Month: May 2014

#939: ‘PM’ UNTUK HARGA.

#939: ‘PM’ UNTUK HARGA.

Sejak ketamadunan internet semakin berkembang, peniaga dalam talian atau online tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Saya suka ayat pertama ini. Nampak intelektual kan.  Saya jarang makan cendawan. Sesekali mungkin di gerai makan tomyam milik ‘Man Siam’ saya pesan Nasi Goreng Cendawan. Man Siam bukan warga Malaysia tetapi Pattani, fasih berbahasa Melayu dan pada awalnya saya…

Read More Read More

#938: ISU CADBURY – HANYA JAKIM BERHAK KELUARKAN KENYATAAN ISU HALAL

#938: ISU CADBURY – HANYA JAKIM BERHAK KELUARKAN KENYATAAN ISU HALAL

Sebagaimana dinyatakan dalam entri terdahulu (entri #937) memetik kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadakan mesyuarat khusus berkaitan isu coklat Cadbury, berikut adalah kenyataan rasmi dikeluarkan melalui laman facebook milik jabatan itu. Usaha Jakim menyelaras mesyuarat ini perlu diberi sokongan dan sangat dihargai. Mesyuarat siang tadi melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,…

Read More Read More

#937: ISU CADBURY – JAKIM AKAN ADAKAN MESYUARAT.

#937: ISU CADBURY – JAKIM AKAN ADAKAN MESYUARAT.

Ini lanjutan dari entri sebelum ini: #936: Isu Cadbury – Kementerian Kesihatan vs Jakim. Pagi tadi, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan berikut melalui laman Facebook Kementerian Kesihatan.  (Nota: Terdapat sekurang-kurangnya tiga laman fb menggunakan nama Kementerian Kesihatan dan sangat mengelirukan). Melalui kenyataan satu perenggan itu, beliau menjawab persoalan yang…

Read More Read More

#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.

#936: ISU CADBURY – KEMENTERIAN KESIHATAN VS JAKIM.

Kisah coklat Cadbury hangat diperkatakan di laman sosial sejak awal minggu lalu.  Saya enggan ambil kisah kerana seperti lazimnya, ia hanyalah penyebaran tidak sahih dari pelbagai pihak dan tak mahu terperangkap dengan penyebaran berita tidak sahih sehinggalah petang tadi, Bernama melaporkan seperti berikut: Baca selanjutnya di capaian ini. Lanjutan daripada kenyataan akhbar ini, Jabatan Kemajuan…

Read More Read More

#935: KISAH PAKCIK OKU DI PLAZA ANGSANA.

#935: KISAH PAKCIK OKU DI PLAZA ANGSANA.

Kita tentu tahu mengenai sebaran di internet tentang seorang lelaki lingkungan usia 40an yang sedang disuap seorang pekerja restoran Ayam Penyet Ria di Plaza Angsana. Kami sempat bertemu dengan pakcik ini semalam. Kisahnya, Insha Allah akan dipaparkan tengahari esok (Sabtu). Berikut sedikit paparan dari pertemuan kami.