#875: KEADILAN UNTUK SYALEZA

#875: KEADILAN UNTUK SYALEZA

Gambar terakhir yang digunakan Allahyarham di laman facebooknya. Ya Allah, sungguh berat dugaan ini Ya Allah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebentar tadi mengesahkan kes kematian sahabat kami, Eksekutif Pentadbiran Berita TV9, Nursyaleza Jaafar diklasifikasikan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Sebelum ini, pelbagai media melaporkan pemergian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan turut melaporkan Allahyarham dijumpai tergantung di salah sebuah bilik di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai suaminya, ditahan sepasukan anggota polis Ibupejabat Polis Petaling Jaya (IPD PJ) di Felda Redong 1, Labis, Johor kira-kira jam 10.15 malam semalam.
Perkembangan ini hasil bedah siasat dijalankan Hospital Sungai Buloh mendapati mangsa meninggal kerana sesak nafas akibat dijerut di bahagian leher.
.
* * *
Aku menerima khabar pemergian Nursyaleza atau lebih dikenali sebagai Syaleza kira-kira jam 1 pagi semalam (awal pagi Ahad) dan sangat terkejut dengan berita itu lantas menelefon semua rakan untuk mengesahkan berita itu.
Di antara kami, kami sering bertengkar. Dan lazimnya pertengkaran kami berakhir dengan gelak ketawa kerana masing-masing tahu akan hati budi. Kami bukan asing, bukan kenalan. Kami bersahabat. Kami sudah lama meninggalkan aras sebagai kawan dan sudahpun duduk di selesa ruang sahabat.
Semalam, suasana pilu dan hiba menyelubungi ruang kediaman ibubapa Allahyarham di Felda Redong 1, Labis, Johor sebaik jenazah tiba menaiki kenderaan jenazah dari Hospital Sungai Buloh untuk dikebumikan di kampung halaman Allahyarham.

 Kami masih menangis. Airmata kami masih tak putus mengalir. Kami tak puas bermanja 
You will be dearly missed Syaleza. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui. 
Anak Allahyarham, Danish berusia 2 tahun kini berada dalam jagaan keluarga Allahyarham di Felda Redong 1, Labis.
Kami tak puas bermanja dengan kamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang rakan kerja yang kami hormati. Kami tak puas bermesra dengan kamu sebagai seorang insan Allah SWT yang sentiasa membantu kami tanpa keluh, tangan rengus, tanpa rungut. 
Kata-katamu tak pernah menyakiti kami, kata-katamu tak pernah merobek perasaan kami. Tak lekang kemaafan di bibir kamu tatkala menitipkan ayat. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui dan lebih berhak ke atas kamu. Ya Allah, kami mohon padaMu Ya Allah, dihimpunkan roh Allahyarham Nursyaleza Jaafar bersama orang orang yang kau redhai dan sebaik-baik golongan sebagaimana Allahyarham menjaga kami sepanjang dia dipinjamkan kepada kami. 
Alfatihah.
Antara sahabat dan rakan sekerja Allahyarham yang turut berada di Hospital Sungai Buloh petang semalam. 
  
Hanya tangisan dan sendu berserta doa mengiringi jenazah yang dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Sungai Buloh untuk dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham.
Mereka sudah berkumpul di perkarangan rumah mayat hospital itu sejak awal pagi semalam. 
Antara yang turut berada di hospital semalam, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail.
Bedah siasat dijalankan kira-kira jam 2 petang semalam.
Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Felda Redong 1, Labis, Johor dan tiba kira-kira jam 7.15 malam, sejurus sebelum masuknya waktu berbuka. 
Keadaan hiba menyelubungi kediaman ibubapa Allahyarham sebaik jenazah dibawa turun dari kenderaan jenazah dan kedua ibubapa Allahyarham, Jaafar Bakri, 60 dan Rohani Aris, 52 beberapa kali rebah dan terpaksa dipapah masuk.

Kesemua lima adik beradik Allahyarham turut berada di rumah itu selain hampir 100 saudara dan jiran bagi menatap kali terakhir wajah Allahyarham.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Jamek Nur Falah Felda Redong 1, Labis, Johor diimamkan Haji Md Amin Md Talib.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Redong 1, kira-kira jam 8.15 malm tadi.

 Alfatihah.

36 Replies to “#875: KEADILAN UNTUK SYALEZA”

  1. Alfatihah. Takziah kepada keluarga arwah. Macamana anaknya yang masih kecil nak menempuh esok lusa? Sangat sebak kerana saya seorang ibu beranak kecil.Allah maha mengetahui dan moga dipermudahkan segalanya..

    SEMOGA KEADILAN BUAT NURSYALEZA DITEGAKKAN.

  2. Alfatihah buat arwah dan perkara yang sangat2 tidak disangka telah berlaku.. semalam saya juga turut berada di hospital sungai buluh.. arwah dan suami telah saya kenal lebih dari 5 tahun dan suami arwah adalah rakan baik saya.. jika benar apa yang berlaku adalah di klasifikasikan sebagai kes bunuh.. saya amat bersedih sebab dari apa yg saya tahu suami mangsa seorang yang baik.. huhu.. apa pun biarlah pihak berkuasa yang memutuskan apa yang berlaku disebalik kejadian ini.. Alfatihah

  3. Al-Fatihah buat sahabatku Allahyarham Nur Syaleza Jaffar,rakan sekelas Matrix Perakaunan F2 1999-2000
    takziah kepada keluarga arwah. Macamana anaknya yang masih kecil nak menempuh esok lusa? Sangat sebak dan pilu bila terbaca dan terdengar berita nie..Allah maha mengetahui dan moga dipermudahkan segalanya..

  4. Amin ya rabbal alamin. Doa seorang mukmin utk mukmin yg lain insya Allah makbul apatah lagi mukmin itu tengah berpuasa.

    Mudah mudahan Allah permudahkan urusan beliau disana Dan roh beliau Akan ditempatkan di syurga firdaus aminnnnnn

  5. seperti apa yang saya fikirkan, dia dibunuh…tapi gambaran membuatkan dia seolah2 membunuh diri..

    siapa yang punya angkara perlu diberikan hukuman yang setimpal…

    alfatihah for her

  6. saya juga … meskipun bukan teman rapat … tapi arwah sangat suka tersenyum … setiap kali sy menjejak kaki ke bilik berita tv9 . ya allah … berikan yang terbaik utk arwah .. alfatihah.

  7. Semoga arwah di Rahmati pada bulan yang mulia dan kebenaran akan terbukti. Insya'Allah.

    Yang benar akan terbela
    yang salah akan terhukum
    Yang ditinggal tidak diabai..

  8. salam..takziah buar sluruh kluarga allahyarhamah syaleza.semoga beliau dhimpunkan bersama insan ber beriman.semoga org yg menyebabkan beliau meninggal dunia&meninggalkan ank yg masih berumor 2thun itu mendapat pembalasan sewajarnya..ameeennn..

  9. Sedihnya baca.. saya xpernah kenal arwah..cuma baca dari paper dan blog.. sy tau die xbersalah.. semoga arwah tenang disana. Semoga akan ada pembalasan setimpal untuk pembunuh arwah. ya allah, sedihnya ;(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *