KAMI TIDAK DIHALAU DARI MASJID?

KAMI TIDAK DIHALAU DARI MASJID?

Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sembahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang dimasjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang dimasjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang dimasjid-masjid yang lain.” Riwayat Imam Ahmad

Batu asas Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak berhadapan Pantai Lido diletakkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 1892 dan dibina di bawah pengawasan jurutera tempatan ketika itu, Datuk Yahya Awaluddin dan Batwip Mohd Arif. Rumah Allah SWT ini dibuka secara rasminya pada 2 Februari 1900 oleh anakanda Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Ibrahim.

Almarhum Sultan Abu Bakar, adalah bapa kemodenan kepada Johor dan baginda menjadi teras kepada banyak institusi pentadbiran pada hari ini.

Seratus lapan tahun – 108 tahun berlalu. Aku tidak hidup ketika masjid ini dibuka tetapi masjid ini adalah institusi membesarkan aku. Aku belajar di Sekolah Agama Bukit Zaharah yang kini tinggal nama sahaja. Ketika kecil dahulu, aku keluar masuk masjid ini untuk bersolat Jumaat, bersolat Terawih, bersolat sunat, bersolat 5 waktu dan di masjid inilah, aku dididik akan Islam tidak mengenal kaya atau miskin, pemimpin atau sebaliknya kerana ketika kita menunaikan solat, tiada perbezaan antara kita, kerana rukun solat itu sama bagi semua jemaah.

Alhamdulillah, tidak pernah aku diminta keluar atau diusir dari masjid yang menjadi kebanggaan orang Islam di Johor dan Malaysia amnya.

Mungkin yang tidak tahu, hampir setiap pagi, ramai pelancong dari Jepun terutamanya datang ke masjid ini untuk melihat keunikan pembinaan, architecture dan biarpun bukan beragama Islam, mereka tetap disambut dan diterima untuk memasuki masjid ini selagi tertib mengikut hukum syarak dipatuhi.

Wah, panjang pulak intro aku.

Aku taknak berkasar dalam entry aku ni, I have promised myself not to. Jangan, ini kan cerita pasal masjid. Masjid kan rumah Allah SWT, tempat kita mengadap Ilahi.

Tapi, biarlah aku gelak, aku gelak sakan. Banyak benda yang aku gelak berguling guling pada 20 Disember 2008. Kehidupan aku pada 20 Disember ceria sekali. Bukan pasal masjid tetapi pasal perkarangan masjid.

Maksud hak eksklusif memang tak pernah aku pertikaikan. Dan aku yang masih baru lagi dalam dunia kewartawanan sejak 1993 lagi, TAHU DAN FAHAM aku perlu hormati hak itu. Yelah, baru lagi kan dalam menulis ni tak macam orang lain. Tapi kan, masjid jadik hak eksklusif? Come on, masjid?

Kalau tak silap, tugas wartawan adalah melaporkan apa yang berlaku secara adil. Aku adalah antara yang paling setuju dengan pandangan sahabat aku di akubimbo.blogspot.com

Wartawan perlu ada kredibiliti kerana ia menggambarkan integriti. Dan itulah yang aku uphold everytime aku pergi assignment. Aku lebih suka assignment mencabar aku untuk berfikir, bertindak mengikut landasan etika kewartawanan sebab aku bukan wartawan copy and paste.

Apa yang berlaku pada 20 Disember memahat sejarah dalam erti kewartawanan dan erti masjid.

Sebagai seorang yang baru dalam dunia kewartawanan iaitu sejak 1993 dan bukan sejak Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1900, aku tiba di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi dan ketika baru nak melangkah masuk Masjid Sultan Abu Bakar, kami dihalang oleh dua anggota Rela.

Time: 10:00 am. Lokasi: Masjid Sultan Abu Bakar
Bukan, pakcik Rela ni bukan tengah baca doa, tapi dia mengarahkan aku turun dari tangga Masjid Sultan Abu Bakar atas arahan yang tidak membenarkan krew TV3 memasuki Masjid Sultan Abu Bakar. Dua anggota Rela ini berkejaran melihat aku baru nak membuka kasut Adidas aku. Lawa kasut aku tau. Photo credit: Mohd Hafiz Bahrin

Semasa aku diarahkan turun dari tangga tu, aku terfikir dan terlintas dalam hati aku, macam mana agaknya kalau ada saudara Islamku yang datang ke masjid ni untuk menunaikan solat sunat? Adakah mereka juga dihalang sebab seperti Kosmo cakap, mengalahkan perkahwinan anak raja.

Ini adalah gambar yang diambil dari BBC. British Broadcasting Corporation dan disiarkan pada 5 Julai 1999. Ia memaparkan bagaimana pengawal keselamatan (bukan Rela, kat sana takder Rela), menghalang wartawan, jurugambar dan peminat dari memasuki Lutthrellstown Castle ketika perkahwinan David Beckham dan Victoria diadakan. Ohh ia diadakan secara EXCLUSIVE maka taklah ia diadakan di tempat awam.

This gothic castle, built in 1794 is set on a 560 acres of land, screened from public view by tall, leafy tress and a winding driveway. Ia adalah exclusive luxury retreat for the rich and famous. Former guests include former US President Ronald Reagan (ohh this is not the kena baling kasut guy), movie star Paul Newman and rock group REM.

Kami DIARAHKAN untuk berjumpa dengan kakitangan Astro di balairong Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak kira-kira 20 meter di belakang pakcik Rela ni yang melambai tangannya seperti anggota trafik mengawal lalulintas.

Tiba di balairong, aku tak tahu siapa orang Astro yang dimaksudkan tapi yang aku nampak cuma tag Official dengan logo Mawi Ekin digantung oleh ramai orang dalam balairong itu. Aku juga nampak Ekin sedang berposing ambik gambar dalam balairong itu tapi aku TAK TERJAH pun, sebab yelah majlis orang kan. Kita ikut undang-undang. Tag itu adalah untuk menghalalkan aku untuk buat liputan, gamaknya.

Dan yang paling paling bestnya, di balairong ini, bila aku sebut TV3 terus lekas lekas, cepat cepat diaorang suruh aku keluar. Yang mamat sorang tu, beriya iya tak kasi record dan cuba menutup lensa kamera yang dipegang Mohd Hafiz Bahrin (lihat youtube entry at bottom page). Tapi tulah, kamera yang kami bawak rosak agaknya, tak boleh Pause. So, record jer lah kan. Yelah, aku cuma tanya tak boleh ke news crew cover? Tak boleh tak boleh tak boleh. Keluar keluar, jangan record jangan record. Eh eh, bila pulak diaorang ni jadik boss aku, dan beritahu aku bila boleh record dan tak boleh? Dan hak eksklusif tu mesti pasal Mawi dan Ekin kan, yang aku record masa tu cuma orang orang yang pakai tag OFFICIAL jek. Diaorang pun ada exclusivity jugak ker? Mungkin kot.

Selepas diminta meninggalkan Masjid Sultan Abu Bakar, aku dan jurukamera, Mohd Hafiz Bahrin beredar ke perkarangan masjid. Berdiri atas rumput dengan kasut Adidas aku berwarna putih dan aku tahu, aku memasuki masjid, Rumah Allah SWT, aku tentunya menutup aurat.

Rupa-rupanya tindakan aku untuk berdiri di kawasan rumput di perkarangan masjid adalah salah, kerana ia juga hak eksklusif, err, wait, does the arrangement tu ada tertulis scale kawasan tu sekali, berapa rantai, hektar dsb? Kalau ada kenapa tak letak notice kat situ? Aku diusir oleh seorang pegawai Rela. Mulanya dia cuba usir rakan aku dari ntv7, Sharul. Tapi Sharul telah memasjidkan pegawai Rela tu dengan ayat yang aku kira paling klasik untuk tarikh 20hb Disember iaitu 6 hari selepas birthday aku.

“Inikan masjid.” Dua perkataan itu cukup mematikan perbalahan antara dia dan pegawai Rela itu dan aku yakin dia faham maksud Shahrul tu.

Aku sempat bersalam dengan pegawai Rela itu yang turut ditemani seorang anggota Rela wanita yang separuh umur. Dia kata encik tak boleh berdiri di sini sebab saya diarahkan pihak Astro untuk meminta encik semua beredar dari kawasan masjid ini.

Time: Almost 11:00 am. Makcik ni comel sebenarnya. Nope, dia bukan jemput pergi makan kat bawah khemah arah dia tunjuk tu. Dia yang memula meminta Sharul dari ntv7 untuk beredar dari kawasan perkarangan masjid. Dia bahasakan diri dia kakak, encik tolong keluar dari sini.


Aku hormat tugas pegawai Rela ini. Dengan rasa hormat, aku bersalam dengan dia, dan aku memanggil dia Tuan sebab dia ada paku paku atas bahu dia. Dia kata encik tak boleh berdiri di sini sebab saya diarahkan Astro. Hanya mereka yang ada tag ini sahaja yang boleh berada di perkarangan masjid ini. Lantas aku bertanya kat dia, Tuan ni pakai uniform Rela ni, mesti tahu undang undang kan. Ini perkarangan masjid, bermakna ia kawasan awam dan kalau Tuan panggil polis pun, saya masih ada hak berdiri di rumput ni. Terus dia beredar sebab masa aku cakap macam tu, dia macam terkial kial nak jawab. Tulah kan, sebelum kita pakai uniform, kita kena cukup ilmu.

Tuan tuan dan puan puan sekelian, inilah dia, tak lain tak bukan, kami persembahkan pemisah antara aku dengan Mawi dan Ekin serta pemisah antara aku dan rumput di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan pemisah antara aku dan Masjid Sultan Abu Bakar (untuk tag wartawan dan jurugambar perkataaan Official itu tertera perkataan MEDIA. Aku tak ada tag tu, so sorry tak dapat nak post kat entry ni). Kebenaran eksklusif di masjid itu only accessible to those with this tag only. Mungkin ia boleh dijadikan garapan sejarah Tanah Melayu atau Malaysia hari ini, selepas dibuka 108 tahun lalu, buat pertama kalinya untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah SWT ini perlu ada tag. Subhanallah.

No, no, kami bukan main ting ting. Aku tengah tunjuk kat seorang kawan yang merupakan event organiser kat situ yang rumput-rumput di situ adalah perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar dan aku ada bertanya, adakah kawasan itu sudah dimiliki oleh pihak lain?

Aku pelik, masa nak publisiti, tak pulak ada eksklusif dan sebagainya. Aku ni datang nak buat liputan untuk berita dan itulah sebabnya wujudnya wartawan. Kalau dah tahu cuma boleh layan wartawan tertentu sahaja, tak payahlah ada wartawan kat TV3 ni. Baik aku jaga rumput jek.

Hari ni aku tengok banyak komen dari orang kuat Astro. In murai.com.my:

“Pun begitu, ‘orang kuat’ Astro Prima, Khairul Anwar Salleh, menjelaskan kepada wartawan malam tadi bahawa pihaknya telah pun sebenarnya memberikan ruang kepada krew TV3 untuk menemubual Ekin dan Mawi selepas sidang media perkahwinan mereka selesai di Masjid Sultan Abu Bakar.

“Kami tidak pernah menutup pintu langsung kepada TV3. Ini kerana selepas sidang media perkahwinan mereka dengan wartawan lain selesai, kami membenarkan mereka untuk menemuramah Mawi dan Ekin selama 15 minit. Jika dari awal lagi adanya permohonan secara hitam putih untuk membuat liputan (yang terhad), kami mungkin masih boleh membuat pertimbangan,” jelas Khairul.”

Statement ni, agak bertindih dengan apa yang Freddie Fernandez cakap di Kosmo bertarikh 21hb Disember 2008. Tapi, mari kita tengok apa sebenarnya berlaku. Mari mari. Dan please jangan ketawa ok. Promise me not to laugh ok. See, you are giggling already. Isshh

*
*
*
*

Meh kita tengok gambar jom..
This is the press conference hall.

Haa, you guys must have noticed the guy yang sedang menoleh dengan wajah simpati tu. Kenapa wajah simpati? Scroll down. p/s: bro kenapa kau tak pakai baju melayu? Kan comel pakai baju melayu. oh, masa PC tu, dia tak kenal aku. Yelah aku ni persatuan orang kurang popular.

Kami diarahkan KELUAR dari bilik sidang MEDIA, yup sidang MEDIA, walaupun sebelum itu kami menghormati hak eksklusif upacara nikah dan hanya berdiri di atas rumput di perkarangan masjid namun tetap dihalau. Kalau dah tahu nak eksklusif, why the fuck did you do it in a public place like this? Agaknya anggota Rela ditugaskan untuk mengawal pergerakan aku pada hari tu dengan cameraman aku sebab kalau nak dikatakan untuk crowd control, that won’t be the case sebab tak pun ramai peminat yang berpusu pusu datang kat masjid tu. Ada sekumpulan kecil jek yang datang dan tak kecoh pun. Aku rasa yang ramai adalah photographer. Dan hampir kesemuanya ada tag. KECUALI AKU DAN CAMERAMAN AKU. So anggota Rela ada masa tu untuk Photographer Control and TV3 Control. THE ANNOUNCEMENT WAS MADE VIA THE PUBLIC ANNOUNCEMENT (PA) SET THUS EVERYONE LOOK AT US. Glamour kejap aku dengan kasut Adidas aku.


Yes, that is me. Handsome tak dari pandangan 90 darjah? Haha. Cakaplah ya, cakaplah. I see you nodding, thank you.. Haha.. That is another anggota Rela lengkap dengan vest kuning dan walaupun aku sedang berjalan, dia tetap cakap ala ala FRU suruh kami keluar. Belakang tu yang nampak tipis tipis tu, Shahrul from ntv7 dan dialah yang cakap INIKAN MASJID and that was the word of the day.

Kami keluar dari bilik sidang media tu tanpa sebarang bantahan. Yelah, balairong diaorang punya kan. Keluarlah. That very moment, mempelai belum sampai di bilik sidang media itu. Ramai rakan wartawan yang simpati kat kami dan tercengang cengang tengok kami melangkah longlai keluar sambil menggarapkan satu sejarah dalam hidup kami sebagai wartawan. Antaranya ialah rakan wartawan yang kini dah jadi editor hiburan di sebuah akhbar terkemuka. Bangga aku kat dia. Anak pun dah dua. Tahniahlah. Aku sama sama merangkak pada 90-an dulu. Dah jadik boss dan tak sombong. Bangga aku kat dia.

Sambil aku keluar tu, aku terasa hina sesangat. Seorang pegawai Rela, menjerit jerit Keluar Keluar kalau takder tag.. Bengang jek aku. Dah macam aku ni masuk Malaysia tak pakai passport.


Seen here is me, Fauzi of ntv7, Nasir of Bernama TV and Shahrul ntv7 walking out from the press conference hall, or should I say, after we being chased out at about 12 noon.

My question is, why the fuck do you call is a press conference or media conference if not all media are being allowed to sit in? Tahu tak apa makna press conference?

Ok, that is me again and this time with none other Ketua Pegawai Eksekutif / Chief Executive Officer of Maestro. I was making my point to him, why do you call it a media conference if your people guna PA system to halau kami keluar? He said this: Ohh I tak tahu. Yeah, bullshit. And, of course I was saying to him, macam ni ke how you treat wartawan and in this case I am representing TV3? Told him kami respect the exclusivity of your live telecast, tapi media conference kau nak halau? Ohh I did gave him a piece of my mind, when his people asked us to leave the mosque compound earlier. After a lots of persuassion, dan selepas Freddie Fernandez terpinga pinga sebab sedang disekolahkan, dia dengan teragak agak masuk balik ke dalam PC hall tu. Masa ni, PC baru abis dan ramai yang pelik kenapa ada crew di luar padahal PC kat dalam. I guess Mawi and Ekin has made their point to the fans out there. Good for them. Ehh wait, if Mawi does not know, bukan ker being artiste management yang patut tahu about the importance of journalist? Bukan ker they are the same people yang call journalist and media companies to tell us about their artistes? Bukan ker? Ohh bukan kot, mungkin yang buat kerja tu orang jual Putu Mayam. Errmm.. lama tak makan putu mayam.. Nanti aku ajak Freddie makan sekali.

And no, we are not asking to be treated with a red carpet, we are there to do our work, our living. That had me thinking, susah betul nak cari makan nowadays. Minyak petrol pun dah turun.

And when I read Kosmo today, I was damn fucked up with Freddie Fernandez statement. His statement and Khairul’s statement bertindih dan melawakkan (ehh ada kan perkataan melawakkan.. ).

“Beliau turut menafikan dakwaan krew berkenaan dihalau. Beliau memberitahu, pihaknya telah memberi ruang kepada TV3 mengadakan temubual eksklusif dengan pasangan pengantin selepas acara pernikahan.”

Itu Freddie cakap. While the following is what Khairul Anwar Salleh says:

“Kami tidak pernah menutup pintu langsung kepada TV3. Ini kerana selepas sidang media perkahwinan mereka dengan wartawan lain selesai, kami membenarkan mereka untuk menemuramah Mawi dan Ekin selama 15 minit. Jika dari awal lagi adanya permohonan secara hitam putih untuk membuat liputan (yang terhad), kami mungkin masih boleh membuat pertimbangan,” jelas Khairul.”

Wait. Freddie should know better, sebab Khairul wasn’t there. This is what happened bila pembaca are not being told the whole truth. Dear bro Freddie, why didnt you tell the reporter what I have said to you? Macam mana kitaorang kena halau walaupun tak ganggu your so-called exclusive rights at Masjid Sultan Abu Bakar? Why do you deny the fact that we are being chased out? Visual don’t lie dear Mr Freddie. Yang perempuan kat microphone tu tengah halau kami tu, dia buat apa? Tengah nyanyi lagu Kian? And even standing on the compound ground pun kena halau, did you tell the reporter about that? Ohh, kenapa that reporter tak clarify sendiri and approach me? I wonder. Impartial.

Kenapa tak beritahu that ONLY after I made my point that you, being the CEO of Maestro baru nak terhegeh hegeh masuk balik and took you almost 10 minutes to come out to let us in, well, itupun rushing sebab nak masuk waktu Zohor.

His statement in Kosmo on 21 December 2008 really really memualkan. Kami memberikan ruang? Ohh yeah selepas kena desak dengan aku. Telah memberi ruang kepada TV3 untuk temubual eksklusif? Hahaha.. Menafikan dakwaan krew berkenaan dihalau? Freddie, what the fuck are you saying? You are a CEO for goodnes sake. Please hold more credibility in what you are saying. Visual don’t lie Freddie.

Ohh Freddie, let us look at this picture, do you call this exclusive? This is saving your ass lah Freddie dan selepas dianugerahkan the piece of my mind.

Let’s see ermm.. ada Edisi 7, ada TV3, ada mic takder logo, ada Bernama TV. Exclusive ker? Freddie does not understand what is exclusive. Freddie, go and read akubimbo.blogspot.com as you may learn something new today. That will help you to get pay rise.

I won’t say much what Khairul is saying because he was not there. In fact reading his statement, aku cukup tergelak. Sejak bila nak masuk press conference kena ada hitam putih? I better tell my bosses that better buatkan aku template untuk masuk press conference. Senang aku nak print nanti.

Well, never to be impartial to my story, I did interviewed Freddie and an Imam, giving them the space to explain. Let us see and hear what did they say.

Also, you may log on to www.tv3.com.my to catch up Freddie’s statement.

Last but definitely NOT LEAST, I just wanna say this:

TO MAWI AND EKIN, SELAMAT PENGANTIN BARU DAN MUDAH MUDAHAN RUMAHTANGGA ANDA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT DAN SENTIASA DILINDUNGI SERTA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.

P/S: SAYA BOLEH DATANG KE FELDA TAIB ANDAK? BOLEH KER? BOLEHHH? MEKASIH.. SERONOKNYA.. YELAH GI OWANG KAWIN KAN.. MAKAN NASI MINYAK, DAPAT TELUR PINDANG.. Sedapnyaaa.. Haa mesti ada joget lambak kan? Ada ker? Kena bawak baju batik ni.. and ohh, I will definitely cover your PC if that is my assignment, no worries. I am a journalist.

And guys, Mawi nampak cool and bersih serta bersinar wajah dia disebalik wajah aku yang berkerut kerut pada hari bersejarah tu. Itulah hikmah perkahwinan. Allah Maha Mengetahui.

And my name is Zulhazri Abu Bakar. Thank you and please come again, with a tag please.
*******************************************

43 Replies to “KAMI TIDAK DIHALAU DARI MASJID?”

  1. starting dengan hadith soheh, disertakan dengan sejarah, di selitkan sikit dengan sentimental value. mmg tip top intro. at the end, isi utama adalah tak puas hati kena halau. hahaha mmg style la. tlg jgn guna hadith utk tujuan salah ok, klu utk sharing xpa.

  2. fullamak, panas2…tak sangka plak jadi camni?
    apasal orang lain dpt tag, korang tak dapat ek?
    mesti yg dapat awal tu dah buat permohonan awal2, i’d say sebulan awal?

    lenkali kena buat awal lagi kot permohonan tag tuh
    hehe 😛

    sabar2…

  3. that is totally absurd and thats is why i dont even bother nak tahu menahu pasal kisah artis. semua tu memualkan. come-on lah masjid tu bukan hak mereka. hak awam. totally ridiculous and rubbish. FF tu mmg mengarut. rasa mcm nak baling kasut jer kat muka dia.

    hopefully perkahwinan ni kekal lah ke akhir hayat la kan kan kan.

    huh. aku tak minat pun mawi tu. world my foot.lol.

    ops terlebih sudah.

  4. Sedih lah aku baca entry kau ni. Terkenang zaman kita kerja dulu2. Tapi apa pun, PC yang exclusive tu maknanya hanya untuk live di Astro aje ye? Tapi print media diorang tak kisah sangat ye?

    Kelakar kalau buat PC hanya untuk sebuah stesen TV. Yang buduhnya ialah orang yang beri kebenaran buat PC itu hanya untuk satu stesen TV aje. Kalau nikah tu eksklusif aku tak kisah, tapi sayanglah kalau PC yang bertujuan “to inform the public”.

    Ala…ini semua kisah buduhlah. Baik kita pedulikan benda yang beri faedah sikit.

  5. Shirin: Thank you.

    Superzac: That is his right. Perhaps dia rasa lebih baik buat macam tu. Again, tahniah pada Mawi sebab mendirikan rumahtangga. Syukurlah dah kahwin.

    aku byk masa terluang: terima kasih di atas pandangan anda, I was merely making my point, and everyone has their own views on everything. Again, thank you for the comment. 🙂

    i.am.belle.: Tak elok baling kasut kat orang. Especially kalau kasut kita mahal dan baru beli. Please contain your anger. 🙂 Every artistes ada peminat masing-masing dan bukan ke sebagai wartawan kita perlu exercise NON-IMPARTIAL dan tak kira sama ada kita suka atau tak suka atau minat atau tak minat terhadap seseorang artis itu. I aint an entertainment reporter tetapi I was there as a journalist. To me when impartial reports are being published, it shows that kita ni kurang fakta dan malas nak buat research and follow up. Kalau kita buat satu pihak sahaja, that is very wrong bukan itu yang dididik untuk menjadi seorang wartawan.

    DonC: It is an honour for you to drop by here. To me a media / press conference is to publicly inform the 5W and one H, and the media will become your publicity agent to the reader, audience.

    And, aku pun terkenang zaman kita sama sama dulu. Tapi kau sombong dulu, tak pernah belanja aku minum. Kalau pernah, terima kasihlah. Hehe.

    Let’s talk about house renovation shall we cause Im doing house renovation right now. Cool kan? Or keep it cool? Heheh..

  6. takperlah…

    esok saya kahwin. awak boleh buat cover story. takder halang-halang punya.

    hahahahaha

    kalau ada RELA pun untuk jaga trafik.

    hahahahaha

    Nak tak? Masa saya kahwin nanti, masa akad nikah boleh nak ambil gambar ke nak temubual ke. takpe. mesti boleh punya.

  7. motif aku lak kena?

    actually i do know it’s you, but because neither were we introduced, nor did anyone else make that effort, takde jodoh la.

    takyah sebut popular ke tak ke haper bro. tanya ayau perangai aku camna. or even saniboey. chill la.. don’t judge.

    as for the other side of the story. aku diberitahu awal2 aku takleh masuk because the masjid tak bagi non muslim masuk masjid.

    so baju melayu aku dan songkok aku biarkan kat rumah. sampai je on friday, aku dapat tau yang pihak masjid no problem and benarkan the day before. but by then too late.

    i wore the same attire others who had to be in the waiting room wore. t shirt and jeans. sebab aku bertugas.

    aku dapat tau pihak sama halau korang, yang sibuk jadik tokei funfair takde masa nak bagitau aku, the only non muslim reporter on duty in the list – that there had been changes before we left kl.

    so aku pun dok je posing kat dalam tu. salah ke beb.

    and yes, i was sympathetic. i approached freddie to ask what was going on and how PC mana main exclusive. but i suppose you took it another way. aku da kena naya skali, aku tau how it feels.

    also talked to orang astro, but apakan daya. aku ni sapa nak langgar perintah orang yang control masjid.

    anyway – if it was worth anything, the media should have spoken up but no one else seemed interested in my bitching of the situation.

    so… sorry you guys had to go through it, but if you have to pinpoint a single person, go for the person yang tak perlu wat announcement via PA system and then walk up to you guys about it.

    PS – i cut and paste my comments dalam boey nya entry from my blog. you can see my stand there.

  8. klubkidd: Wohhh, such an honour to have you here! Im cool bro. Aku pun teragak agak nak tanya kau sebenarnya.. hahaha.. takut salah orang.. aku pulak pemalu orangnya.. hahahah.. Anyway, cool to meet you there, takper next round kita pi kena tongkat ali tarik! Aku saje jek menyakat kau lah. Haha. Aku ok, and I know you are too. Aku selalu singgah blog kau, walaupun kekadang tu aku pening mana satu aku nak baca sebab semua best. You have a charisma in your blog. Good for you and keep it up. Aku ni cincai bocai jek. Haha.

    On a serious note, well, masjid Sultan Abu Bakar adalah antara heritage di Johor, dan sering dikunjungi pelancong. It is part of their tour, as I was told by a tour guide friend. If you missed this mosque, than it means your tour is incomplete. So, i dont see why you shouldnt be given the access to enter.

    klubbkidd, i must thank you for your effort. This is truly a journalism stand, we unite we are strong. You are a man of your word. Thank you.

    As I agree to you, PC should be opened to all. Yes, all. Unless you place a notice outside of the hall to say otherwise – ONLY FOR PRINT MEDIA. And do you know that when we were going in for that little time PC, we were even stopped at the entrance rudely, macam nak masuk konsert takder tiket? Yes, that was what had happened. Kesian kan.

    WTF kan..

    Anyway, klubbkidd, next time you are in JB and takder baju melayu TELUK BELANGA which is known to be the proud of Johor Malay, kindly contact me. No tag or credential required. But please produce your IC, yelah mana tahu kot ada orang menyamar. J/k.

    Zakiah: That would be wonderful. Please email me your scanned version of the invitation card. 🙂

    FARYN: Thank you for your suggestion but that wouldn’t be nice kan. Tak baik. 🙂 But that reminds me of ais kacang. Lama tak makan ais kacang.

  9. Hi there,
    Aku rasa tak patut le dia orang halang korang masuk masjid…… Aku selalu gi masjid tu dulu!!!! tapi anyhow kita amik lah pendekatan “forgive and forget kan……”
    Kita doalah untuk kebahagiaan dia orang!!! Amin!

  10. Hottie Zac, that shoes is so sentimental value tau. Ally Iskandar bagi kat aku. Yes Ally Iskandar bagi kat aku. Hadiah birthday. Significant sesangat.

    Hidup KOKA: Kau orang JB yek? Mesti duduk dekat dekat rumah aku tu.. Sekampunglah kita yek? But thank you for the opinion. I agree. 🙂 Lets move on, shall we.

  11. Fuck those reporters yang impartial. Where do you learn how to write and where do you learn the journalism ethics?

    Today, we see the impartial reports on how kami dihalau. Did any of those reporters yang kononnya cuba menjernihkan keadaan call or were there to see the actual event? Nope, they are just bunch of faggarts that care less about ketepatan maklumat but mengampu certain quarters. Some entertainment reporters are NO value at all.

    I will write further on this on my next entry.

    Anyway, Hidup KOKA, nice to have you here. Stick around for more of the interesting world of the ‘world’. I cant say where is my home is, nanti kena serbu. Hahahahah..

    Zakiah, I have said many times to all my friends, bila diaorang cakap, wahh hazrey kau makin glamour lah. In Johor, I do 999, 360 among the programs for TV3 and mostly have me in it. Tapi I told them, as far as I am concern, takder pulak orang berebut nak bersalam dengan aku ni kalau kat tempat public. And it is my job nature that demands such appearance. Cuba kalau kerja kerani atau macam Hidup KOKA, they have their own expertise. So yang membezakan cuma I work for a TV station, oppss sorry, NO 1 TV station in Malaysia.

    I dont see my job nature as something that I should take advantage of. As around, ask superzac or DonC, he will concur to what I am saying.

    But the most important is, kalau pun appearance on TV – as it comes with the job makes one a known person, tetapi tanpa integrity dan credibility, baik cuci longkang jerlah, lagi mulia.

    Thank you and please come again. My name is Zulhazri Abu Bakar.

  12. this is what happen when u ‘sell’ your soul to astro.

    non-muslim is not allowed in the masjid atas sebab tertentu. well, sebab astro ada bwk FF, tu yg pihak masjid kene buat exception. tak tau la kalau FF dah convert. hahaha. agak2 si buduh mana yg buat exception tuh?

    dah tau nak buat eksklusif jgn la buat kat masjid. buat la kat istana bukit serene. mesti tade org kacau. agaknya mcm mana org yg nak singgah solat masa tuh? kene halau jugak ke? mcm mana ekk? pihak masjid dah kene jual jugak ke?

  13. bro jangan cakap ko. aku berapa kali kena halau, kena hamun – siap hamun balik, ngamuk da biasa.

    i know how it feels.

    journalists dulu bawah news, united. kalao orang wat hal, aku ingat agik… satu media kena ban, semua press boikot editors pon bila call stuju je.

    now… emmm… entahlah.

    again… tu la yang aku nak give up this shit.

    passion or not, tak sanggup da.

    per pon aku kesian mawi. he is a personal friend, and as stupid as it sounds, it’s the people around with no common sense yang keruhkan keadaan dan busukkan nama dia.

  14. Azhan: I will let you to judge as a reader and sebagai orang Islam yang mengimarahkan masjid.

    klubkidd: I did not mengamuk because I was not taught to do so. In fact, I nicely say thank you to whoever the woman is sebab dia takut sangat when I ask for her name and for her card.

    And throughout my little tiny journalism career experience since 1993, aku dah puas berhadapan dengan pelbagai cabaran lebih dari yang kecik ni tetapi apa yang berlaku pada 20 Disember adalah sesuatu yang amat amat bodoh dan tidak relevan langsung, apatah lagi ia melibatkan artis yang will NOT be there to stay. They come and go, which they are ignoring that fact.

    I am ok with kena halau atau usir atau whatever those bunch of people wants to call it because I take it as part of life as journalist tapi when you twist the actual fact, that is too much already, and you have those bunch of entertainment copy and paste ‘reporters’ to back you up? How sad.

    And Mawi, tell him to be smarter although he is not. Tell him this: I have shown my adab during my short interview with him as a respect to his big day and why not he shows the same and not by hearsay? Betul tak? And that will show how he handle crisis amicably. Bukan ke, dalam adab Melayu ni kita terima tetamu secara baik dan tak perlu terjerit jerit dalam PC HALL, jerit Keluar Keluar macam manusia tak bertamadun dan akhirnya you twist the fact? Furthermore, management dia yang buat hal, and not him, sebab dia biarkan segalanya berlangsung diuruskan oleh orang lain.

    From his statement, he said I was nicely talking to him, well thank you for saying that sebab I have parents that ajar aku adab berada dalam majlis orang dan at the same time, let’s not make a scene, macam orang gila, terjerit jerit, terlari lari dan tiba tiba terus terjah dengan soalan yang kurang menyenangkan and I cant be there untuk menghukum dia. His management should be more responsible, and ohh, learn the PR more please.

    We definitely are here to stay but artiste come and go, so let him do the thinking ok. Kirim salam selamat pengantin baru untuk Mawi.

  15. kate xnak bkasar dlm entry nih,ade hadis lagik tp last2 dok fuck org itula,org nila…hmm
    Nak wat cmne,samela juge siti kawin dulu…

  16. klw org dtg nk smyg..pakcik2 ke…xpon org yg dtg singgah nk tumpang tdo ke..**hehe***

    kena halau gk ek??

    hebat la mawi…blaja x smpi u..
    bley smpi tutup msjid 2~!!!

    pm pn x cm2~~~
    hidup mawi!!!!

    buwekkkkk!!!!!!!!!

  17. “bukan artis said..”

    Thank you for your stop here. Well, bila kita petty dan tak nampak isu utama right here, then I am sorry I can’t help you. And this is an open forum. Hopefully you make your smart judgement based on the whole chronology dan bukan pinpoint apa kau tak suka sebab lari tajuk. 🙂

    gman: I will let you do the conclusion.

    i.am.belle: I am not entertainment reporter that needs such accreditation. Tidak sama sekali. It so happens that Allah SWT dah tentukan aku yang pergi assignment tu dan akulah yang melaporkan untuk berita pada malam itu dan dipickup oleh Melodi.

    A wise friend told me this, berlaku di masjid, dan ketika hari mulia, ermm.. mungkin ada hikmahnya. Wallahuallam.

  18. the problem lies with those around him, for this matter, one person who didn’t have the PR to be courteous. biasalah kalao da biasa ampu press tertentu. i know a lot of people will hate me for this statement, but when push comes to shove, memang betol stengah orang memang takde adab.

    sabau je ler…

    and jumpa di kulai. huahuahua

  19. bukan artis said…
    kate xnak bkasar dlm entry nih,ade hadis lagik tp last2 dok fuck org itula,org nila…hmm
    Nak wat cmne,samela juge siti kawin dulu…

    aku rasa mangkok nie dah biol kot bro…or aku rasa dia ni teringin nak jadi reporter tapi gagal sebab sekolah bodoh..masa ct kawen press conference mana ada ekslusif..semua dibenarkan hadir…even frm rtm astro pun ada cuma masa sanding je..tu pun ada gak ruang for them to interbiu the bride n groom aku rasa mamat ke minah nie bodo kot..neeway pada hari itu FF dah di ISLAMkan oleh ANANDA KRISHNAN sebab tu laa dia boleh keluar masuk masjid tu sesuka hati dah ISLAM dia lagi lebih kot sampai leh kuar fatwa orang yang tak ada TAG pijak rumput kat masjid pun tak leh ..LOL

    neeway aku pun baru beli adidas kaler putih LOL…

  20. OH yess baru aku ingat..masa ct akad nikah kat masjid wilayah semua bole masuk even reporter frm trans tv yang kerek mcm bagus pun tv3 kasi masuk dan aku ingat lagi sorang reporter dari seberang gak tak ada TAG masa ct kawen tak dibenarkan masuk oleh XC command yg jadi jaga malam tu..dan bebudak XC ni tak laa buat budak reporter tu mcm hanjing…well TV3 tak laa amek RELA sebab RELA tu kira tak ada standard ..LOL..

    but our production team did help this reporter out and he managed to enter sebab dia tertinggal TAG..well benda benda ni semua leh settle if you have good PR..and dia just amek still photo..dia tak bawak lori link for live transmition

    BRO wa rasa ASTRO ingat lu bawak transmitter LINK kot dlm beg lu.to air asmawi nyer akad nikah live kat TV3 …LOL depa tau ka transmitter link tu besaq mana..

    Opppss i forgot ASTRO rented our LINK for the live coverage on ASMAWI nyer weeding …tq ASTRO for renting our equipment

  21. saudara hazrey, inilah masalahnya apabila satu ikatan yang suci dijadikan satu aktiviti komersil. Bagi saya, ia kesilapan pengurusan Astro. dalam hal ini, orang media khususnya TV macam you, donc, superzac dan klubbkidd faham sangat broadcasting rights atau hak-hak penyiaran terutama official broadcaster. Sepatutnya dalam setiap aktiviti pada 20 Disember itu, ada ruang disediakan buat non-rights holders. Dari waktu nikah, bersanding hinggalah menyanyi di atas stage tetapi ruang itu disediakan bersyarat. Umpamanya tidak boleh siar live, kalau siar newsfeed hanya untuk beberapa saat, lintas langsung pula dari satu sudut yang jauh daripada upacara utama. Benda-benda macam ni maestro, astro corporate comm lah yang kena buat. Kesian mawi, dia tidak didedahkan dengan the broadcasting game. Freddie fernandez, alah harap aje sekolah sama dengan aku dan harus lagi disekolahkan!

  22. LOL! thank you bro for sharing.

    I’m glad that you (and akubimbo) made it clear as day and the defining point of conflict here is that it is a public place therefore exclusivity becomes irrelevant.

    what really makes me sad, tho is not the matter per se; we all know sometimes in the entertainment industry people can go “gila-gila” and lose perspective sometimes. what DOES make me sad is the Rela guy you mentioned that found it OK to shout and you and said “Keluar, keluar kalau tak de tag!!”. itulah Melayu (not all, but too many) today, cakap je beradab, berbudi, tapi my goodness.. sedih. and we wonder why orang lain tak respect us.

    thank you bro.

  23. AYAU: Thank you for sharing the actual fact yang dinafikan oleh wartawan sorry, salah, spin doctor yang terdiri dari Rudy Imran dan Tengku Khalidah Tengku Bidin. They are NOT, let me repeat again, NOT reporters, journalists or writer. They ARE SPIN DOCTOR. And they are good at it. Im glad that I know them.

    And AYAU, I am glad that we are much better than Astro people, especially our team di Corporate Communication Department yang SENTIASA berhemah. Alhamdulillah. So, it is good that benda ni semua terjadi, mungkin keberkatan Masjid Abu Bakar, rumah Allah SWT, sehingga mengungkap banyak perkara yang terselindung dan dinafikan oleh banyak pihak. Alhamdulillah.

    rizal hashim: Mungkin mereka yang menghalau kami tu tak tahu apa makna exclusivity dan delay telecast dan newsfeed. Kejahilan tentang ketiga-tiga perkara ini menyebabkan mereka ghairah dan dangkal tentang hakikat itu. Kedangkalan mereka membuatkan mereka sendiri tersungkur pada hari yang baik, hari anak anak syaitan berlari lari menjerit jerit bertempiaran disebabkan satu lagi anak Adam dijauhkan dari maksiat dan disatukan mengikut landasan agama Islam. Tapi malangnya anak anak syaitan tu tak lari jauh, if you know what I mean. 🙂 rizal, people like you, DonC and myself understand the situation clearly tetapi kita bukan pemain utama industri namun, kalau kita kumpulkan ramai lagi yang matang serta faham mengenai cara kewartawanan dan berdoa agar semua ini tidak akan berlaku lagi. Untuk itu, saya akan menganjurkan satu majlis di Masjid Abu Bakar.. alamak tak bolehlah bro, exclusive, sure tak boleh, tak bolehlah. Must go somewhere else. Mana nak cari tag?

    Bob: Kau seorang yang bijak. Mungkin kalau Freddie Fernandez dan seorang wanita yang tak tahu PR tu tahu akan ayat ayat seperti dinyatakan kau ni, tentu tak akan berlaku insiden seperti itu. Mungkin dia tak nampak kesan dan implikasi terhadap kejadian itu, tapi terlalu dangkal dan ghairah dengan HAK EKSKLUSIF mereka. Well, they can take their exclusive right and shove it up their ass. Right Bob? I know that is what you want me to say kan. Hahaha..

    who.me : thank you for the note. Hows Afghanistan bro? Ermm.. I understand your feeling. They tend to lose perspective all the time, as they have spin doctors behind them to make them lose their perspective and mind too. The Rela guy is over reacting mungkin disebabkan yelah gila kau, yang dikawal tu Mawi tuuu… dah lama tengok kat TV, tup tup depan mata, confirm sebulan sebelum tu bila nama naik, sure dah beritahu satu kampung, and definitely dah gosok uniform dua bulan sebelum tu. Mawi tuuuu.. And bila diarahkan oleh machai machai di PC Hall, di kawasan rumput di perkarangan masjid tentulah dia lagi excited. Kalau aku ni yang bagi arahan, aku mesti cakap, abang jangan marah marah diaorang tau, diaorang tu bukan anjing, pengemis atau peminta sedekah, diaorang tu wartawan yang JUGA manusia. And kalau orang yang bagi arahan tu pun ada adab, tentunya bila dah nampak pegawai Rela tu terjerit jerit macam orang gila (mungkin anak setan dah masuk badan lepas lari dari Mawi yang dah bernikah); dia akan meleraikan cara baik dan approach kita. Malangnya itu tidak berlaku sebab mereka pun tak ada adab dan dangkal.

    klubbkidd: are you sure sorang jek yang takder PR? Read back what I wrote yang atas ni haa, reply to who.me. Haha. Dont worry klubbkidd, you have a principle and that makes you different from others.

    THIS WILL BE MY LAST COMMENT ON THIS ISSUE. Please read on to the next entry about SPIN DOCTOR.

  24. astro sepatutnya anta faks kepada bos2 kita di kl (media prima dan Bernama) sebulan awal mengatakan kita tak leh masuk masa nikah tu. tak lah buang masa dan terhegeh2 kita g sana…

  25. bro, kenapa hang tak tonyoh je kasut adidas hang tu kat muka fredie the frisky tu. bagusla, sekurang2nya, hang boleh kawal tahap kesabaran tu. kalau aku, rasanya, aku dah bakar songkok mamat tu. sejak bila pulak dia jadi nazir masjid tak taula

  26. Anonymous: Gamaknya kat IC kau takder tulis nama ehh? Tapi aku tau kau siapa, KAULAH YANG ORANGNYA YANG TURUT BERSAMA-SAMA AKU TERHEGEH HEGEH KAT MASJID TU KAN.. Hahaha.. Ok serious serious, I am posting my dear boss’ reply to what Astro has been saying about the exclusivity. Check it out on the next entry dan sila bandingkan dan gunakan kebijaksanaan kita.

    on the scene: Yoz bro. Apa kabar? Sihat? Aku suka tengok blog kau. Tapi aku tak suka gambar biawak tu, sebab mengingatkan aku pada pelapor meja hiburan di Harian Metro dan Kosmo lah. Tolonglah remove kan gambar tu, sedih aku sebab gambar tu kau letak caption siapa nak makan. Takkan kau nak suruh orang lain makan pelapor meja hiburan tu? Kesianlah diaorang.

    Anyway, taklehlah aku tonyoh kasut aku tu. Ally Iskandar bagilah. Hadiah kat aku. Berharga woii. Korang ada ke hadiah dari Ally Iskandar? Takder kan.. Keh keh keh keh. Kita kan lebih baik dari diaorang so kita kena tunjukkan adab semulajadi kita yang berhemah ni. Tul tak? Tulah kan, untuk makluman, imam yang aku interview tu adalah imam yang sama membacakan doa sebaik nikah selesai. Classic tak? Classic lah, sebab it is Zulhazri Abu Bakar. Anak siapalah tu kan..

    Bunga: No I did not order any bunga today. Tapi kalau ada sore throat, click on this link, http://www.fishermansfriend.com it could help, I hope. No, don’t worry saya tak halau bunga walaupun tak ada tag.

  27. yooo bro…
    kerana kau, aku akan ambik masa nak mozek muka biawak2 tu…!!!
    anyway, tq atas maklumat tepat, padat dan bernas itu…!!!
    aku kena chow dulu sementara kerana ada stori nak buat.
    nanti sambung…
    salam berjaya..

  28. bro, petikan dan beberapa foto dari blog ni dan akubimbo, kita org nak guna utk news wrap-up news sepanjang tahun. baru lepas discuss n aggree, sources from ur blog n stori parts of news tu. dengan izin, harap dapat green light dari bro…or email me/sms me
    asap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *