#910: DI MANAKAH ANAK ANDA?

#910: DI MANAKAH ANAK ANDA?


Aku teringat akan pesanan komuniti Sinar FM dulu yang lebih kurang bunyinya, sekarang jam berapa, di mana anak anda? Aku dah tak dengar lagi pesanan komuniti itu. Mungkin dah basi agaknya. Tetapi bagi aku, ia tak basi.
Baru-baru ni, aku pergi tengok filem Pacific Rim di Jusco Bukit Indah, dan pada aku, itu filem Hollywood yang paling buang duit.
Dah sah sah Jepun ada Ultraman, tapi taknak calling. Pergi buat robot besar besar pastu kena kena lempang selamba jek dengan Kaiju, nama raksasa dalam filem tu. Yang paling aku tak boleh terima, ada pedang, dah terbang tinggi tinggi baru nak keluarkan. Aku tak tahu siapa yang bangang, the film director atau aku, sebab pergi tengok filem tu.
Tapi hakikatnya, teaser dan promo filem tu berjaya menarik perhatian orang. Kita patut belajar dari situ.
Apapun, kami pulang dari movie tu dalam jam 11.20 malam, Khamis lalu dan ketika keluar dari Jusco Bukit Indah, kami ternampak seorang gadis muda sedang berdiri di tepi jalan di pinggir tempat letak kereta kompleks beli belah itu dan kelihatan sedang bercakap di telefon dalam bahasa cina.
Terdengar jeritannya, dan sesekali dia meraung. Dah kenapa perempuan ni. Aku fikir, sama ada dia gaduh dengan boyfriend atau boyfriend gaduh dengan dia. Memang benar, ada perempuan yang drama lebih. 
Maaf bercakap ya. Ada perempuan kalau putus dengan boyfriend, macam dunia kiamat. Mengalah laki mati. Itulah, masa bercinta segalanya kau bagi, tak putus baru menyesal. Simpanlah sikit (read: banyak) untuk lepas kahwin. Kalau semua kau dah sedekah kat boyfriend kau mengalahkan fakir miskin, habislah. Kalau semua boyfriend kau mintak, memang betullah dia miskin. Miskin akhlak.
Di depan tempat letak kereta itu, terdapat sebuah stesen minyak Petronas dan kelihatan beberapa orang lelaki sedang menonton dengan penuh minat. Kadangkala kumpulan lelaki ini bercakap sesama sendiri mungkin membuat analisis dan teori sendiri tentang kejadian di depan mata mereka.
Langsung kumpulan lelaki itu tidak berganjak dari menonton.
Wifey turut ternampak gadis usia belasan atau awal 20an itu dan mencadangkan untuk berhenti. Gadis itu berada kira-kira 50 meter dari kami dalam keadaan samar-samar.
“Baik kita berhenti tengok, ni karang jadi apa apa susah budak ni nanti,” kata wifey dan serentak dengan itu aku segera menelefon Ibupejabat Polis Nusajaya.
Ini ada sedikit nasihat untuk anda. Tak salah untuk menjadi seorang yang prihatin. Jangan fikirkan anda akan menjadi hero tetapi jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di depan anda. Anda mungkin menyelamatkan satu nyawa tak berdosa. Kita tak tahu.
Firman Allah SWT:  “Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui. (Surah
Al-Baqarah ayat 216).
Ketika aku membuat panggilan ke IPD Nusajaya itu, gadis itu masih menjerit dan sesekali menendang kotak palang untuk keluar dari tempat letak kereta.
“Selamat malam encik. Ada seorang gadis lingkungan usia belasan tahun, berpakain tshirt dan skirt pendek, warna tak jelas dan saya jangka berbangsa Cina sedang menangis meraung di luar tempat letak kereta Jusco Bukit Indah, berdepan dengan Petronas, encik. Mohon hantar peronda takut terjadi apa apa pada gadis ni encik,” begitu laporan aku ketika membuat panggilan itu.
Sebaik panggilan ditamatkan selepas IPD Nusajaya meminta semua butiran aku dan memberitahu anggota polis akan dihantar, aku terpaksa membuat pusingan U untuk memastikan lokasi gadis itu apabila anggota polis tiba.
Sebaik tiba semula di kawasan yang sama aku lihat gadis itu sudah berdiri di tengah jalan dengan sebelah kasutnya hilang.

Dia masih lagi meraung raung sendiri dan tidak lagi bercakap di telefon bimbitnya.
Aku terpaksa berhentikan kenderaan di lorong paling kiri bagi memastikan tiada kenderaan yang datang dari arah belakang terlanggar gadis ini.

Seminit kemudian, gadis ini berjalan ke arah kami melintasi kenderaan sambil bercakap seorang diri dan menangis. Wifey semakin risau.
Tak sampai lima minit, sekumpulan anggota polis bermotosikal tiba di lokasi dan aku segera turun dari kenderaan dan melambai serta memaklumkan aku pemanggil ke IPD Nusajaya tadi.
Segera aku jelaskan kepada mereka apa yang aku nampak dan tunjukkan ke arah gadis itu yang masih lagi berjalan dan sudah kira-kira 200 meter meninggalkan tempat kami.

Gadis berusia 21 tahun ini mengakui bergaduh dengan teman lelakinya dan mendakwa berjalan berseorangan di kawasan itu untuk ‘menenangkan fikiran.’
Gadis ini juga didapati sudah hilang sebelah kasutnya. Ditanya kasutnya, dia pun tak boleh mengingati di mana dia tercicir kasutnya. 
Aku fikir, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika anggota polis tidak dipanggil bagi membantu dan sekurang-kurangnya dapat mencegah pelbagai kemungkinan yang tak elok.
Anggota polis yang berada di tempat kejadian turut membantu menghubungi rakan gadis ini bagi membantu membawa pulang biarpun pada satu ketika, nafas gadis ini yang berbau alkohol menjerit mahu ‘mati’ lantas dipujuk anggota polis terbabit.
Aku kira, anggota polis yang berada di situ cukup diplomasi dalam mengendalikan situasi itu malah cuba memahami apa masalah gadis itu dan tidak membiarkannya berseorangan bagi memastikan tiada  kejadian diingini berlaku.
Apa yang aku lihat sepanjang episod ini adalah sikap orang ramai yang lebih gemar menjadi penonton dari menjadi sebahagian dari masyarakat yang prihatin. Banyak soalan yang lebih menunjukkan sikap tanggungjawab kita dari sekadar menjadi penonton semata-mata.
1. Kenapa gadis ini berada di luar berseorangan di waktu hampir tengah malam?
2. Kenapa gadis itu menangis, meraung di tempat yang agak gelap, berseorangan? Mungkinkah dia baru menjadi mangsa jenayah? 
Masyarakat perlu ubah sikap. Ubah menjadi lebih prihatin. Tapi jangan pulak prihatin bersebab. Bak kata bapak Rohani (isteri ketiga Jamil dalam filem Madu Tiga), “baik Abang Jamil tu bapak.” Baik? Baik ada maknaaaa tu.
Dan malam ini, tanyalah pada diri anda, di manakah anak anda?

5 Replies to “#910: DI MANAKAH ANAK ANDA?”

  1. Encik hazrey, tertarik nak share satu kisah yang diceritakan rakan, berlaku di jalan tar, semalam

    2 sahabat saya sedang berjalan di jalan tar, dan tiba tiba mereka terlihat seorang lelaki mabuk terbaring di atas jalan dalam hujan dengan kepala berdarah. Mulut lelaki tersebut berbuih dan berbau masam, mungkin dari alkohol.

    Semua orang yg lalu lalang hanya melihat, tanpa ada siapa mahu memberikan pertolongan. Suruh alih ke tepi pun tidak mahu. Sahabat saya ni orang luar, tidak tahu nama jalan. Dia mintak kerjasama penjaga kedai agar memberikan alamat untuk dia telefon ambulans. Pekedai pekedai disitu semua mengelak untuk bagi alamat mereka. Alasan mereka, tak tahu, lupa. Nak angkat lelaki itu tumpang berteduh dari hujan di koridor kedai pun mereka tak sudi. Sahabat saya bertanya ada siapa call ambulans, mereka masing-masing cakap tidak tahu. Tapi dimaklumkan salah satu kedai sudah menghubungi talian kecemasan.

    Ada yang komen, "biarlah orang macam tu,""balasan""menyusahkan orang". Ending dia, sewaktu kawan saya menghubungi talian kecemaaan, terdengar dari jauh bunyi ambulans.

    Masyarakat lebih suka jadi tukang tengok dan reporter tak rasmi dengan tangkap gambar dan sebarkan di facebook dengan caption seolah memberi pengajaran in real life, berat tangan dan hati untuk turut terlibat secara aktif dalam memberikan pertolongan. Teringat saya akan iklan nilai murni yang kerap ditayangkan di rtm sewaktu saya masih kecil, kenapalah iklan sebegitu sudah tiada lagi

  2. Teringat dulu-dulu naik komuter balik Seremban pukul 8:30pm, komuter maha lembab – banyak berhenti dan lama pulak berhenti, akhirnya sampai ke Stesen Komuter Seremban pukul 10:30pm.

    Nak ambik teksi, tapi teksi pulak charge sampai RM20 untuk perjalanan tak sampai 10km. Tengah-tengah negotiate, ramai pulak teksi sapu offer hantar balik dengan tambang lagi murah.

    Tiba-tiba ada satu married couple ni offer hantar balik sebab dah satu area (lain taman), tengok2 yang perempuan tu senior sekolah saya dulu, terus la dorang hantar sampai rumah. Sangat-sangat appreciate pertolongan kakak tu sampai la sekarang.

  3. Hazrey, izinkan aku nak sambung apa yang aku dah tulis kat instagram tu (baru perasan)

    1. Aku rasa kebanyakan daripada kita tak pernah ambil tahu no telefon balai polis terdekat ataupun hotline polis di setiap negeri (pengalaman sendiri). Yang tahu pun 999.

    2. Takut…. Takut untuk dipertanggungjawabkan. Masyarakat takut kalau tersalah lapor dan makan diri balik atas laporan tu. Pengalaman sendiri jugak ketika kena samun kereta dan telepon balai siap kena perli dengan polis tu kot-kot aku tak bayar ansuran kereta (waktu kejadian). Katakanlah kalau kes amoi tu meraung>kita telepon polis>polis datang>amoi tu dah takda>polis soal kita balik macam-macam.

    Adakah perasaan takut seperti ini stigma sosial?

    3. Didikan. Ini sangat-sangat subjektif. Nak suruh didik, semua dah besar-besar. Mungkin polis perlu naikkan lebih banyak signboard maklumat telefon balai dan sebagainya di tempat-tempat strategik.

    wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *