#876: REPOST – RAYA DENGAN TALI RAFIA

#876: REPOST – RAYA DENGAN TALI RAFIA

Aku bukan sibuk, tapi aku malas nak tulis. Maka, aku repost balik one entry yang disiarkan pada 8 September 2009. Sorry ya. Aku malas.

* * * * * *

Mungkin di luar sana ada seorang atau dua orang yang bernama Rafia. Sedap namanya. Siti Rafia? Sharifah Rafia mungkin? Nurul Rafia?

Mesti orangnya lembut. Mesti berwarna warni kisah hidupnya seperti hidup kita.

Ok, ini bukan cerita pasal Siti Rafia, Nurul Rafia atau Kak Pah Rapia.

Ini cerita tali rafia.

Dan ini juga cerita raya sesuai dengan heading aku yang baru lengkap dengan songkok dan pelita dan sungguh lawa tu, walaupun belum ada yang sudi puji lagi. Haha. Aku sesungguhnya seorang yang thematic (read: bila raya jek)

Kalau perlu, click kan pada winamp atau apa jua jenis player pada komputer anda, dan mainkan sebuah lagu raya yang menjadi nostalgia kepada anda kecuali lagu raya 4U2C yang ada part jerit – kami 4u2C mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Terkejut aku dari lamunan aku semalam dengar lagu ni. Monyet. Kenapa ayat aku bunyi macam gay ni? Ishh. Kurang mineral ni.

Kecik kecik dulu, masuk minggu kedua posa, ayah mula sibuk. Kami pun adik beradik hampir menyamai sebuah perkampungan mini afrika.

Mungkin dulu ketika muda, ayah dan emak lebih mementingkan kuantiti sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk. Kerajaan perlu berikan semacam anugerah kepada mereka di atas usaha dan seksa, merana serta derita membesarkan kami semua. Rakyat yang patuh kan diaorang. Patut boleh terima Laureate Award.

Nope, I am not gonna tell you how many of us in the family, you are a stranger to me.

Kesibukan ayah dan emak lebih kepada menyiapkan pakaian anak anak walaupun kami bukanlah dari keluarga yang senang. Dan ayah bukanlah seorang yang ada gelaran and prone to be gossiped with some half-boiled artist. Ayah juga tidak menyimpan misai tebal.

Yang paling tragis ialah, masa aku kecik kecik dulu, aku dibelikan baju Navy untuk raya. Hari ini, kalau tengok gambar tu, ya aku masih simpan gambar itu, ia pasti ia akan menjadi sebahagian dari lawak untuk korang semua.

Dan tidak sama sekali aku akan dedahkan gambar itu, walau apa cara sekalipun pujukan.

Tapi aku tak sampai hati nak mengecewakan korang. Ok ini gambarnya.


Aku tau. Muka aku ada iras iras omputih sikit.

Comel kan. Aku tak tahu kenapa bila dah besar ni, muka aku, kulit aku dan comel aku semua hilang. Mungkin disebabkan cuaca dan cara pemakanan kita di Malaysia ni. Aku cuba bertahan, tapi gagal, dan ya, aku memang kecewa, kalau tidak tentu sekali ramai artis perempuan dan separuh lelaki akan jatuh hati. Kalau tidak pun, kalau dengan muka sebegini, kena dengan extension rambut, pasti aku sudah bertukar nama dan mempunyai blog lain yang lebih banyak gambar lelaki tanpa baju.

Dan akhirnya, kasut. Ayah amat kreatif. Leceh nak bawak semua pergi beli kasut. Lagipun, nanti banyak pulak cekadak nak kasut memahal. Haha. Maka, tali rafialah menjadi alat ukur rujukan untuk dia beli kasut anak anak. Apa yang dia beli, itulah dia pakai. Termasuklah kasut tumit yang dipadankan dengan baju navy itu. Hahah.

* * * * * * *

Akan ada satu lagi post esok (Khamis) petang, Insyaallah, kalau aku rajin habiskan.Yelah, langsir nak pasang, carpet nak vacuum, lantai nak dimop, kereta baru nak dikilatkan. Eh.

4 Replies to “#876: REPOST – RAYA DENGAN TALI RAFIA”

  1. Aha a kereta baru? Ini sudabaguss..
    Arwah mak aku pun dulu2 guna tali rafia ukur tapak kaki nak beli kasut raya…kaedah sejagat gamaknya tali rafia ni yek.
    Ok Hazrey, selamat hari raya aidilfitri!

  2. Bro, kerana aku jauh lebih tua dari ko, maka bab ukur kaki guna tali rafia ni, aku lebih dulu merasa… heh heh heh.

    Baju Navy? yeahhh memang lawak. Aku ingat baju askar celoreng tuh. Topi tak beli sekali? hahahaha

    Apapun, nostalgia menyambut raya masa kecik memang seronok dikenang. Ohhh syahdu.

    Selamat Hari Raya HEZRY… Maaf Zahir Batin, buat U dan juga Mak Gula-Gula. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan… *duit raya ada? Ahaks!

  3. SMTI – Nro, tahun ni aku tak ada baju raya, seluar raya, baju Melayu Raya, Sampin Raya, Langsir Raya, carpet Raya, mahupun kereta baru raya… apatah lagi nak mengilatkan kereta, sebab aku memang tak de kereta. Semua peruntukkan tu dah kami sedekahkan ke Pusat Rawatan swasta sempena kelahiran baby Raya. itu je.

    Sekian terima kasih.

  4. tali rafia? mak saya tak terpikir gitu pun bang. dia lukis tapak kaki masing2 atas kertas/buku. so, dekat nak raya, beratur la memasing lukis tapak kaki. insan terpilih yang escort mak saya je yang dapat pilih kasut ape. yang lenlain, harus terima seadanya. tapi, walaupun tak mahal, tetap happy. sebab, raya bagi reason utk kamiorang dapat kasut baru =)
    da start keje ni, niat dapatla saya plak nak belikan kasut utk mak..tapi tadeela lukis2..hangkut terus gi kedai..hewhewhew…
    anyway, selamat hari raya maaf zahir. batin tadee..ngee…wlpn bc blog ni rasa dekat je mcm shah alam-jb tu sebelah rumah, mcm kengkwan je,tapi u are indeed still a stranger to me. so, kesalahan batin tu konpem tadee….~~~~~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *