadahnya cerita ni pasal apa, tapi aku tertarik dengan tajuk filem ini. Dan aku yakin semua faham kenapa aku seronok dan tertarik dengan tajuk filem ini.

Aku rasa eloklah ramai yang membuat laporan polis terhadap mereka yang dianggap menderhaka terhadap institusi kesultanan, namun ia perlulah dilihat sebagai satu pemangkin kepada penyatuan orang Melayu di negara ini. Dan jangan setakat cakap jek, esok lusa, bila orang dok belasah orang Melayu, ko terpinga pinga. Ohh, pastikan bila dah buat report tu, anda semua ada cukup maklumat dan buat homework bila wartawan nak menanya ya. Jangan terpinga pinga dan korang buat police report sebab orang lain pun buat. 🙂 Bacalah sikit constitution ya dan kenapa derhaka kepada Sultan itu patut diambik tindakan. It is better to be equipped with information, facts so that bila kitaorang tanya janganlah korang jawab default reply: “Kita buat sebab orang lain buat”. Kenapa, mengapa, di mana, siapa dan bagaimana.

Memandangkan aku tengah malas sangat hari ni, semalam, esok, minggu ini dan minggu depan, bulan depan, aku taknak tulis pepanjang.

Jangan stress ya. Rindu takper. 🙂

9 Replies to “SINGH IS KINNG”

  1. Singh is Singh la….itu kalu lelaki…kalu pempuan depa gelarkan Kaur…

    Tak ada apa yang best…yang penting makan ‘King Prawn’ lagi kenyang…kan?

    ada ‘king prawn’ di sebalik mee

  2. apa ntah korang mengarut. aku tak pahamlah. hahaha.. takper, mengarutlah puas puas, tak kena bayar pun. Ini bukan blog MLM.

    Zakiah, tak suka takper, just dengar jek, ala ala MLM.

    Faryn: Teruskan mengarut sebab aku tak paham.

    Azhan, aku pun tak paham.

    Just Me or Jasmi? Hehee.. King Prawn tu udang galah ehh? Hehehe

  3. Apa kata kau ulas pasal siar TV singapore. Orang Johor mungkin tahu tapi kami kat tengah, utara dan timur ni gak tahu.

    Nak tahu samada Sg ada Astro atau satelit TV depa sendiri…national TV depa macam mana, setanding dengan RTM kahhhh…news content..dan betulke bila tengah malam ada rancangan 18sx???

    Last balik Sg, tahun 2000…now apa pun tak tahu,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *