#886: WARGA AFRIKA DITUDUH ROGOL.

#886: WARGA AFRIKA DITUDUH ROGOL.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi tadi memerintahkan seorang lelaki warga Nigeria, tidak dibenarkan diikat jamin selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan merogol gadis warga Singapura bawah umur.
Eneh Solomon Lido, 40 tahun yang mengaku berstatus pelajar di sebuah kolej swasta di negara ini didakwa merogol gadis berusia 14 tahun kira-kira jam 3.30 petang, 9 Oktober lalu.
Jenayah itu didakwa dilakukan di tangga Pangsapuri Kip Park Villa di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Norasyikin Ibrahim.
Hakim Zamri Bakar memerintahkan Eneh Solomon ditahan sebelum sebutan semula kes pada 5 November depan.
 
Warga Afrika itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
 

3 Replies to “#886: WARGA AFRIKA DITUDUH ROGOL.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *