#938: ISU CADBURY – HANYA JAKIM BERHAK KELUARKAN KENYATAAN ISU HALAL

#938: ISU CADBURY – HANYA JAKIM BERHAK KELUARKAN KENYATAAN ISU HALAL

Sebagaimana dinyatakan dalam entri terdahulu (entri #937) memetik kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadakan mesyuarat khusus berkaitan isu coklat Cadbury, berikut adalah kenyataan rasmi dikeluarkan melalui laman facebook milik jabatan itu.
Usaha Jakim menyelaras mesyuarat ini perlu diberi sokongan dan sangat dihargai. Mesyuarat siang tadi melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia.
Lihat pada perenggan empat kenyataan ini. 
“Untuk makluman, Makmal Jabatan Kimia Malaysia merupakan makmal rasmi yang digunakan oleh Jakim/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam persijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia. Makmal Jabatan Kimia ini juga telah diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisa makanan selain mendapat akreditasi dari Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025:2005 bagi pengujian DNA termasuk bagi pengujian produk makanan terproses (highly processed food).”
Kita nampak ini kenyataan paling jelas. Adakah ini sekaligus menjawab bahawa keputusan analisa Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia tidak sah, apatah lagi kenyataan ini dengan jelas menyatakan makmal Jabatan Kimia memiliki kompentensi serta akreditasi yang diperlukan sebagaimana Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia.
Seharusnya, pihak berkepentingan di Kementerian Kesihatan, terutama Ketua Pengarahnya membaca dengan jelas kenyataan ini dan memahaminya. Seharusnya juga, pihak Kementerian Kesihatan sudah sedia maklum dengan fakta ini namun agak pelik apabila kenyataan dikeluarkan banyak bertentangan dengan prosedur halal itu sendiri.
Dan ini pula siang tadi, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S Subramaniam pantas memberi sidang media mengenai isu ini. Bernama ada laporannya di sini.

Antara intipati laporan Bernama ini ialah Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk Cadbury dalam masa terdekat. Untuk makluman, kenyataan menteri ini dengan kenyataan yang dikeluarkan Jakim adalah pada hari yang sama.
“Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan lengkap hasil pemeriksaan terhadap produk keluaran Cadbury itu akan hanya diketahui dalam beberapa bulan akan datang kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur sebelum dimuktamadkan.
Memula Ketua Pengarah, episod mengelirukan ini diteruskan Menterinya pula.
Lihat kembali kenyataan Jakim, bahawa hanya makmal Jabatan Kimia sudah diwartakan mengikut Manual Prosedur Persijilan Halal.  Untuk rekod, Jabatan Kimia terletak di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Memandangkan ia adalah isu halal atau berikutan kecurigaan kandungan bertentangan dengan pemilikan sijil halal oleh jenama Cadbury itu, tentunya bidang kuasa terletak di bawah Jakim. Ini common sense dan tak perlukan sains roket untuk memahaminya.
Lihat pula kenapa saya katakan ini satu lagi jenaka dari Kementerian Kesihatan:
Rujuk perkara 5.4 kenyataan Jakim:
5.4 Jabatan Kimia Malaysia akan mengeluarkan keputusan analisa dua produk berkenaan yang telah diserahkan oleh Jakim dalam tempoh 7 hari bekerja. Keputusan yang akan dikeluarkan oleh Makmal Jabatan Kimia Malaysia akan menjadi keputusan rasmi bagi isu ini.
Maka, mengapa Menteri Kesihatan kata mahu membuat pemeriksaan menyeluruh walhal mereka bukanlah pihak berkuasa berdasarkan undang-undang sedia ada. (Saya pasti, menteri tentu seronok dapat bercakap dengan media sebab saya nampak di televisyen beliau memegang sepaket coklat Cadbury).
Baiklah, jika pun mereka (Kementerian Kesihatan) mahu memeriksanya, mengapa memerlukan beberapa bulan? Jabatan Kimia Malaysia hanya perlukan 7 hari sahaja. Ini sangat mengelirukan masyarakat. Bayangkan jika ada orang awam yang hanya membaca kenyataan menteri ini sahaja dan tak sempat membaca penjelasan Jakim. Bayangkan. Di mana penyelarasan sebenarnya ni di antara agensi kerajaan? 
Adakah Menteri tidak tahu Jakim sedang mengendalikan mesyuarat penyelarasan? Tidak adakah sesiapa mahu menasihat Menteri akan fakta ini?
Ini pula penjelasan Jakim, saya anggap bagi menjernihkan kekeliruan yang tercetus sejak kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan sekali lagi, saya lihat ia sebagai sindiran sinis kepada Ketua Pengarah dan sekaligus kepada Menterinya sekali:
5.2  Sebarang penemuan oleh mana-mana agensi yang melibatkan isu halal perlu diselaraskan bersama Jakim/Jain selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dalam persijilan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Oleh yang demikian, kenyataan berhubung isu halal hanya akan dikeluarkan oleh Jakim bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam.
Anda pelik? Saya dah migraine dah.
Yelah, tak mungkin orang besar besar seperti Ketua Pengarah dan Menteri baca blog ini tapi saya yakin ada antara anda yang memuatnaik ke laman web mereka demi kepentingan bersama.
Ini isu besar. Ia tak boleh dipermudahkan atau diperlekehkan kerana ia melibatkan apa yang kita makan. Kompetensi dan berwibawa itu penting. 
Bagaimana sekiranya nanti, analisa Jabatan Kimia Malaysia (sebagai pihak yang diwartakan) bertentangan dengan apa yang dinyatakan Ketua Pengarah serta Menterinya? Bagaimana? Apakah kita akan kata kenyataan kami disalahtafsir? Apakah kita akan pura-pura pitam apabila ditanya pihak media kelak? 
Kita merasa lega, sebagaimana disebutkan melalui kenyataan siang tadi, Jakim sudah menghantar kedua-dua sampel produk berkenaan dan produk-produk lain dalam aliran pemprosesan (processing line) yang sama di kilang tersebut ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan pengujian.
Kita pasti Jakim mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dalam mengendalikan pengambilan serta penghantaran sampel kepada Jabatan Kimia Malaysia. 
Sementara menanti tujuh hari bekerja untuk mendapatkan keputusan analisa Jabatan Kimia Malaysia, seharusnya masa itu boleh digunakan Kementerian Kesihatan untuk melakukan ‘analisa dalaman’ mereka termasuk bagaimana keputusan dari Makmal Kesihatan Awam Malaysia yang TIDAK memiliki kompentensi SAMM tersebar dengan mudah di laman sosial. Yang ini tak perlukan makmal, takut berbulan lagi baru dapat keputusannya nanti.
Tidakkah keputusan analisa seumpama itu termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi? Ini semua perlu diperjelaskan serta bagaimana kementerian akan mengawalnya kerana tak mustahil pada masa akan datang, analisa tanpa akreditasi terbocor (yelah, saya anggap tak sengajatiba-tiba singgah di facebook seorang ibu yang anaknya gemarkan sesuatu makanan yang dianalisa tanpa akreditasi, dikesan mengandungi porcine. Mahu tak panik si ibu tu. Si ibu pun share. Repost. Share, repost, share. Apabila ini berlaku, apa guna kita ada Jakim? Yelah, manalah si ibu tu faham apa kebendanya SAMM tu kan.
Kita juga mahu tahu, adakah pengendalian sampel yang dikatakan datang dari Perlis ke Makmal Kesihatan Awam Malaysia dilakukan mengikut SOP?
Analisa dalaman itu lebih penting buat Kementerian Kesihatan dan biarkan kerja-kerja analisa melibatkan isu halal sebagaimana diwartakan diserahkan kepada Jakim dan Jabatan Kimia Malaysia. 
Sebagai memperkukuhkan lagi permintaan saya ini, saya mohon pihak Kementerian Kesihatan tidak melupakan episod Ramly Burger pada Oktober 2011. Anda boleh google sendiri kisahnya. 
Analisa juga perlu dilakukan mengapa beberapa bulan diperlukan sebagaimana kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (sebagaimana entri terdahulu) dan Menterinya (kenyataan hari ini) walhal Jabatan Kimia Malaysia yang memilik akreditasi, hanya memerlukan 7 hari sahaja. 
Apakah tanpa akreditasi, kerja-kerja tujuh hari menjadi beberapa bulan? Kita mahu tahu ini semua kerana sebagai penjawat awam, kita mahu tahu kompentensi kedua-dua mereka juga. Kita juga mahu tahu mengapa sangat bercanggah kenyataan Ketua Pengarah serta Menteri begitu ketara sekali dengan kenyataan Jakim?
Kena jelaskan juga kerana Jakim sudah memperjelaskan isu halal adalah tanggungjawab Jakim, maka kedua-dua Ketua Pengarah dan Menteri perlu perjelaskan kerana ini semakin mengelirukan masyarakat.
Dan, sekali lagi, lanjutan dari kenyataan Jakim hari ini, ia sekaligus menguatkan lagi persoalan-persoalan yang saya utarakan pada dua entri sebelum ini mengenai isu coklat Cadbury ini. Ini perlu dijawab kerana ini persoalan dari saya sebagai rakyat Malaysia dan blog ini hanya platform untuk saya kemukakan kemusykilan saya.
Harap kita mendapat jawapan dari Tuan Ketua Pengarah dan Yang Berhormat Menteri demi kompentensi anda berdua. Anda berdua sudah ada akreditasi tersendiri iaitu jawatan anda, maka saya kira perlu jelaskan kepada masyarakat. 
Mungkin kenyataan akhbar pun dah memadai, yelah kot nak mintak maaf kerana ‘kenyataan disalahtafsir pihak media’.

9 Replies to “#938: ISU CADBURY – HANYA JAKIM BERHAK KELUARKAN KENYATAAN ISU HALAL”

  1. Buat ujian kiub konkrit pun tak buat kat makmal konkrit tu sendiri…kadang kadang randomly 3rd party punya lab utk elak sebarang kepentingan atau pengaruh…
    Takde ke mana mana NGO nak donate sikit utk ambil sampel rawak di pasaraya dan hantar ke lab?
    Sesama sendiri dah nak nampak berbolok

  2. Nafisa, saya setuju. Tetapi seperti yang saya katakan pada entri #936, kementerian kesihatan tak seharusnya terlalu pantas membuat kenyataan melainkan Cadbury tiada pengesahan halal dari pihak berkuasa terhadap persijilan Halal di Malaysia. Ia sebenarnya bukan sekadar analisa di lab, sesuatu sampel itu perlu dikendalikan mengikut SOP ditetapkan untuk memastikan ia tidak tercemar dan sebagainya, sebab itu sesuatu makmal itu perlu ada pentauliahan atau akreditasi SAMM. Standard yang sama digunapakai di peringkat antarabangsa.

  3. "Analisa dalaman" untuk korek ketidaktelusan depa kan? Very upset, nampak sangat sampai bumi dah tua pun masih wujud sikap kepentingan peribadi, masih berkompromi dengan perkara2 moral. Hal2 makanan masuk mulut semudah ini pun ambil ringan, macam mana qalbu nak sihat dan selamat. Penyelidikan, kebijaksanaan, dan kemahiran yang ada tetap kalah dengan nafsu serapah manusia. Cerdik pandai buat SOP tapi sia2.

  4. KIT YANG DICIPTA MENGESAN DNA BABI BOLEH DGUNAKAN…KENAPA JAKIM AMBIL MASA 3 BULAN

    Pengarah JAKIM harus bertanggung jawab dunia dan akhirat. Orang sekarang buka seperti 80&90an just listenin without thinkg.
    zaman ini setiap kenyataan yang di keluarkan perlu berakal ..fact & figure

    Ambil contoh negara lain…u should resign

    ..

  5. KIT YANG DICIPTA MENGESAN DNA BABI BOLEH DGUNAKAN…KENAPA JAKIM AMBIL MASA 3 BULAN

    Pengarah JAKIM harus bertanggung jawab dunia dan akhirat. Orang sekarang buka seperti 80&90an just listenin without thinkg.
    zaman ini setiap kenyataan yang di keluarkan perlu berakal ..fact & figure

    Ambil contoh negara lain…u should resign

    ..

  6. KIT YANG DICIPTA MENGESAN DNA BABI BOLEH DGUNAKAN…KENAPA JAKIM AMBIL MASA 3 BULAN

    Pengarah JAKIM harus bertanggung jawab dunia dan akhirat. Orang sekarang buka seperti 80&90an just listenin without thinkg.
    zaman ini setiap kenyataan yang di keluarkan perlu berakal ..fact & figure

    Ambil contoh negara lain…u should resign

    ..

  7. KIT YANG DICIPTA MENGESAN DNA BABI BOLEH DGUNAKAN…KENAPA JAKIM AMBIL MASA 3 BULAN

    Pengarah JAKIM harus bertanggung jawab dunia dan akhirat. Orang sekarang buka seperti 80&90an just listenin without thinkg.
    zaman ini setiap kenyataan yang di keluarkan perlu berakal ..fact & figure

    Ambil contoh negara lain…u should resign

    ..

  8. KIT YANG DICIPTA MENGESAN DNA BABI BOLEH DGUNAKAN…KENAPA JAKIM AMBIL MASA 3 BULAN

    Pengarah JAKIM harus bertanggung jawab dunia dan akhirat. Orang sekarang buka seperti 80&90an just listenin without thinkg.
    zaman ini setiap kenyataan yang di keluarkan perlu berakal ..fact & figure

    Ambil contoh negara lain…u should resign

    ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *