#902: MAK MERTUA TOREH MENANTU SEBAB CEMBURU, KENA PENJARA.

#902: MAK MERTUA TOREH MENANTU SEBAB CEMBURU, KENA PENJARA.

Tentu mengelirukan tajuk di atas dan pelbagai persoalan terungkap.

Di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam (Rabu), seorang ibu mertua
terpaksa merengkok dalam penjara selepas mengaku bersalah mencederakan
menantu lelakinya dalam kejadian 22 Mac lalu di rumah mereka di Jalan
Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai.


Tertuduh, Hajijah Hussein, 56 tahun yang pernah bekerja sebagai pengawal
keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah
terhadap perbuatannya.

Berdasarkan fakta kes, pergaduhan tercetus apabila wanita itu cemburu
menantu lelakinya membelikan sebuah telefon bimbit untuk anak
perempuannya pada kira-kira jam 9 malam pada hari kejadian.
Mangsa, Muhamad Taufik Abdullah, 24, cedera di tangan kiri, kuku serta
dahi dan turut menerima enam jahitan akibat ditoreh ibu mertuanya
menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Majistret Azlan Shah Mohd Allias menjatuhkan hukuman itu selepas
mengambil kira rayuan tertuduh yang menghidapi penyakit kencing manis
dan darah tinggi.

Hajijah, seorang ibu tunggal didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau
keduanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sementara itu, ketika meninjau di Kampung Plentong Baru, Masai, seorang
jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 40, berkata dia
terdengar suara jirannya menjerit dan segera keluar untuk melihat apa
yang berlaku.

“Saya fikir mereka bergaduh suami isteri tetapi terkejut bila nampak tangan dan dahi Taufik berlumuran darah.

“Kak Hajijah pula berdiri di depan pintu rumah dan terus berleter memarahi menantunya,” katanya.

Ketika prosiding, Taufik turut berada di mahkamah ditemani isterinya yang juga anak perempuan Hajijah, Siti Aslinda Zainal Abidin, 18. 

Sumber: 

8 Replies to “#902: MAK MERTUA TOREH MENANTU SEBAB CEMBURU, KENA PENJARA.”

  1. rsa mcm pelik je baca statement "wanita itu cemburu menantu lelakinya membelikan sebuah telefon bimbit untuk anak perempuannya" sbb x tahu sama ada "anak perempuan" tue merujuk kepada anak perempuan si menantu ke ataupun anak perempuan si makcik~ xpaham >.<

  2. Bai, mu nak percutian ko ditaja malindo air tak?

    Just join fb mereka then send ur particular…

    Dah ramai pun blogger dapat flight free beserta 3 hari 2 malam ditanggung penuh makan minumnya siap pakej tour lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *