#872: MAMAT SEPAH DAN MURAI DOT COM – HAHAHAHAH.

#872: MAMAT SEPAH DAN MURAI DOT COM – HAHAHAHAH.

Aku gelak sungguh sungguh baca tulisan siapa entah kat Murai dot com tu. Kang aku cakap dua dua sampah, sentap pulak kan. Takpe, kita baca dulu ya.

Ni aku paste sikit untuk bahan ketawa kita petang petang ni ya:

“Mengenai status dan foto tersebut, saya hanya copy terus daripada status BlackBerry Mesengger (BBM) yang dihantar seorang artis veteran ke dalam akaun Twitter saya. Saya melakukannya selepas mendapat kesahihan daripada artis tersebut pada lewat malam kelmarin.

“Selepas mengemas kini akaun Twitter saya itu,saya terus tidur dan apabila bangun sahur dan melihat kembali akaun Twitter saya, ramai yang membalas tweet saya itu dan memberitahu bahawa berita itu tidak benar.

“Saya ada meminta maaf kepada beberapa orang yang membalas Twitter saya di atas berita yang tidak benar itu.

“Namun, tidak semena-mena saya ditemplak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki hamun saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu sebelum menghantar status tweet tersebut,” katanya.

Menurut Mamat , dia bersikap kurang ajar terhadap Hazrey kerana individu tersebut terlebih dahulu memulakan pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.

“Hazrey memarahi saya kerana status saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang artis yang bodoh. Siapa sahaja yang dimaki begitu, pasti akan melenting dan hilang sabar, begitu juga saya.”

Aku sangat suka Mamat ni. Di blog yang sama, penulis turut meletakkan gambar berikut yang sangat contradict dengan story yang dipapar, oh aku sangat simpati dengan mereka di Murai dot com ni:

Aku petik balik kenyataan dangkal budak ni:

“Namun, tidak semena-mena saya ditemplak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki hamun saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu sebelum menghantar status tweet tersebut,” katanya.

Masa aku twit tu ada ke aku tulis “Hoi aku ni wartawan.’ Hahaha. Kau ni tak betul lah. Imaginasi bercelaru. Hahaha.

Maki hamun? Mana dia twit yang maki hamun tu? Ayat Indah bahasa. sekolah tak abis eh dulu dik? itu adalah ayat aku manakala ayat dari Mamat Sepah adalah kimak la ko ni. Kimak tu bukan maki ? Slanga yang aku faham dan sesiapa pun faham, itu adalah maki. Maka, siapa yang memaki ni? Kau ni betul ke tak ni Mamat?

Aku cuma jumpa twit maki hamun yang ni jek antara kami berdua. Wait, siapa yang maki tu? Kelakar tak mamat sepah ni? Mungkin semasa dia twit tu dia masih mamai baru bangun tidur agaknya. Penat berpuasa.

Sebab tu aku cakap, penulis blog hiburan ni bukan ada kredibiliti. Tiada justifikasi langsung dengan apa yang ditulis. Letak screen grab yang sangat ketara siapa yang maki siapa. Tinggi sungguh akal. Takpe, kita jangan gelak dulu ya.

Manakala ini pula kenyataan kelakar Mamat ni:

Menurut Mamat , dia bersikap kurang ajar terhadap Hazrey kerana individu tersebut terlebih dahulu memulakan pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.

“Hazrey memarahi saya kerana status saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang artis yang bodoh. Siapa sahaja yang dimaki begitu, pasti akan melenting dan hilang sabar, begitu juga saya.”

Mana maki tu? Mana? Mana yang aku cakap kau bodoh tu? Ke itu pengakuan kau? Kau ni betul ke tak ni?

Dan ini pula kenyataan Mamat ni yang boleh mengundang airmata ketawa gelak:

“Saya tidak mengenali Hazrey. Jika benar dia adalah wartawan, mana perginya etika sebagai wartawan? Mengapa saya dihukum sampai begitu sekali dengan kata-katanya yang tidak beradab?

“Jadi jangan salahkan saya kenapa saya boleh bersikap kurang ajar dan di luar kawalan di dalam laman Twitter itu. Saya harap Hazrey boleh datang sendiri meminta maaf kepada saya dengan tindakannya itu kerana terus-terang, sehingga kini saya tidak dapat memaafkannya lagi.

Hahahahaah, mintak maaf kat kau? Kau betul ke tak ni? Kau nak aku buat apa kat kau? Merangkak mintak maaf kat kau? Hahaha. Kau ni betul ke tak ni?

Aku suka ayat ni – ‘datang sendiri meminta maaf kepada saya’. Hahahaha. Hahaha. Kau ni betul ke tak ni? Nanti tak ke kau baraikan muka aku seperti twit kau pada MrKhaidil tu? Kenapa kau nak baraikan muka dia? Kenapa? Kau ni betul ke tak ni?

Ok inilah permohonan maaf saya: Saya dengan ini memohon maaf pada mamat sepah kerana menulis dia nak baraikan muka orang dan cakap kimak iaitu memaki hamun pada saya di mana itulah hakikatnya yang semua orang tahu dan cuba diputarbelitkan oleh Mamat Sepah tetapi tampak lebih sampah. Hahahahahahahahahaha.

Hahahahah.

Kenapa budak Mamat ni tak sebut langsung dia nak baraikan muka orang? Kenapa dia tak sebut langsung mengenainya? Dia cuma sebut aku memaki dia tanpa justifikasi sebaliknya foto di atas memberi penjelasan yang terang terang siapakah yang memaki hamun. Aku simpati kat budak Mamat ni. Dia ni betul ke tidak ni? 

Dan tidakkah kita terasa kita diperbodohkan dan curiga apabila tiada justifikasi langsung terhadap apa yang dikatakan di blog takde kredibiliti itu?

“Untuk tidak mahu kes ini berpanjangan, saya sudah pun menutup akuan Twitter termasuk laman sosial, Facebook,” jelasnya lagi.

Bak kata orang tua tua, takut kerana salah. Berani kerana benar. Kenapa kau tutup akaun twitter tu? Supaya takde bukti? Kenapa? Kau ni betul ke tak ni? Kenapa kau tak paste kan segala benda kau dakwa aku maki hamun dan cakap kau bodoh tu? Kenapa? Kau ni betul ke tak ni?

Dan sekali lagi, toksahlah buat lawak umur 10 tahun ya Mamat Sepah. Tak payah. Aku bukan budak 8 tahun.

Kredibiliti kau dah sampah dah. Semua orang boleh baca. Semua orang nampak, tak payah nak pusing cerita nak menegakkan benang yang basah tu. Tak payah. Orang semua lebih cerdik dari kau. Termasuk aku. Aku lebih cerdik tau dari kau. Tu tak cakap kau bodoh tau, tapi aku cakap aku lebih cerdik dari kau. Faham betul betul tu. Kau ni betul ke tak ni?

Hahahahaha..

65 Replies to “#872: MAMAT SEPAH DAN MURAI DOT COM – HAHAHAHAH.”

  1. kau jgn layan si sampah ni bro..dia makin merepek sejak shuib n jep blah dari grup dorang tu..dia ilang arah n pedoman kot skang ni.ni akibat suka aibkan org

  2. yang "kau lurus bendul sangat. esok kau suruh dia berak tengah jalan how?" siapa tulis?

    saya noob bab twitter.maaf

    mungkin tu yang buatkan dia marah. kasar dan boleh dibawak bergaduh,

  3. tapi mgkin jgk. sbb ko ada ckp ngn dia sblm2 dia kimak apa la tu kn…

    ko ckp..sumthing like. habis kalu diorg suruh ko mkn taik lembu ko mkn? mgkn dia sentap pasal tu kot…

    ada aku bc kt mana ntah..

    sorry bro kalu aku salah..

  4. bro, klu ko x start provoke, x start gunekan bahasa2x sindiran yg sarcasm, aq rase, bnda ni x jadi besar pn.. tp ko yg sibuk2x nk provoke dan jdkan isu ni lebih besar.. sorry ar bro.. aq da lame follow twitter ko, so da faham sgt bahasa yg ko gunekan.. ko mmg speak up dan bagus dlm sesetengah perkara, tp ko salah gunakannya dgn menjatuhkan org yg ko rase ko x suke.. klu nk org respect kite, kene la respect org dulu.. Allah maha mengetahui bro.. aq x minat mamat pun tp aq rase, everyone should know the truth about the provoke.. cara penulisan dan mcm mane ko provoke org lain smpi org lain panas hati..

  5. Awal2 dah update blog tulis orang tu sampah. Dah contact mamat ke sblm update blog sampah tu? Elok ke kate orang sampah? Then ko panggil pulak dia bendul. Elok ke? Tak ke mengundang makian? Pastu kau nak kate dia gangster. Kau pun xkenal dia kan. Maklumlah, artis malaysia ni yg ko kenal aaron aziz je. Aaron Aziz orang Malaysia ke?

    Tak elok kut ape yang ko buat tu. Cuba fikir balik siapa yang mulakan. Salah dia memang lah tak check fakta tu. Tapi mungkin kau juga ada share salah kat sini.

    Just my opinion. Tak minat pun kat Mamat tu.

  6. Awal2 dah update blog tulis orang tu sampah. Dah contact mamat ke sblm update blog sampah tu? Elok ke kate orang sampah? Then ko panggil pulak dia bendul. Elok ke? Tak ke mengundang makian? Pastu kau nak kate dia gangster. Kau pun xkenal dia kan. Maklumlah, artis malaysia ni yg ko kenal aaron aziz je. Aaron Aziz orang Malaysia ke?

    Tak elok kut ape yang ko buat tu. Cuba fikir balik siapa yang mulakan. Salah dia memang lah tak check fakta tu. Tapi mungkin kau juga ada share salah kat sini.

    Just my opinion. Tak minat pun kat Mamat tu.

  7. mungkin apa yang nadz ruslan tu cakap, ada betulnya.. dedua tengah panas.. mamat tekanan orang dok blasah dia, so cakap pon main lepas.. hazrey punya niat baik, nak suruh dia beringat next time.. tapi bahasa yg keluar masa tu tak berapa kena πŸ™‚

  8. One word, WIN!

    πŸ˜€

    Takpe Encik Hazrey, apa2 pun, dia tetap akan putar belitkan alasan. Jangan dilayan lagi haih πŸ™‚

    Dan untuk ayat >>> "kau lurus bendul sangat. esok kau suruh dia berak tengah jalan how?" – Saya cuma nampak itu satu pertanyaan biasa dan kalau diperkatakan dengan suara, ia mungkin hanya bernada sarkastik.

    Dan sarkastik bukan maki. πŸ˜€

  9. nadz ruslan:
    saya tak mahu mendefinisikan apa yang saya twit, tapi baca komen Zara Syed. mesti awak akan faham sejelas jelasnya. Malas nak ulang.

    Siti Fatimah:
    Makan taik lembu? Bagitau perenggan mana saya cakap macam tu. Awak betul ke ni? Heh. πŸ™‚

    HR:
    Kau ni cakap berpusing pusing. Cuba tarik nafas dan tulis apa sebenarnya kau nak tulis. Cuba kau tulis ayat mana yang kau kata aku provoke tu. General sangat, leceh orang nak meneka dalam kesamaran. Macam statement Mamat Sepah nanti. Heh. πŸ™‚

    siti amirah:
    sedap nama. Ayat mana yang saya tulis orang tu sampah? Cuba paste balik kat comment ni dan huraikan supaya orang lain faham apa awak nak cakap ni. πŸ™‚

  10. Si mamat ni tweet sampai kata nak bantai kitorang kot. Aku rasa si hazrey ni dah cakap sehabis baik dah. Die melantun lebih2 ta tentu pasal. Samseng taik kucing gile. Cakap tak serupa bikin langsung. Salah info mintak maaf jelah.tak payah nak melantun tak tentu pasal. Maki2 orang bagai. Terkimak2. Terbangang2. Retissnye..

  11. Si mamat ni tweet aku "weh bangang aku pon ta tau pasal ni, meh sini jumpa aku.aku pun sampai2kan je" polite habis kan? Ya rite.. Another 1 "kau bawak kaum kerabat kau meh dtg jumpa aku.aku setelkan korang semua nanti.bangang" pe cer lah weyy. Gelabah gile cakap kitorang maki die. Habis die buat apeni? Nasihat? Katalah ralat ke ape, salah bagi info.minta maaf. Dah habis crite. Takdelah sampai kne masuk blog kan. die ibaratkan die tu macam api kena simbah minyak plak. Halahaii profesionalnye lah perangai. Mana pergi etika artis kau? Cermin diri sket. *pass cermin kat mamat*

  12. Saya bukan nak backup Mamat Sepah ke apa. Tapi sejujurnya saya rasa kedua-dua belah pihak bersalah dalam hal ni dan masing-masing tak nak ngaku salah.

    Tweet Hazrey, "Kau lurus bendul sgt esok dia suruh kau berak tgh jalan how?" boleh dianggap satu cacian. Bukan semua individual dapat terima kata-kata yang Hazrey lemparkan dan Hazrey tak boleh paksa orang lain untuk terima cara Hazrey. Lagipun, tweet Mamat Sepah sebelum tu dibalas dengan sopan dan jelas sekali Hazrey yang mulakan.

    Belajarlah untuk menerima kesalahan sendiri, ye? Encik Hazrey πŸ™‚

  13. Saya bukan nak backup Mamat Sepah ke apa. Tapi sejujurnya saya rasa kedua-dua belah pihak bersalah dalam hal ni dan masing-masing tak nak ngaku salah.

    Tweet Hazrey, "Kau lurus bendul sgt esok dia suruh kau berak tgh jalan how?" boleh dianggap satu cacian. Bukan semua individual dapat terima kata-kata yang Hazrey lemparkan dan Hazrey tak boleh paksa orang lain untuk terima cara Hazrey. Lagipun, tweet Mamat Sepah sebelum tu dibalas dengan sopan dan jelas sekali Hazrey yang mulakan.

    Belajarlah untuk menerima kesalahan sendiri, ye? Encik Hazrey πŸ™‚

  14. Si mamat tweet aku "weh bangang aku pon tak tau lah. Meh sini jumpe aku. Aku pon sampai2kan je" pro habis kan? Ya rite.. Another 1 "weh bangang,ko datang sini bwk kaum kerabat ko.meh sini aku setelkan korang.bangang" aku rasa part ni lah die kena 'hentam' tu. Yelah mamat.. Die salah bg info say sorry jelah.haa kan tak pasal2 kena tulis dalam blog. Langsung dri yg tak tau jad tau ketidakpandaian die tu. Die ibaratkan dri die mcm api kena simbah minyak plak. Mangsa lah kengkonon tu. Tah bila masa kena provoke tah. Aku rasa die yg ajak nak bertumbuk adelah. Die maki semua orang adelah. Mana pergi etika retiss kau ha? Heyy.

  15. Saya @izhamismail antara pengguna twitter terawal yang telah menegur tindakan Mamat Sepah yang memaki pengguna twitter lain dengan kata-kata berunsur gangsterisma. Antara mangsa-mangsa yang telah terkena termasuklah seorang wanita yang bagi saya tak sepatutnya dibuat kerana di situ juga menunjukkan kedayusan seseorang lelaki apatah lagi seorang 'public figure'. Kemudian barulah @hazrey datang untuk menenangkan keadaan. @hazrey juga telah dimaki oleh Mamat Sepah. Bagi saya, untuk seorang artis yang baru nak naik, perlulah menitik berat perihal 'public relation' sama ada secara public atau di twitter. Di sini telah menunjukkan ketidak professionalan Mamat Sepah yang menjadi sangat defensive terhadap kesalahan yang dibuat sendiri. Berani buat, berani tanggung, bukan mengugut untuk membaraikan muka pengguna lain yang sekadar menegur kesalahan Mamat. Saya juga telah sempat mengambil gambar garis masa twitter Mamat Sepah sebagai bukti kegangsteran beliau dan bukti bahawa @hazrey tampil untuk meredakan keadaan dan bukan memprovokasikan lagi topic ini.

  16. Ahahahaha..
    Tergelak aku baca entry nih. Entry paling best la stakat nih.

    Aku pelik la pasal mamat sepah ni. ada masalah agaknya.

    "Untuk tidak mahu kes ini berpanjangan, saya sudah pun menutup akuan Twitter termasuk laman sosial, Facebook," jelasnya lagi. <<- ayat orang bersalah memang cenggini.

    p/s: HAZREY = WIN!

  17. Assalamualaikum.

    Bagi aku,dedua salah. memasing nak provoke memasing. aku rasa kalo ko cakap dengan nada sopan maybe dia xmaki ko. Cuba ko bg salam sket pastu nasihat dia. reverse psikologi itu penting,dan one more thing. Wartawan mesti ada etika kewartawanan. Artist? aku tak tau diorang ada ke x. So jgn downgrade diri ko sama ngan orang lain k? setuju ngan achika,belajar terima teguran,xterkikis nyawa kome berdua tu k? =)

    Kekadang tak semua orang suka kita, tak semua orang boleh ikot cara kita. mungkin bagi kita sopan,tapi bagi orang lain,sebaliknya. pssst,aku xsokong & xbias mana2 pihak k?

    Just my 2 cents.

    Wassalam.

  18. "Entah gerak hati aku awal pagi tadi, aku memang kurang yakin sikit dengan twit mamat sepah itu. Sedikit sampah sebenarnya."

    Iye bukan ko tujukan perkataan sampah tu secara direct pada orangnya. Tp bila perkataan tu dah dikaitkan dengan nama beliau pasti mengundang kemarahan.

    Xminat pun dia. Cuma kesian. Sebab salah sikit, satu Malaysia hina dia. Puaskah hati bila buat camtu? Bukan di blog ni je. Semua blog hiburan kongsi2 cerita ni. Komen semua pun nak menghina. Kesian kut.

  19. Salam Encik Hazrey. Tertarik dengan komentar Siti Amirah di atas tu.

    [Quote]
    Awal2 dah update blog tulis orang tu sampah. Dah contact mamat ke sblm update blog sampah tu? Elok ke kate orang sampah? Then ko panggil pulak dia bendul. Elok ke? Tak ke mengundang makian? Pastu kau nak kate dia gangster. Kau pun xkenal dia kan. Maklumlah, artis malaysia ni yg ko kenal aaron aziz je. Aaron Aziz orang Malaysia ke?

    [End of quote]

    Ehem.
    Kalau baca ayat yang ditulis ni, alangkah indahnya kalau saya boleh membacanya dengan intonasi mendatar. Malangnya, saya hanya dapat membacanya dengan nada marah & emosi bercampur baur serta memuncak sahaja.

    Serta, ayat terakhir dalam apa yang saya quote itu, kenapa nak persoalkan warganegara orang? Itu bukan benda baik saya rasa.

    Anyway, tulis komentar adalah sama besar tanggungjawabnya dengan menulis entry di blog. Jadi saya secara peribadinya merasakan, kalau menulis komentar tu ya, Cik Siti, sila jaga tutur perkataannya. πŸ™‚

    Macam saya kata sebelum ni, ada beza antara sarkastik & maki. Mungkin sesetengah orang rasa nak kena tegur berhemah & berhikmah saja sentiasa, tapi ada sesetengah orang, kita perlu sedikit sarcastic πŸ™‚

    I guess that's why our teachers said read line by line to understand the whole story. People tend to jump into conclusion w/o thinking

    I rest my case too.

  20. Oh I just saw this one.

    >>> "Entah gerak hati aku awal pagi tadi, aku memang kurang yakin sikit dengan twit mamat sepah itu. Sedikit sampah sebenarnya."

    Iye bukan ko tujukan perkataan sampah tu secara direct pada orangnya. Tp bila perkataan tu dah dikaitkan dengan nama beliau pasti mengundang kemarahan <<<

    Metafora.
    Benda yang kita gunakan untuk menggambarkan sesuatu. Saya rasa penggunaan sampah dalam tu sebagai satu cara penekanan dalam menggambarkan sesuatu – iaitu perasaan kurang enak dengan apa yang berlaku.

    Metafora ni kita biasa guna seharian. Tanpa kita sedar sebenarnya. Sebagai contoh :

    Contoh ayat metafora yang mungkin biasa dipakai (oleh saya, unfortunately… hahaha)

    Budak : Cikgu, apa maksud perkataan _______?
    Zara : (beritahu maksud)
    Budak : Cikgu, apa maksud perkataan _____? (sampai berkali2)
    Zara : Awak ingat saya kamus bergerak awak?

    Heh.
    πŸ˜€

    Kamus bergerak kat situ adalah simbol metafora. Sebagai penekanan atas rasa sedikit terkilan dengan manusia yang malas.

    Dan, kalau mengikut konteks ayat yang ada "sampah" tu – itu menunjukkan gambaran.

    Ah, saya bukan Google kan? Jadi, yang tak faham metafora tu apa boleh tanya Google sendiri.

    Tapi kadangkala zara rasa, sarkastik lebih baik dalam kita menegur orang. Sebab orang Malaysia (some of them) – masih mahu ditegur secara berlapik. So, here come's sarcastic. πŸ™‚

  21. Cik zara: cuba bawak bertenang cik ye. Baca biasa2 je. Saya tak guna perkataan tak elok pun. Malah kalau nak bandingkan, ade pengomen yang lain yang menggunakan perkataan hinaan dan kejian seperti Matsampah. That's why I thought I had to give my opinion. Sebelum orang lain yang tak ada kaitan terus menerus memaki hamun orang yang sebelah pihak. Tapi mungkin sebab cik berada di satu pihak saja, cik rasa saya marah. Tak, itu cuma teguran. Teguran kan macam2 kan. Kalau en. Hazrey tak boleh terima teguran tu, in the first place dia pun tak boleh nak tegur orang. Atau boleh? Saya tak tahu lah. Tapi komen saya yang kedua mungkin dah menjelaskan pandangan saya.

    Yang pasal Aaron aziz tu saya pun perli je. Setahu saya dia artis Singapura. Bukan artis Malaysia. Tapi mungkin saya silap. Maaf dr pihak saya.

  22. Salam Siti Amirah

    Terima kasih for your comment. Saya pasti anda seorang yang bijaksana, dan penerimaan teguran itu subjektif.

    Ia sebenarnya bergantung sama ada ia relevan atau tidak kerana siti amirah mengeluarkan pandangan bersandarkan apa yang ditulis dan tidak secara terperinci dengan apa yang berlaku. Tak apa, saya tak salahkan Siti Amirah. Saya menghormati pandangan Siti Amirah.

    Frasa kata perlu difahami sebagaimana yang ditulis. "..kurang yakin sikit dengan twit mamat sepah itu. Sedikit sampah sebenarnya."

    Maksud sampah itu perlu difahami akan rujukannya. Apakah frasa kata yang dikaitkan dengan perkataan sampah itu? Mengapa ia dianggap sampah? Apakah maksud sedikit sampah itu?

    Ia tidak merujuk kepada individu. Itu yang Siti Sarimah perlu faham apabila membaca sesuatu expression.

    Expression jika dibaca secara asing asing akan memberikan kefahaman salah.

    Dan Siti Sarimah tidak boleh membuat andaian dari ayat itu ia mengundang kemarahan. Siti Sarimah tidak memahami konteks keseluruhan. Apakah perkataan itu terbit sebelum maki hamun serta kata kata keterlaluan dari Mamat Sepah?

    You see, when you understand a situation without seeing the whole context, you will be baffled and make an immature conclusion. Itu kurang tepat. Bukan ia salah tetapi kurang tepat.

    Sekali lagi saya menghormati pandangan Siti Sarimah, dan diharap jika Siti Sarimah merasakan perlu ada rasa hormat antara manusia, mungkin Siti Sarimah boleh memulakan dengan membahasakan diri sebagai saya dan bukan sebagai aku dan kau kerana saya lebih tua dari Siti Sarimah.

    Sekali lagi, terima kasih kerana bersusah payah membaca dan memberi komen. Saya sangat hargai pandangan saudari.

    Dan ya, saya turut bersimpati dengan Mamat Sepah kerana terpaksa melalui episod ini walhal saya cuba menasihatkan dia secara baik malah turut meredakan kemarahan beberapa pengguna lain ketika kejadian dan fakta ini mungkin Siti Sarimah tidak tahu.

    Salam.

  23. Achika:

    Kau lurus bendul sgt esok kau berak tgh jalan, how? Nampak tak tanda soal di situ. Saya sedikit gelihati dengan pendapat Achika menganggap ia sebagai satu cacian. Sebenarnya Achika tidak faham kenapa Mamat Sepah melenting.

    Sebab tu di entri berikut, saya ada menasihatkan pengunjung yang tidak memahami format garis masa (timeline) twitter agar bertanya kepada yang arif supaya tak terkeliru dengan apa yang ditulis dalam ruangan komen.

    Tak apa, saya tak marah Achika.

    Mamat Sepah dalam garis masa twit itu sebenarnya tidak marah tentang pertanyaan man to man itu sebaliknya hamunan yang ditulis 'kimak ko ni' sebenarnya terbit sebaik saya menegur tentang ugutannya terhadap MrKhaidil seperti seorang samseng.

    You see, apabila kita tak paham situasi, kita akan rasa kita betul. Kita lekas lekas mahu menulis mengikut pandangan immature kita.

    Kita akan rasa, ahh hazrey ni memang mencaci orang. Salah tu. Kita fahami dahulu dan jika tak tahu, kita bertanya supaya kita tak diketawakan.

    Salam.

  24. aku pelik ngan si hazrey ni. orang tegur dia salah, banyak plak komen n alasannya. back up diri sendiri lettew. same to mamat jugak la.. bile ko ckp cenggitu, die ade terasa, mungkin xbg ko, tp bg die. apela. nasihat org pandai, pandangan n pendapat org xnak dengar. poooorrraaaahhhh…

  25. salam,
    dari awal memang aku tak setuju dengan cara mamat ni…kalau dah salah tu, cakap sorry je kan senang..dah tengah marah tu takyah la layan tweet2 yg confirm2 nak hentam dia balik

    tapi, aku rasa en.hazrey pun salah jugak, pengomen2 kat atas pun dah cakap yg tweet pasal berak tu yang buat mamat sentap…perkataan berak tu yang provoke..en.hazrey boleh cakap siti amirah, nadz ruslan & hR tak faham ape yg en.hazrey cuba sampaikan, masalahnya ramai lagi orang termasuk aku & amira shahizan yg sama pendapat dgn diorang bertiga…kalau hazrey nak cakap yg most pembaca tak dapat grasp apa yang en.hazrey sampaikan & perkataan berak tu tak sensitif, terpulanglah

    yang aku musykil sikit, kenapa dalam entry en.hazrey #872 ni, en.hazrey tak ulas langsung tweet "kau lurus bendul sgt esok dia suruh kau berak tgh jalan how?"
    adakah sebab en.hazrey sendiri sedar yang ayat tu sebenarnya yg buat mamat tu mencarut and orang yang mulakan dulu ialah en.hazrey???

  26. kekbatik, soalan tu dah basi. saya dah jawab di atas.

    amira:
    dik, guna perkataan saya dik. adik kecik lagi. ok? terima kasih beri pandangan. adik kesal ke dengan jawapan saya pada komen orang? adik kesal ke saya menjawab dan menjelaskan? adik tentu kesal. takpe, saya faham. kekesalan itu kekadang membantu kita memahami.

    Honeylala:
    Saya lupa komen awak. this is not about kewartawanan dik. haha. takpe takpe. baca komen saya di pada achika ok dik? dan guna 'saya', sebab adik bercerita pasal hormat, apa kita mulakan dengan diri kita dulu? boleh? bagus. esok saya belanja KFC.

  27. Budi bahasa budaya kita.. saya baca komen2 diatas dah rase macam belajar tatabahasa plak… kalo mamat balas guna perkataan yg elok2 mesti bende ni takkan jadi besar… kan??

  28. Cik zara, saya faham tentang penggunaan metafora. Tak perlu nak bukak kelas ke ape. Tapi cik tak berada di tempat mamat. Cik tak rasa ape perasaan orang yang namanya dikaitkan dengan perkataan yang tak elok, tak kisah lah ianya sekadar ekspressi ataupun merujuk secara direkt. Cik nak terangkan panjang-panjang kat saya pun tak ada guna. Benda ni pun bukan pasal kita. Tapi kita cuba faham kedudukan orang tu. Saya tak cakap en. Hazrey salah seratus peratus. Tapi kalau orang baca, dan mungkin pemahaman Mamat lbh kurang dengan saya, orang akan terasa seperti hinaan. Saya bukan nak tegakkan benang yang basah. Dan bukan nak cari gaduh, not with you. Not even with Hazrey. As I said, kesian. Tak pasal-pasal orang ungkit pulak hal lama dia.

    Hazrey, aku kau saya awak cuma ganti diri. Bahasa doa pun aku engkau. Bukan bermakna biadap dengan tuhan. Tapi if you prefer saya awak, i don't mind. Would even call you abang to show some respect, if you'd like to. πŸ™‚

  29. Salam Siti Amirah

    Saya kagum dengan kegigihan awak. πŸ™‚

    "Tapi cik tak berada di tempat mamat." begitu juga dengan Siti Amirah. Tetapi saya berada di situ dan sekali lagi saya katakan kemarahan Mamat Sepah bukan tercetus dari twit itu. Bukan.

    Dia melenting selepas ditegur mengapa dia keluarkan ugutan mencederakan pada seorang lagi pengguna twitter yang mempersoalkan tentang twit zed zaidi kemalangan.

    Harap saya tak perlu ulang lagi sebab penat dah. Hahah. Sekali lagi, itu bukan pencetus. Harap ayat yang saya gunakan mudah difahami.

    Dan tidak, Siti Amirah tidak mewakili Mamat sebab bahasa Siti Amirah lebih molek dari apa yang berlaku malam tu dan tentunya Siti Amirah pasti terkejut apabila saya cuba meredakan ketegangan yang berlaku antara dia dan 3 orang pengguna twitter, saya terus dimaki. itulah yang sebenarnya berlaku. Baca di entri berikut selepas entri ini.

    And yes, sebab kita sesama manusia, memiliki peradaban antara manusia unik kerana kita bukan Yang Maha Esa. Kita juga diajar oleh ibubapa kita menghormati orang lebih tua, begitu juga yang sudah tertulis pada firmanNya kerana cara kita menghormati Allah SWT juga unik dan berbeda. πŸ™‚

    And no, I dont think you are that tough to pick a fight with me. Ok thats just a joke, nanti kang ada yang lembik hati ni. Cheers!

  30. Oh,Ok Encik Hazrey. Maaf la yo sbb guna 'aku ko' instead of 'saya awak' dalam komen tadi sebab dkt entry tu awak guna 'aku kau', so secara indirect jadi terikut2 nak balas guna ayat sama. Alhamdulillah,berbahasa juga awak ye =). Hehe. So,like i said before la, take others advice as lesson ok? Kita bukan nak memperbetulkan orang lain,kita nak memberi nasihat je sbb macam saya cakap tadi la,dua2 sama je,tiada sesiapa betul dalam masalah ni. Dan awak nampak pelbagai respon dari beautifulnara & dalam entry ni sendiri komen camner kan? So terima dengan hati terbuka ya?

    Oh ya, belanja lepas berbuka,eh tak tak,lepas terawih ye,hehe πŸ˜›

  31. Haha. Seemed persistent, kan? Tapi most of my comments are replies to Zara, who seems macam tak puas hati dengan saya. Saya agak dia cikgu la. Habis semua orang dia nak ajar semula maksud itu dan ini.

    And cik Zara, saya faham apa itu metafora. Cik kena faham juge bila kita guna perkataan indah tu maksud dia benda elok, tapi kalau guna perkataan sampah tu merujuk kepada benda kurang elok. Penerangan cik tu xmemberi penjelasan sebagaimana penerangan en. Hazrey. Dan saya rasa tak ade sape pun suka kena sindir. Sedangkan saya sindir Hazrey pasal Aaron aziz pn cik yang melenting.

    Mungkin dia rasa bila saya tidak menyokong Hazrey, saya menyalahkan kamu secara total. Tapi dari awal saya sebenarnya atas pagar. Siap kata memang la silap dia update twitter tak check fakta sebenar. Cuma masing-masing ada bahagian masing-masing lah kan. Bila saya tak menyokong dikatakan saya marah-marah. Sedangkan orang yang mengeluarkan perkataan tak elok, tak pula ditegur. Mungkin sebab orang tu menyokong kenyataan Hazrey. Maybe?

  32. Saya sendiri 'tekun' mengikuti tweet @mamatsepah sehingga saya menjadi followersnya pada malam kejadian. Tidak nampak apa yang didakwa oleh si @mamatsepah berkenaan @Hazrey memaki hamunnya. Bagi saya @Hazrey hanya inginkan penjelasan dari @mamatsepah berhubung tindakannya mengeluarkan gambar Zed Zaidi yang eksiden dan sepatutnya @mamatsepah dari awal telah memohon maaf di medium sama apabila menyedari kesilapan telah dilakukan. Namun itu tidak berlaku dan bagi saya tindakan menutup akaun twitter sebagai 'jalan selamat' agar tidak ramai lagi mata akan melihat betapa samsengnya @mamatsepah pada malam itu.

  33. Honeylala, mungkin awak terlalu mentah untuk memahami apa yang saya tulis. Takpe, saya maafkan awak. Dan saya kira, awak masih syok sendiri dengan komen awak. takpe, teruskan. Kami perlukan bahan untuk ketawa sebab lebih banyak awak komen, lebih banyak menggeletek kami. Teruskan. Ohh saya tak baca blog takde nilai seperti beautifulnara. Itu blog apa? Bila kita membaca blog takde value seperti itu, kita tahu jenis apakah kita ini kerana membaca blog takde kualiti. Ia seperti membaca mastika dan percaya bulat bulat cerita hantu mereka sebab kita syok sendiri. Takpe, honey masih muda.

  34. inikan bulan RAMADHAN,jomla kite menghayati bulan yg mulia ini…xkire sape yg salah ke yg kurang ajar ke,same2 la kite semua perbaiki diri..yg penting kite tambahkan pahala dibulan puasa ini..yang baik datang dr Allah yang buruk manusia itu sendiri yg ciptakan…kite semua tak perfek..ada salah silap…sama2 bermaafan…selamat berpuasa semua..

  35. Aku fikir Hazrey baik sebab
    1. Dia kawan aku
    2. Dia pandai masuk universiti ada ijazah dan tak pinjam PTPTN
    3. Tulisan dia adalah selepas dia berfikir
    4. Dia ialah ketua wartawan Media Prima Zon Selatan, kalau dia jahat MP tak ambik dia kerja jadi boss.
    5. Korang yang umur bawah 30 hormat dia sikit sebab dia dah 40 dah matang dan banyak pengalaman
    6. Dia dah pernah pergi Paris, London New York
    7. Korang belajar dulu sampai dapat ijazah.
    9. Blogger yang memihak pada mamat tu, aqal pendek dan cari duit kat blog
    10. Hazrey belanja alu makan sedap sedap kat Starbuck dan restoran mahal kalau aku Turun JB.
    11. Amora Shamizan, awak belajar dulu sampai habis. InsyaAllah berjaya.
    12. Situ Aminah awak memang orang bijak pandai….
    13. Honeylala awak pun orang bijak pandai
    14. Kebanyakkan yang komen kat sini ialah pbaca setia blog Hazrey, mereka Melayu beragama Idlam
    Dan bijak pandai dan hebat hebat belaka. Sentiasa bersifat tawaduk, cepat mohon maaf bila tersilap, ucap terima kasih atas pemberian dan bantuan serta telah sah syarat sholat mereka.
    15. Makinhamun itu makanan syaitan, marah itu sahabat syaitan
    16. Abang Hazrey, nanti belanja lagi ye

    Terima kasih

  36. Ye,saya masih mentah & muda lagi. Naif sgt kalo nk dibandingkan dgn Hazrey ni,eh, Encik Hazrey :p Tula,apelah value orang mcm saya membaca beautifulnara kalo nk dibandingkan blog awak tu kan? LOL~ Ngeh ngeh. (ketawa dengan komen sendiri pastu tekan post) =P

  37. Red Rambutan:

    I stand to correct – no 2, no 4, no 6 itu maklumat sangat salah. Yang lain – hak anda untuk beri pendapat tapi aku bersetuju untuk no 16. Anytime.

    Dan aku gelak sebenarnya, ada anak anak kecil yang bersusah payah untuk menampakkan diri cerdik dan mahu jadi juara. Mungkin kekurangan perhatian dari boyfriend. πŸ™‚

  38. salam,
    kekadang lebih suke bace komen dari entry…kekadang la… sbb leh menghiburkan hatiku ini..hehehe.

    dah x faham, bile org terangkan… still x faham, tapi ngaku yang dia faham…adehhh… xfaham 'saya'.

  39. jangan layan onggile tu laa…. ntah hape2 ntah… silap seniri tanak ngaku kemudian tuding jari ke org plak.. hahhahaha.. elok la sepah kuakan die.. sbb 2 org tu sepah. mamat ni je yg sampah… hahahaha
    btw, tingat kes die ngn fida yg die ckp die rabun, tak prasan fida tak pkai tudung. hahahaha.. alahaiii… jawapan kontroversi betul..

  40. Salam,

    maaflah jika sya komen tanpa tau ujung pangkal cerita but I thought both previous entries blog Hazrey yang saya rasa da ckup panjang tentang Mamat tu was the whole story. Pasal man to man question Hazrey tu, maybe sebab saya seorang perempuan, saya anggap bahasa tu agak kasar, tak kisahla ditujukan untuk siapa pun. Anyway, I take back my words kalau apa yang Hazrey katakan jujur.

  41. Dengan berhati-hati saya menaip disini agar dapat mengurangkan kesalahan tatabahasa saya yang sudah lama saya tidak praktikkan, kerana tatabahasa dan kata ganti diri amat penting untuk memberikan komen disini. Disini saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu Ramli yg mengajar saya bahasa melayu semasa disekolah dahulu dan minta maaf kerana ponteng sekolah satu ketika itu…
    Komen saya: Encik Hazrey tidak mempunyai ketelusan dan tidak mempunyai kelakian kerana tidak memaparkan post berak dan memberak beliau terhadap Encik Mamat untuk dipertimbangkan pembaca disini.

  42. Salam. Telah fikir berulang kali dulu sebelum mengulas. Hebat tempat ini. Adab, budi, tatabahasa semua kena jaga. Baguslah. Mungkin nak memperbaiki bahasa orang (budak-budak terutamanya kalau dilihat dari bahagian komen entri ini sahaja) Melayu kita yang dah makin tercemar dek penggunaan Facebook dan Twitter yang makin melampau pula berleluasa kebelakangan ini. Eh terlebih pula mukadimahnya. Harap maaf tuan rumah (ucapan ini digerenti ikhlas seribu peratus).

    Memandangkan tuan pemilik blog adalah seorang yang sangat teliti dengan setiap kenyataan apatah lagi satu perkataan (berdasarkan komen-komen di dan entri ini sahaja memandangkan saya bukan pelawat tetap blog ini), izinkan saya memohon maaf terlebih dahulu jika komen saya ini terlampau panjangnya.

    (Terlebih panjang komen saya sampai tak cukup ruang, terpaksa dipendekkan terus ke konklusinya).

    Seperti yang telah diulas sampai lunyai sebelum ini, saya bersetuju kedua-dua belah pihak ada silapnya. Saya perlu mengaku kebanyakan tweets yang saya baca hanyalah yang telah diulas oleh Encik Hazrey di entri ini sahaja. Siapa provokasi siapa, siapa jolok siapa tidaklah saya ketahui secara mendalam tapi dari fahaman saya, Mamat tweeted gambar kemalangan kemudian telah ditegur beberapa pihak tentang kesahihannya tetapi melenting dan memaki hamun pula sebagai balasan, jauh sekali ucapan maaf untuk penyebaran informasi yang salah seperti yang diharap-harapkan.

    Encik Hazrey mungkin berpandangan tweet Mamat berbunyi 'kimak la ko ni' sebagai indah akibat tak sempat habis pembelajarannya di sekolah dulu (rendah? menengah? tingkatan 6? Wallahualam) dan ditweet kan sebagai balasan hanya setelah Encik Hazrey menegur tweet samseng beliau terhadap rakan-rakan Encik Hazrey tetapi berdasarkan pautan screengrabs di blog ini, tweet itu mungkin juga untuk membalas pujian Encik Hazrey yang dia adalah seorang yang lurus bendul dan mungkin akan berak di tengah jalan sekiranya ada rakan artisnya yang mencadangkan dia berbuat begitu.

    Pada mulanya, saya yang memang kurang minat dengan si Mamat dari dulu lagi pun turut terkedu dengan penggunaan perkataan berak, sampah. Agak kasar di situ walaupun mungkin dalam konteks ini digunakan sebagai metafora atau hiperbola atau sindiran sekaligus penggunaannya dikira patut diterima ramai. Maaf saya tak setuju di sini. Mungkin di blog Encik Hazery, encik bebas mengatakan apa sahaja (berlandaskan Akta Komunikasi dan Multimedia mungkin, jika makanan di jail tidak sedap) tetapi jika berlakunya insiden sebegini, perkataan-perkataan Encik Hazrey akan dinilai. Mungkin pandangan orang ramai tidak penting untuk Encik Hazrey dan semua cerita Mamat di blog ini telah dipaparkan kerana encik mengkhuatiri keselamatan encik akan diganggu oleh Mamat, terpulanglah.

    Kalau tak baca dari A sampai Z memang orang akan cepat salah faham. Melayu bukan sahaja mudah lupa tapi juga kuat melatah. Memang kita patut kaji selidik dulu tapi apa kata kita guna cara yang lebih baik nak menegur orang. Maaf, sangat cliche di sini tapi niat tak membetulkan cara.

    'And no, I dont think you are that tough to pick a fight with me.'
    'Dan aku gelak sebenarnya, ada anak anak kecil yang bersusah payah untuk menampakkan diri cerdik dan mahu jadi juara. Mungkin kekurangan perhatian dari boyfriend. :)' Ya, bergurau mungkin tapi masih ada elemen riak di situ.

    Kalau orang tak selidik hujung pangkal takkan tahu niat murni encik Hazrey nak menjernihkan keadaan. (Saya tak berapa arif dengan kandungan Beautiful Nara tapi cara tempelakan itu agak sadis). Jika saya tak berkesempatan melawat blog ini, pasti saya telah labelkan Encik Hazrey seorang yang kurang adab tapi terbukti saya silap. Maksud saya mungkin ramai orang yang tak berpeluang singgah di sini jadi kesian jika mereka pun berfikiran seperti saya hanya berdasarkan tulisan Encik Hazery yang mungkin kurang jelas kepada mereka.

    Maaf sekali lagi terlalu panjang mukadimah dan komen saya. Hanya ingin memperjelaskan sejelas-jelasnya. Wallahualam.

  43. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    sebenarnya orang yang komen di atas komen saya ni nak cakap apa sebenarnya?

    ke saja nak komen panjang-panjang?

    (see senang kan nak komen? direct je)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *