#940: CADBURY TIADA DNA BABI – DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM

#940: CADBURY TIADA DNA BABI – DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM

Sebentar tadi, saya dimaklumkan sahabat saya, Ustaz Azhar Abdullah mengenai satu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai sampel yang dianalisa  makmal Jabatan Kimia YANG MEMPUNYAI AKREDITASI mengesahkan tiada DNA babi dikesan. 
(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal kepada Cadbury adalah di bawah tanggungjawab menteri ini).

Baca selanjutnya di web sinarharian.
Menarik apabila Datuk Seri Jamil Khir turut menyebut bukan dua tetapi sebelas sampel diambil bagi tujuan analisa.
Berita Harian turut memaparkan kenyataan menteri ini yang membuat satu sidang media tergempar bagi menjelaskan isu ini.

Bagaimanapun, agak malang bagi facebook Jakim, selepas sejam kenyataan menteri yang bertangggungjawab terhadap Jakim masih tidak lagi menyiarkan kenyataan itu. Ini perlu diubah.
Saya sudah jangkakan keputusan analisa ini bersandarkan perbualan saya dengan pakar makmal serta mereka yang pernah menganggotai jawatankuasa halal dan berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah terlibat dalam isu penemuan DNA babi seumpama ini.
Kita masih lagi menanti jawapan dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan bagaimana dia beriya-iya mengeluarkan kenyataan dari makmal tanpa kompetensi serta akreditasi SAMM.
Perlunya kompetensi serta akreditasi adalah bagi mengelak keraguan bukan sahaja dari syarikat pengeluar malah penganalisa atau makmal itu sendiri. 
Saya sendiri mengutarakan bagaimana sampel itu diambil dan dikendalikan dalam entri bernombor #938 ini.

Persoalan saya ini diperkukuhkan dengan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir yang menyebut sampel yang diambil KKM sudah tercemar.
Alhamdulillah, kita masih dapat menyakini satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab terhadap persoalan halal di negara kita, dan diharapkan ia menjadi satu iktibar kepada agensi mahupun jabatan lain terutama Kementerian Kesihatan Malaysia agar lebih cermat dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menimbulkan kerisauan dan KERUGIAN kepada syarikat.
Dan saya masih lagi menunggu, mengapa keputusan analisa TIADA AKREDITASI itu mudah disebarkan di laman sosial. Mungkin Ketua Pengarah mahupun Menteri Kesihatan sendiri boleh adakan sidang media untuk menjawab persoalan ini. Dan MENGAPA, sebuah makmal tiada akreditasi dirujuk untuk ‘mengesahkan’ terdapat DNA babi? Dua persoalan ini, perlu diadakan sidang media. Atau, mungkin elok keduanya, Ketua Pengarah dan Menteri itu sendiri sudah boleh mulakan tinjauan di peringkat bawahan dan banyakkan membaca serta BERTANYA.
Bagaimana agaknya reaksi Cadbury tentang isu ini? Adakah reaksi mereka diterjemahkan melalui koresponden sivil? Mari kita tunggu. 
Sekarang, selepas episod ini sudah berakhir, siapa sebenarnya yang perlu minta maaf? Siapa pula sebenarnya patut disaman?

9 Replies to “#940: CADBURY TIADA DNA BABI – DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM”

  1. tercemar macam mana..? selepas di proses ia terus dibungkus secara automatik buka dengan tangan tapi dengan mesin… ada sesiapakah yang buka bungkusannya dan masukkan "lemak babi" itu ..atau di injek dari luar …??? JANGAN SUKA SANGAT MEMBODOHKAN ORANG RAMAI … tanya JK: sanggup dia tanggung semua dosa orang yang sudah makan dan yang akan makan coklat tu nanti …???

  2. Mustahil kenyataan yg sblum ni di buat trgesa-gesa atau Tak ikut SOP.,krna penganalisis telah mmbuat kajian sample brkali-kali setelah Kali prtama positif ade unsur2 trlarang Dan telah mengambil sample Dr tmpat yg brlainan pula utk analisis.. Stelah berkali-kali kekal positif baru lh kenyataan dikeluarkan.. Saya masih bleh trime ade unsur trcemar Dan memohon maaf serta brjanji Tak akan berulang dari tiada langsung atau kenyataan tidak mmbuat rujukan.. Apakah dgn ada ny pihak2 berkepentingan tertentu di dlm syarikat itu mnjadi ketirisan kenyataan.. Jakim harus turus dlm isu hukum ALLAH ini..,apa tujuan badan ini ditubuhkan.. Di pihak yg berkepentingan ini pula, mohon maaf diatas kecuaian yg di luar jangkaan nya kerna tiada yg sempurna dr kesilapan Dan belajar dr kesilapan..

  3. Mustahil kenyataan yg sblum ni di buat trgesa-gesa atau Tak ikut SOP.,krna penganalisis telah mmbuat kajian sample brkali-kali setelah Kali prtama positif ade unsur2 trlarang Dan telah mengambil sample Dr tmpat yg brlainan pula utk analisis.. Stelah berkali-kali kekal positif baru lh kenyataan dikeluarkan.. Saya masih bleh trime ade unsur trcemar Dan memohon maaf serta brjanji Tak akan berulang dari tiada langsung atau kenyataan tidak mmbuat rujukan.. Apakah dgn ada ny pihak2 berkepentingan tertentu di dlm syarikat itu mnjadi ketirisan kenyataan.. Jakim harus turus dlm isu hukum ALLAH ini..,apa tujuan badan ini ditubuhkan.. Di pihak yg berkepentingan ini pula, mohon maaf diatas kecuaian yg di luar jangkaan nya kerna tiada yg sempurna dr kesilapan Dan belajar dr kesilapan..
    Moral: So jgn jadi kambing hitam org lain

  4. ramai yang masih tak faham macam mana tercemar pada packaging boleh contribute pada pencemaran dalam ujikaji. Tercemar tak semestinya terkena pada coklat yang berbungkus kat dalam tu. Packaging intact, tetapi sebaik sahaja sample dibeli dari pasaraya, produk coklat tu masuk ke dalam lab BERSAMA-SAMA dengan packagingnya. Itupun dah boleh mencemarkan persekitaran lab yang nak buat ujikaji….

  5. KKM vs. JAKIM. Dua institusi besar di negara kita yang diberikan amanah supaya menjalankan tugas mengikut SOP yang telah diwujudkan dan semestinya SOP tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa mereka yang bijak pandai dalam institusi berkenaan tapi kenapa terjadi juga perkara begini. Keliru, keliru dan keliru adakah ini drama sebabak ataupun kenyataan di dunia realiti.

  6. kadang-kadang dah tak faham sistem perundangan dan prosedur pihak berkuasa. seolah-olah masing-masing mahu lepas tangan.. bila timbul isu baru saling salah menyalah.. yang merana kita semua sebagai pengguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *