#874: IJAZAH PALSU VS PHD FASTLANE VS IJAZAH TULEN.

#874: IJAZAH PALSU VS PHD FASTLANE VS IJAZAH TULEN.

Aku sebenarnya tak terkejut dengan berita di bawah ini. Kenapa? Baca terus:

SHAH ALAM, 26 Julai – Polis Selangor berjaya membongkar sindiket ijazah palsu dengan tertangkapnya dua saspek lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menjadi ajen untuk memperolehi ijazah tersebut. Sindiket tersebut yang beroperasi di sebuah pejabat di UEP Subang Jaya menjadikan premis tersebut sebagai tempat pengurusan dokumen dan sijil pemohon.

Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya pagi tadi memberitahu sindiket tersebut menawarkan harga antara RM6,500.00 hingga RM8,500.00 bagi Sarjana dan RM10,500.00 bagi PhD. 
Pemohon ditawarkan ijazah dalam apa jua bidang yang dipohon dan dalam tempoh tiga hingga lima bulan pemohon akan dipanggil untuk menerima segulung ijazah dalam majlis konvokesyen di hotel-hotel terkemuka. Sehingga tertangkapnya saspek ini, rekod mendapati seramai 525 orang pemohon telah menerima ijazah tersebut.
 
Siasatan masih lagi diteruskan bagi mengenalpasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam sindiket tersebut. Pelbagai jenis sijil, borang permohonan serta gambar-gambar penerima ijazah telah berjaya dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 
Sumber: Laman Facebook Polis Selangor.
Note: Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan adalah penipuan. 
Aku rasa benda ni dah lama tetapi never be too late untuk pihak berkuasa ambil tindakan seumpama ini. Ia satu tindakan yang perlu diberi pujian.
Sebenarnya, sejak aku mula menulis blog, kerapkali aku merasa curiga tentang kualiti pendidikan mereka yang meninggalkan komen. Apabila Polis Selangor berjaya membuat tangkapan terhadap sindiket ijazah palsu ini, ia menebalkan lagi kecurigaan aku.
Pada usia 39 tahun ini, kadangkala apabila aku membaca aku tertanya-tanya di mana rasa hormat mereka pada orang lain. Adakah mereka kumpulan 525 orang pemohon yang sudah menerima ijazah itu?
Aku tak pernah rasa terancam dengan komen yang ditinggalkan. Aku ok jek. Sejak 2008, baru sekali dua sahaja aku delete komen dan kedua-duanya terhadap penyebar ajaran sesat dan mereka yang sudah membaca blog aku ni tahu siapa orang itu. Malah ada kalangan mereka yang kerap ke sini turut menjadi mangsa seperti saudara Azrul Hisham. Haha. Your best friend Azrul.
Agaknya bagaimana rupa mereka yang meninggalkan komen tu? Adakah mereka mempunyai raut wajah mirip orang tua hingga merasakan diri mereka tua? Perlu cucuk botox. Nanti tampak muda.
Aku langsung tak kisah apa yang diutarakan melalui komen mereka tetapi aku sedikit pelik apabila mereka, tanpa mengenali orang lain, terus address diri mereka aku dan menggunakan panggilan ko (dan bukan kau).
Aku hormat setiap pandangan yang ditinggalkan tetapi itu tak bermakna aku akan hormati cara pandangan itu diberikan. Kita ada adab. Kita diajar untuk beradab. Kita akan mensesiakan pendidikan kita di rumah dan sekolah jika kita gagal untuk beradab. 
“Ko tu yang mulakan dulu, ko tu yang mulut jahat, ko tu yang tak hormat orang,” antara contoh komen dari pembaca.
Bila komen seperti ini berkunjung, aku tertanya dalam hati. Dia ni cerita pasal hormat orang and all, tapi tengok cara dia menulis. Dan lazimnya sebelum aku memberi jawapan, aku akan lihat profil mereka dan kerapkali aku akan kata – laaa budak budak lagi ni. 
Sekali lagi aku ulang – aku tak kisah apa jua pendapat yang mahu diutarakan apatah lagi kononnya kita mahu bercakap dan menegur atau kononnya kita mahu jadik the saint of internet. Aku tak kisah tapi yelah, apabila menghentam orang yang sedang menghentam, kita juga 2 x 5, 5 x 2. 
Aku lagi bertambah pelik apabila kebanyakan yang begitu adalah golongan wanita. Tak semua tapi ramai. 
Ada pulak, bila aku tengok foto profil siap berpakaian graduasi, aku lagi bertambah pelik. Betul ke dia ni seorang graduan atau mungkin salah seorang dari 525 orang seperti kenyataan Polis Selangor tadi? 
Yelah, biarpun tulen macam mana pun, apabila cara kita menulis langsung tak menggambarkan kita memiliki pendidikan yang baik, kita mengundang rasa curiga orang dan memungkinkan orang akan berfikir – agaknya dia ni itu antara yang beli ijazah tu kot? 
Apapun, jika aku tak mengenali pembaca itu secara in real life, aku akan pastikan jawapan kepada komen mereka TERUTAMA wanita menggunakan panggilan saya, anda, kamu sebab aku menghormati mereka dan sebab mereka a total stranger. Jika ‘ko’ melihat aku menggunakan aku / kau, maka orang itu aku sudah kenali secara dekat.
Kata Adibah Noor malam tadi: “@Hazrey lumrah sayang. They applaud others’ imprudence to make up for their own insecurity. 🙂
Aku setuju.
“Eh berapa umur si Hazrey anjing khinzir celaka ni? Ahh gi mampuslah, aku nak tulis jugak cara aku. Aku nak tulis jugak aku ko (bukan kau) dengan dia. Peduli apa aku. Aku urban, kenapa pulak aku dan bersaya saya dengan dia walaupun dia lebih tua daripada aku. Mak aku bukan tahu pun aku takde adab. Bila dia tak tahu, mestilah dia tak kecewa.”
Mungkin kita merasakan kita tak perlu hormat orang. Maka apa beza kita? Maka, aku akan tersenyum dan berkata dalam hati – eh eh budak ni, rugi muda muda tapi rasa tua. Tak cukup susu badan kecik kecik dulu ni.
Kita berdegar degar meninggalkan komen bagai halilintar di langit. Kita rasa kita ni dewa petir. 
Kita menulis dengan penuh rasa amarah dan penuh rasa kurang ajar tanpa rasa hormat untuk memperkatakan panjang lebar siap dengan dentuman halilintar kepada pemilik blog – “bagaimana untuk menghormati orang lain.” Aneh tak? Tentu aneh bukan. Tetapi itulah berlaku sejak 2008 di blog ini. 
Tetapi, aku tak perlu tutup akaun blog ini atau twitter aku atau facebook aku disebabkan itu. Tak perlu. Aku juga tak perlu mencabar pembaca yang komen sedemikian untuk bersemuka untuk aku baraikan muka mereka. Tak perlu. Alhamdulillah mak bapak aku didik aku dengan baik.
Aku rasa aku tak perlu beri contoh sebab korang boleh, dengan mudah klik di mana mana entri terdahulu untuk mengesahkan apa yang aku cakap. Cari, baca dan klik pada profil mereka. Dan berasa hairan.
Apapun, pada entri mengenai pasangan remaja 16 dan 14 tahun berkahwin, aku tertarik pada satu-satunya komen yang ditinggalkan dan ia memberi kesan pada aku sehingga hari ini.
Anda boleh baca entri itu di link berikut – Pengantin 16 dan 14 tahun.
Di entri itu, aku meminta pembaca meninggalkan komen terhadap perkahwinan remaja berusia 16 dan 14 tahun dan pelajar Universitas Indonesia menggunakan akronim SY antara 31 komentar.
Lihat pendekatan dia meninggalkan komen. Dia tahu, memasuki rumah orang perlu beradab. Memasuki tempat orang perlu jaga tutur kata kita untuk memastikan apa yang ditulis mendapat perhatian.
Aku suka cara dia menulis. Aku pasti ibubapa SY ini bangga anaknya menjaga adab di mana sahaja, di universitas malah di blog sekalipun.
Ohh SY juga seorang blogger dan pertama kali aku baca blognya, aku juga tertarik, sebabnya di blog dia sendiri dia boleh meluahkan mengenai kehidupan dirinya tetapi tetap menjaga tingkahlakunya tika di tempat (blog) orang. Betullah konsep itu.
Aku pasti dia seorang pelajar perempuan bersandarkan luahan hatinya di blognya. Hehe.
Anda boleh membaca blog SY yang diberi nama Guppy di capaian di sini.
Dan aku mendoakan agar SY sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT di tanah orang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menuntut di sana. Mudahan lulus dengan cemerlang dan dikekalkan sifat penuh rasa hormat pada orang lain itu. 
Aku? Ya, biarpun dia muda, cara dia komen membuatkan aku merasa hormat pada dia.
Aku berharap yang membaca faham apa yang aku tulis. Jika tidak, baca 7 kali. Jika masih gagal, minta seseorang azankan telinga ‘ko’.
Akhirkata, mengambil sedikit ayat dari blog SY – dont expect to trample all over me and not to get trampled all over back in turn. Sungguh ironi kan (bagi yang memahami maksudnya). Awas. Hahaha.

18 Replies to “#874: IJAZAH PALSU VS PHD FASTLANE VS IJAZAH TULEN.”

  1. yer laa.. betul tu hazrey.. (nak sebut abang juga tp satgi lupa diri plak saya ni kuikuikui) mmg kadang2 bila kita tgk komen masing2 mcm2… ishh mana letak hati dan perasaan agaknya melontarkan pandangan.. agaknya asal main tekan jer keyboard tu janji puas hati dapat komen.. gitu la kot agaknya kan.. 🙂

  2. rasa mcm tercekik membaca entry ni.
    sebab..sebab..sebab…iolls tak panggil abang hazrey. aku kau je. but ok kan? janji tak guna ganti diri 'ko'. 😀

    apa-apa pun. saya harap. komen-komen saya tak menyinggung perasaan abang hazrey. hihi *gelak tekup mulut*

  3. Assalamualaikum En Hazrey..pertama kali memberi komen selepas hampir lama menjadi silent reader. saya lebih tertarik dengan entri kali ini sebab tidak sangka..saya sebenarnya juga tertarik dengan komen 'Sy'. blog beliau sudah dikhatam semalam juga selepas melihat profilnya. she's a very good person though. 😉

    Berkenaan dengan tajuk entri,izinkan saya berkongsi cerita
    dengan encik dan pembaca. saya kenal seorang lecturer yang sudah lebih 20tahun berpengalaman dalam bidang highway engineering. beliau adalah bekas pensyarah saya.

    beliau sudah lama mendaftar untuk sambung PhD. beliau pernah bercerita(tapi sudah lama,saya tak berapa ingat sangat, lebih kurang macam ini lah), tiap-tiap bulan (or semester,tak pasti) harus membayar
    sejumlah wang sebagai yuran untuk research(mencecah ribuan ringgit). tapi mungkin kesibukan beliau bertugas sebagai pensyarah,menyababkan beliau terpaksa tangguh phD. tapi masih membayar yuran.

    sehinggalah sampai satu hari, beliau terdetik. apa guna membayar yuran, tapi research tak berjalan. kerana sibuk sangat. lantas, beliau ambil keputusan untuk berhenti dari meneruskan PhD, walaupun beliau tahu kelayakan seorang pensyarah di UTM haruslah sekurang-kurangnya berkelulusan ijazah kedoktoran (PhD). namun, beliau masih setia berkhidmat sebagai pensyarah kanan di bawah fakulti kejuruteraan awam kerana pengalaman beliau, walaupun ramai kawan/pensyarah seangkatan beliau sudah punyai pangkat Prof Madya/Professor.

    Walaupun cuma berstatuskan Encik di hadapan namanya, beliau yang sememangnya merendah diri orangnya, menjadi lebih 'down'. kerana terdapat segelintir pihak yang memandang rendah kepada beliau,hanya kerana tidak punyai PhD(Dr). tapi saya cukup kagum dengan sikap 'fatherly' beliau, pemikiran beliau. Kata beliau baru-baru ini, "mungkin dah sampai masa untuk bersara.bagi peluang anak belajar, daripada menghabiskan duit untuk sesuatu yang tidak membawa hasil".

    beliau banyak memberi nasihat kepada pelajar dan bekas pelajar beliau. "belajarlah kalau ada peluang. ilmu itu penting. belajar itu takkan habis sampai mati. it's a longlife learning.dan kedudukan orang berilmu adalah tinggi di sisi Allah SWT." saya masih simpan nasihat beliau. my mom once said, "education will lead our life." after all, it's true.

    p/s: Pendapat saya,it depends on individual itself. pernah kenal seorang gadis yang biasa,bukan berpelajaran tinggi, namun tinggi budi bahasanya. jika seseorang individu tahu etika,tahu jaga sikap, tahu jaga adab, itu adalah lebih baik baik. because what are you saying is portraying yourself. 😉

    AsSalam.

  4. haha…tercekik jap baca entri ni…mcm2 donia. blog 'Sy' da selamat khatam tadi…wlpn entri dia pasal dia bengang, tapi tak rasa pun dia beremosi kat situ…byk kena belajar dari beliau. tapi kan, my 2cents said that this writer might be a guy. pasal sharing2 barang dekat entry freeloader. tapi mungkin jiwa dia lembut, sopan santun gitus..mungkin jugak seorang gentleman yg boleh disenaraikan dalam calon menantu..heks..haha..tetiba komen psl blog org plak.

    orang sekarang ramai suka instant. instant degree, instant tittle, instant mee…haaa….ap lagi tah yg nak instant lepas ni.

    pasal adab sopan, tak berani nak komen..hahaha…*sebab rasa diri tak sopan*..huhu…tapik, keadaban kesopanan belum terlambat utk dipupuk…insyaallah..thanks for reminding =)

  5. salam

    itu yg menyedihkan, sebab mereka berfikir "ini blog aku, suka hati aku lah nak buat macam mana" tapi memikirkan implikasi yang berlaku kepada masyarakat.

    bila mereka membawa fahaman "ini blog aku,suka hati aku lah nak buat macam mana" ke blog lain, itu yang bila kita tegur, melenting-lenting, melambung-lambung marahnya.

    semuanya diatas nama "urban".
    yelah tu, urban sangat,kalau lapar cari nasi juga!. hehehe.

  6. I sgt sgt setuju…hormat tu kita earn..kalau kita hormat org..org akan hormat kita..kalau dah biasa panggil org dgn panggilan mencerca begitu..cermin akal minda nya cetek tu….btw..I cuma ada sijil nikah..dan sjil SPM jek…tp suma pun ori..apa guna ada MA, PHD , Degree bagai semata2 pelesu??..tu pasal pemikiran mereka tak setara dgn sjil2 gah2 yg mereka ada..sbb PELESU…huuhuuu

  7. Kawan baik Bang Azrul? Haruslah saya kenal sekali kan? Hatta di Twitter pun Bang Azrul dah memberikan peringatan & yang cantiknya, orang tersebut mengacau saya juga – sudah dilarang masuk ke kawasan mention.

    🙂

    Encik Hazrey.

    Apa pun, bagi golongan yang membeli Sarjana, PhD hatta Ijazah Sarjana Muda dan juga diploma – saya anggap orang begini tidak menghormati ilmu. Macam anak-anak kecil di Tingkatan 1 yang merungut perlu bawa buku setiap hari ke sekolah – sama macam golongan ini.

    Semuanya berbalik kepada dia & sayangnya kita kepada ilmu. Hatta untuk orang yang sudah berusia ataupun kurang berkemampuan sekalipun – membawa kepada yang muda dan kaya raya – jika ada nilai sayangkan & hormat ilmu, mereka pastinya akan belajar dan dapatkan segulung Ijazah/Masters/PhD tersebut dengan keupayaan mereka sendiri. Bukan melaburkan wang dan dalam masa 3-5 bulan sudah boleh letak Dr di depan nama. (Untunglah sangat!)

  8. Assalamu'alaikum Hazrey.

    Selamat berpuasa. Sesekali kakcik masih singgah di sini untuk tumpang membaca.

    Macam kakcik 'kenal' je kawan baik Azrul tu! 😉

  9. Bro, rasanya kawan baik Azrul tu pernah ke Kampung bini aku, aku ada copy visa dia dulu he he.

    Orang dia ni memang semua nak cepat dan main duit je. Bertuhankan duit. Itulah pasal.

  10. tulisan anda sangat panjang tapi saya berjaya baca juga kerana saya suka isinya, bahasanya dan penyampaiannya. yang paling saya suka, sering ada unsur humour. boleh tahu tak siapa guru anda di dalam bidang penulisan.
    benar adab tatasusila dah pupus ditelan zaman internet.
    sedeh dan bimbang.
    selamatkan anak anak kita.

  11. saya baru pertama kali baca blog ni. menarik jugak kupasan kupasan yang diberi. saya bangga akhirnya PDRM has the gut to unveil these fake degrees. I understand why they do so, PhD is not that easy-peasy job. Maybe that is the reason behind this phd scandal. ^-^
    And I couldn't agree more with your thoughts of respecting others and being respectful. That is one thing youth nowadays keep forgetting. manners. I hope I wouldn't forget to keep my manners and being respectful.

  12. saya baru pertama kali baca blog ni. menarik jugak kupasan kupasan yang diberi. saya bangga akhirnya PDRM has the gut to unveil these fake degrees. I understand why they do so, PhD is not that easy-peasy job. Maybe that is the reason behind this PhD scandal. ^-^

    And I couldn't agree more with your thoughts of respecting others and being respectful. That is one thing youth nowadays keep forgetting. manners. I hope I wouldn't forget to keep my manners and being respectful.

  13. salam. thanks abang hazrey for the mention, it was totally unexpected and much appreciated. my blog is where i vent my frustration so am very sorry if all you see is a load craps of psycho and emo stuffs. thanks again for the prayer and all, i will try keeping myself grounded at all time. may you have a blissful ramadhan.

  14. Assalamualaikum En Hazrey. Pertama kali saya menjengah ke blog Encik ini. Maaf, saya biasanya cuma membaca blog, jarang meninggalkan komen. Cuma terpanggil untuk berkongsi sedikit masalah yang saya alami sejak berblog. Sememangnya kadang2 blog boleh jadi diari, pernah dilanda musibah mungkin berpunca daripada sahabat sendiri, lantas saya tertulis sedikit kisah itu, tetapi tidak menulis nama/siapa orangnya. Selepas itu, saya dikecam hebat oleh 'konon2' pembaca blog di kalangan sahabat kepada sahabat saya tadi bahawa apa yang saya tulis satu kesalahan besar. Lalu, saya dilemparkan dengan kata2 dan juga barangkali sedikit fitnah yang tidak saya buat. Dan sahabat yang sama juga telah menyerang blog suami saya serta meninggalkan kata2 dan juga sedikit tuduhan yang tidak berasa, semuanya itu berdasarkan bukti yang kami ada. Sejak itu, blog saya dan suami ditutup dan betullah ia menjadi diari, tetapi beberapa minit lalu, saya terdetik di hati, apa guna menulis kalo tidak dikongsi, sebab tidak semuanya 'emosional' hanya sedikit dari yang banyak. Saya akan kembali ke sini, insha Allah. Oh ya, saya sedang berjuang mendapatkan PhD, sebagaimana entri En Hazrey ini, semoga perjuangan ini diberkati. Salam ramadhan dari UK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *