#918: SKMM YANG HANYA BERFUNGSI JIKA ADA RUANG PUBLISITI.

#918: SKMM YANG HANYA BERFUNGSI JIKA ADA RUANG PUBLISITI.

Awal tadi, aku terpaksa akur sebagaimana hampir dua minggu ini, redha dengan kelajuan capaian internet untuk memuatnaik footage untuk digunakan bagi berita televisyen pada kadar kelajuan purata 30kbps.

Semalam ia jatuh kepada 21kbps bagi menghantar footage bersaiz 24 hingga 30MB sahaja.

Masalah berulang ini menyebabkan kadangkala aku terpaksa memandu keluar, membawa laptop dan dongle penyedia perkhidmatan Yes4G ke kawasan berhampiran menara mereka. Pelik? Ya, ini berlaku di Malaysia.

Pada 8 Julai lalu, aku pernah menghantar satu emel aduan kepada SKMM dan aku perlu nyatakan aku sangat berbangga kerana satu satunya jawapan diterima dari SKMM hanyalah automated reply.

Sejam lalu, aku menghantar satu lagi emel kepada SKMM.

Klik Untuk Baca.
Tahniah SKMM kerana melengah untuk melindungi pengguna tetapi pantas bertindak jika ada ruang untuk menggunakan akta komunikasi dan multimedia terhadap pengguna. 
Kita perlu mansuhkan apa jua peruntukan bagi mengenakan tindakan terhadap penyedia perkhidmatan. Itu pun jika ada.

5 Replies to “#918: SKMM YANG HANYA BERFUNGSI JIKA ADA RUANG PUBLISITI.”

  1. sewaktu suami kerja di Algeria, kami dapat bervideo call hampir setiap hari… dia ada talian internet walau nun duduk jauh tengah Sahara tetapi sejak balik Malaysia dan bertugas di Terengganu….. Hulu Terengganu, talian telefon pun payah nak dapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *