#928: KEMALANGAN DAN SIKAP KITA.

#928: KEMALANGAN DAN SIKAP KITA.

Subuh tadi, kira-kira jam 3 pagi aku kebetulan membuat liputan satu kes kemalangan di persisiran Pantai Lido, Johor Bahru, melibatkan kematian seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti, dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Lelaki itu, Nor Rashidi Hassan, 53 tahun mati serta merta di tempat kejadian.
Mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Scrambler sempat berbual dengan seorang pemandu kereta yang baru dikenali selama 5 minit sebelum kemalangan meragut nyawanya.

Pemandu MPV jenis Grand Livina dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan itu mengakibatkan rempuhan itu yang turut menyebabkan kenderannya hampir terjunam ke dalam laut.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Aminah Johor Bahru untuk bedah siasat.
Aku tiba di tempat kejadian seminit selepas kemalangan itu, sebaik tiga anggota polis yang turut kebetulan melalui jalan itu tiba.
Ketika tiga anggota polis terbabit sibuk memastikan kawasan kemalangan tidak dicemari dan membantu mangsa terlibat, aku lihat orang ramai yang berkerumun di kawasan kemalangan itu lebih seronok mengambil foto dari menghulur tangan membantu.
Sebaik kemalangan berlaku aku anggarkan terdapat lebih 50 orang berkerumun di kawasan kemalangan. Tiada yang mahu membantu.
Kebetulan seorang rakan, Mohd Farid Hamzah memiliki pengalaman paramedik turut berada di situ dan sementara menanti ambulans turut berusaha membantu Nor Rashidi namun gagal.
Melihatkan keadaan terkulai mangsa, aku membuat keputusan membantu dan mencari suratkhabar kerana tak mahu ia dilihat atau fotonya diambil dalam keadaan begitu. 
Aku sempat berteriak kepada orang ramai yang berkumpul meminta mereka mendapatkan suratkhabar dari kenderaan mereka memandangkan kenderaan aku berada di seberang jalan. Langsung tiada respon dari sesiapa. Tiga kali aku berteriak dan agak marah bunyinya pada kali ketiga.
Akhirnya seorang lelaki berusia lingkungan 50an datang dari belakang kerumunan orang ramai itu dan berteriak, dia akan mengambil suratkhabar dari keretanya. Yang lain, sibuk memegang telefon menanti saat untuk mengambil foto. Inilah sikap kita.
Malah, apa yang aku sangat kesalkan, ketika aku meminta suratkhabar itu ada terdengar di kalangan mereka sempat melawak. Apa jenis manusia ni?
Apakah kita semakin hilang nilai kemanusiaan tetapi nilai kemanusiaan kita bersandarkan kepada berapa popular kita di internet?
Mana dia sikap membantu kita?

10 Replies to “#928: KEMALANGAN DAN SIKAP KITA.”

  1. sibuk ambik gambar? tu la dia. masing2 berebut nak jadi orang pertama share benda2 macam ni. jadi `first' lebih mulia di mata masyarakat media sosial daripada membantu kot…

  2. Tips kalau ada kemalangan..
    1. berhenti atau memandu secara perlahan – takper kalau jalanraya sesak dibuatnya..
    2. kalau rasa jiwa kental, boleh berhenti dan pastikan telefon berkamera.
    3. ambil gambar keadaan dan no plat yang berkenaan.
    4. uploadlah di media sosial sendiri dengan rasa bangga dan mohon rakan anda kenduri share.

    Rasa2nya sejak dua menjak nieh macam nieh la pendirian orang kita… kdg2 gambar yang dishare amatlaa gore tak sanggup nak tengok.. even kat facebook pun gitu.. penat nak hide… huhu…
    tapi part taknak tolong tuh memang tak fahamlaa… agak2nya dorg tak reti bahasa malaysia kot??

  3. Baru-baru ni ada satu kes kurang cemas (baby demam) dibawa keluar dari kawasan banjir untuk ke klinik berdekatan dengan menaiki bot…apa yang aku geram dah macam hape orang2 yang dekat jeti sibuk amik gambar orang tu dari nak tolong settlekan problem keluarga malang tu…

  4. Laaa.. baru tahu ke?

    Ye la. Dulu orang drive slow kat tempat accident sebab nak tengok accident. Lepas tu boleh cerita kat orang. Maklumlah reporter tak bertauliah. Mami jarum. Skarang dah ada kamera, terus snap gambar. baru lebih dramatik nak cerita kat orang. Ada bukti. Ini la bangsa aku. Kalau tak mengumpat, bergaduh sebab politik. Malu aku jadi Melayu.

  5. saya dan kawan2 pernah terlibat kemalangan, kereta terbalik remuk, memang tak de kereta yang berenti nak tolong, hanya setakat perlahankan kenderaan. yang berenti tu la yang nak tarik kereta ke bengkel.

  6. itu la realiti sikap org malaysia bang…kdng2 geram jugak..kalo accident je,confirm jln jammed…ingatkan nak tolong,tp dok sebok amik gambo dan bwk slow2 sbb nak tgk…apa kebangang perangai mcm nih…sy respek kalo ada yg turut sama turun dan tolong mangsa accident…tp kalo rasa2nya dh ramai yg tolong,teruskan perjalanan je la…takyah nak jd kepochi sgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *