#887: ‘BOMOH’ KENA PENJARA 6 BULAN

#887: ‘BOMOH’ KENA PENJARA 6 BULAN

Satu hari nanti, bomoh pun kena ada lesen untuk practice. Tapi macam mana diaorang nak buktikan apa yang diaorang buat tu mujarab? Persoalan.
* * * * * 
Siang tadi, seorang lelaki mendakwa dirinya Bomoh dan mampu melariskan perniagaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Asril Hasan, 60 tahun, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menipu dua mangsa pada 24 dan 26 Oktober lalu.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allia bagaimanapun memerintahkan Asril menjalani hukuman bagi kedua pertuduhan itu secara serentak.
Ini bermakna Asril hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.
Tertuduh juga terlepas hukuman sebat atas faktor usia.
Asril dituduh melakukan penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 10 tahun dan sebatan atau keduanya sekali dan boleh dikenakan denda.
Tertuduh didakwa memperdaya M. Rosmini untuk menyerah dua bentuk cincin emas kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru, 24 Oktober lalu.
Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdaya Elmawati Kadir menyerah RM1,900 dan gelang emas berbentuk duit syiling di rumah yang sama pada 26 Oktober lalu.
Penyerahan kesemua barangan dan wang itu adalah sebagai proses bomoh melariskan perniagaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Di mahkamah yang sama, akibat kemaruk permainan di telefon bimbit, seorang bapa sanggup membelasah anak berusia 9 tahun menggunakan tali pinggang sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Padahnya, Norrizam Sapuan, 40 tahun, dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias.
Majistret Mohd Azlan ketika menjatuhkan hukuman itu turut menyatakan ibubapa yang waras mampu mempertimbangkan batas ketika mendidik anak.
Tertuduh didakwa mengarahkan mangsa menjaga adik bongsunya berusia 5 tahun sementara dia bermain permainan di telefon bimbit.
Mangsa bagaimanapun gagal melayan adiknya lantas mengakibatkan tertuduh berang dan memukul anaknya menggunakan tali pinggang.
Perbuatan itu bagaimanapun terbongkar apabila mangsa mengerang kesakitan di sekolah akibat lebam dipukul bapanya di bahagian peha dan pinggang kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12.15 tengahari, 18 Oktober lalu di Jalan Pekaka 3, Taman Perling, Johor Bahru.
Norrizam didakwa mengikut Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau keduanya sekali.
Untuk Rujukan: 
Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak:
Seksyen 31. (1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak –
(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau
(b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya 

4 Replies to “#887: ‘BOMOH’ KENA PENJARA 6 BULAN”

  1. Bro, nampaknya Melayu Islam makin teruk dan lari jauh dari landasan yang sepatutnya. Yang muda rempit, buang anak, judi internet, jadi GRO urut batin, malas sekolah, yang tua, sibuk jadi bomoh penipu, skim cepat kaya, curi lembu, curi kereta, gila dangdut, pukul orang, rumah tak mampu beli, tanah tergadai pada kaum lain, bahasa melayu makin terpinggir…..Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *