#897: I’M ON INSTAGRAM TOO !

#897: I’M ON INSTAGRAM TOO !

Makin jarang update blog ni.
Makin kurang masa untuk menaip. Banyak yang mahu ditaip. Tetapi masa tak mengizinkan.
Contohnya, trip ke Eropah selama dua minggu tempohari yang sangat sangat best! Banyak foto yang diambil. Memang nak rajinkan diri untuk postkan foto foto tu semua.
Dan kebetulan aku memang suka ambil gambar, seorang amatur yang tampak hebat apabila dah masuk instagram, guna filter. Hahaha. Tapi sebenarnya banyak apps untuk mencantikkan foto kita. 
Memandangkan aku baru pakai iphone5 yang canggih, antara apps yang aku guna untuk edit foto mahupun menambah ayat seperti foto secawan kopi di bawah ialah:
1. Phonto (untuk menambah text pada foto)
2. Filtermania (filter)
3. Pixlromatic (filter)
4. Pic stitch (untuk collage)
5. Insta Weather (yang ini semakin luas digunakan sejak versi Android diperkenalkan)
6. Insta Place
 
Aku sedikit gelak sebenarnya, sejak Instaweather dan Instaplace keluar untuk versi Android, banyak jugaklah Instaweather di cuacakan pada nasi lemak, gambar wajah dan memacam lagi yang tak ada kena mengena dengan konsep apps itu sendiri. Tapi tak apalah, itu cara mereka.
Tapi aku juga mengikuti beberapa instagram users yang memiliki daya kreativiti yang sangat baik, hanya menggunakan telefon pintar mereka. Tips: gunakan hashtag untuk mencari mereka. Contoh: #photooftheday #igers dan di Malaysia sendiri terdapat grup khusus untuk pengguna insta tempatan iaitu #igersmy
Untuk yang ada akaun Instagram, bolehlah tengok foto foto amatur aku. Akaun instagram aku ialah hazrey_   (jgn lupa letakkan underscore di hujung nama sebab entah awek mana entah dah chop siap siap Hazrey).
Aku menggunakan instagram untuk mengasah skil amatur aku dalam fotografi. Kalau tak cantik foto tu, maafkan aku, kalau cantik, tolong tepuk kuat kuat!
Dan Insya’allah, aku akan cuba sedaya upaya untuk update blog ini. Kalau tidak, baik kau tutup jerlah hazrey blog ni. 
Enjoice.

6 Replies to “#897: I’M ON INSTAGRAM TOO !”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *