#899: CUBAAN UPDATE BLOG GUNA APPS

#899: CUBAAN UPDATE BLOG GUNA APPS

Baru-baru ini, selepas berjaya pecahkan tabung ayam dan tin milo yang dibuat tabung, aku berjaya kumpul kedua dua tabung selesema burung untuk berkelana seketika di Eropah.

Aku cuba mencari kot adalah muka sama macam aku kat Eropah tu, yelah kan ada 7 muka sama, rupanya kecewa. Mungkin seiras aku di Hollywood seperti Tom Cruise dan sikit sikit ada macam Psy dan hidung iras Denzel Washington.

Aku pergi berjalan sakan dengan awek, sori isteri aku. Sejujurnya, aku rasa bersalah sebenarnya sebab ramai gadis Eropah yang kecewa tak dapat mengurat aku. Aku faham kekecewaan mereka. Aku faham. Sedih pun ya. Mungkin kita boleh sekadar pen pal.

Selama dua minggu di sana, aku rasa bahagia sehinggalah kebahagiaan itu diragut kedai handbag yang membotakkan kepala aku. Kenapa ini semua berlaku pada aku? Habis tabung ayam aku. Ini semua poyo, kata KAU.

Apapun, ini cubaan aku untuk update blog ni gunakan apps blogger di iphone5 aku yang sangat awesome ni! Apa? Samsung? Bila kau beli washing machine? Front load ke top load?

Ini pula foto yang aku ambil. Semua sekali ada seribu lebih keping termasuk dari DSLR aku yang awesome dan iphone5 aku yang sangat amazing. Apa dia? Samsung? Apa? Blackberry? Kau jual buah buahan eh sekarang? Baguslah ada inisiatif keusahawanan.

Foto: aku terserempak dengan Denzel Washington di Paris, untuk promosikan filem Flight dia yang kapalterbang buat kuak kupu kupu tu. Leceh jumpa dia ni, paksa paksa aku ajak makan sekali. Mana aku nak. Terpaksa aku beredar.

Manakala di Brussels, terjumpa sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Russia. Kami sempat meminum air halal.

Yang bawah ni memang sengaja aku tinggalkan taknak delete. Gila kalau aku delete nanti tak boleh riak.

Sent from my iPhone

7 Replies to “#899: CUBAAN UPDATE BLOG GUNA APPS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *