#933: ADAKAH MINYAK URUT DIJUAL SM AMIN MENDAPAT KELULUSAN?

#933: ADAKAH MINYAK URUT DIJUAL SM AMIN MENDAPAT KELULUSAN?

Pemeriksaan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati, produk yang dijual SM Amin menggunakan ‘pelajar tahfiz’ di seluruh negara tidak berdaftar dengan kementerian itu.
 

Pada pembungkus produk ini, tertera “Dirumus secara tradisional untuk meringankan sengal-sengal otot, gigitan serangga dll.. Jualan Amal RM20 je.”

Berikutan pendedahan sebelum ini, ‘sumbangan’ RM20 anda atas nama ‘amal’ sudah dapat membantu SM Amin yang susah hidupnya.

Tiada keterangan terperinci bahan yang digunakan namun pendekatan digunakan SM Amin ‘..Jualan Amal RM20 je.” jelas mendedahkan pengguna kepada kemungkinan kesan negatif berikutan ketiadaan kelulusan malah jika berlaku, pada siapakah pengguna hendak menyalurkan aduan mereka?

Ini disahkan sumber sumber-sumber yang dihubungi sebentar tadi mengenai kegiatan SM Amin yang menjual produk ini secara meluas di seluruh negara.
“Krim teraputik secara tradisional atau konvensional mestilah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan pengguna tidak terperdaya dengan segala dakwaan yang dibuat pengeluar produk dan terdedah dengan pelbagai risiko bahan kimia digunakan.
“Jika terdapat bahan aktif dalam produk terbabit, sampel perlu dihantar untuk dianalisa kandungannya dan pemeriksaan kilang dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan serta undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Mengikut Seksyen 7(1)(a), Akta Jualan Dadah 1952, pengeluar produk berdepan dengan denda sehingga RM50,000 atau penjara hingga tiga tahun atau keduanya sekali jika didapati bersalah.

Pemerhatian terhadap produk yang dipasarkan di stesen minyak, restoran serta lokasi tumpuan orang ramai turut mendapati, tiada penyenaraian bahan digunakan sebagaimana keperluan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, dan ini sekaligus mendedahkan pengguna kepada pelbagai kemungkinan.

Apabila tidak berdaftar, pengguna terdedah dengan pelbagai kesan memudaratkan berikutan tiada pengesahan dari pihak berwajib terhadap kandungan bahan yang digunakan pengeluar produk seperti dijual pelajar menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal di Yan Kedah.
Kita berharap Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) akan bertindak segera bagi memastikan rangkaian SM Amin atas nama Pusat Tahfiz Amal di Yan Kedah dapat dilumpuhkan segera manakala ‘ustaz’ yang menjadi dalang sebagai penyelaras kepada remaja serta kanak-kanak dapat diserahkan kepada pihak JKM mengikut peruntukan Seksyen 32, Akta Kanak-Kanak 2001.

ro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Kita mahu tindakan segera dilakukan kerana isu ini sudah lapuk. 

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *