#920: GANGSTER PEREMPUAN

#920: GANGSTER PEREMPUAN

Aku tak mahu tulis lebih lebih pasal kes video yang tersebar mengenai dua budak perempuan gangster belasah seorang kawan mereka sebab Harian Metro pun dah siarkan untuk paper hari ini. Baca di sini
Tetapi aku agak terkejut dengan tindakan dua gangster perempuan ini dan banyak persoalan yang aku ada kalau budak perempuan ini ditahan kelak. Dan aku harapkan kedua-dua mereka termasuk si bahalol tukang ambik video turut ditangkap dan digari ketat ketat.
Inilah dia. Ini semua benih benih. Mana belajar jadi gangster ni? Mana belajar, cara menyelesaikan masalah adalah – bawak pergi lorong, lepas tu cari si bahalol sorang dengan handphone mak bapak beli dengan kualiti chap ayam, belasah orang lain. Mesti bangga si bahalol tiga ekor ni. 
Video ini bagaimanapun sudah dipadam oleh Youtube kerana kandungannya melanggar terma khidmat laman sosial itu.
Namun, ada yang berjaya memuat turun semula video berdurasi 2 minit 25 saat ini. 
Aku sempat melihat video ini dan aku menggelengkan kepala. Aku tak mahu post video ini khuatir ia boleh mempengaruhi pembaca walaupun aku tahu, hakikatnya, ia boleh diakses di tempat lain. 
Aku lihat, pukulan pertama berlaku pada timecode 0.12 atau 12 saat selepas ia mula dirakamkan.

Satu tamparan hinggap di muka gadis berbaju merah sebelum rambutnya ditarik oleh gadis aku namakan gangster no 1. (memang kalau perempuan bergaduh, rambut memang wajib ditarik ya?)
Pada timecode 0:20, ketika gangster no 1 sedang asyik membelasah mangsa yang tak melawan, rakannya yang aku namakan gangster no 2 datang ke arah mereka dengan ‘kata-kata’ nasihat “sabar sabar.
Nasihat dari gangster no 2 yang memakai seluar katuk adiknya itu sekaligus meredakan seketika sesi tomoi gangster no 1.
Tetapi ia semata-mata mengaburi mata kita semua. Rupanya, gadis berseluar katuk adiknya itu, juga seorang gangster. 

Kebetulan rambutnya mengerbang macam setan masuk badan. Kebetulan. Seluar katuk adiknya tetap kemas rapi dalam video ini. Gangster no 2 ini turut membelasah gadis ini yang langsung tak melawan.

Bukan itu sahaja, kedua dua gangster ini bergilir memukul menggunakan tangan, kaki ke arah muka dan badan mangsa.

Selepas itu, gangster no 2 yang memakai seluar katuk adiknya itu, turut menjadikan mangsa bagai upih kelapa, ditarik tanpa belas kasihan.

Aku tengok memang gangster yang melampau budak dua ekor ni membelasah mangsa sehingga pada penghujung video ini, mangsa dipercayai pengsan, berikutan trauma dibelasah secara berterusan di bahagian kepala dan paling teruk apabila gangster no 2 membelasah menggunakan lututnya tepat ke muka mangsa.

Mengikut sumber sumber polis, video ini dikatakan kejadian pada April tahun lalu dan dipercayai sudah diselesaikan antara keluarga masing-masing.
Menurut sumber sumber, kejadian dikatakan berlaku di Pahang.
Apapun, jagalah anak kita tu. Jadikan iktibar semua ni. Kita mungkin tak nampak kesan jangka panjang terhadap mangsa. Apakah ini yang mahu kita didik anak kita, tangan dan kaki adalah penyelesai masalah, perselisihan? 

Adakah kita sebagai ibubapa akan menunding jari kepada internet? Adakah kita akan menunding jari kepada polis apabila satu hari nanti, ditakdirkan, si gangster itu dibelasah pula dan berkata, ini semua salah polis?

Adakah itu semua akan berlaku?

Eloklah kita berfikir. Eloklah kita lihat dan jadikan iktibar dan bukan sekadar meletakkan status di facebook dengan pelbagai ayat dan komen tetapi aku, setiap kali ke mahkamah, tetap ada anak Melayu tak habis habis didakwa disebabkan penglibatan mereka dengan jenayah.

3 Replies to “#920: GANGSTER PEREMPUAN”

  1. diakhir hujung video ini perempuan tu nampak macam tak sedarkan diri,..baru tau takut nak off video..kalau laa apa2 yang tak elok jadi kat mangsa sia sia jer hidup sbb ini bukti yang cukup kuat untuk dibawa ke mahkamah..

    Regards,
    -Strider-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *