#871: PELAWAK MAMAT SEPAH TIDAK MELAWAK DENGAN TINGKAHLAKU GANGSTER

#871: PELAWAK MAMAT SEPAH TIDAK MELAWAK DENGAN TINGKAHLAKU GANGSTER

Aku sebenarnya kurang kenal siapa Mamat Sepah ni. Aku mintak maaf sebab aku bukan ikut sangat pasal artis Malaysia. Aku kenal Aaron Aziz jek. 
Salah satu sebab aku kenal Aaron sebab dia seorang yang beradab. Tempohari isu Penduduk Tetap yang aku ketengahkan mempersoalkan kenyataan dia, elok jek dia twit aku, elok jek dia mintak nombor telefon aku, elok jek dia bercakap dengan aku, elok jek kami berjumpa, elok jek. Semuanya elok.
Aku ni mudah jatuh cinta dengan manusia yang beradab. Dan Aaron Aziz salah seorang darinya. Aku tak pernah tengok lagi lakonan Aaron, sama ada dalam Ombak Rindu, tak pernah. Aku cuma dengar, baca jek. Dulu semasa dia di Singapura, adalah sekali dua aku tengok di Channel Suria.
Cukup.
Ini kisah mengenai Zed Zaidi yang dikhabarkan secara tidak bertanggungjawab terlibat dalam satu kemalangan melalui laman sosial twitter.
Sebagaimana yang ditulis pada entri terdahulu di sini, twit pertama diterima dari lelaki yang dikatakan seorang pelawak ini – Mamat Sepah. Siapa Mamat Sepah? Serius aku pun tak tahu. Ini foto dia.
Sebaik berita sebenar bahawa ia adalah salah satu adegan drama/filem yang yang dilakonkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, banyak pihak membidas pelawak ini kerana menyebarkan berita tidak tepat. 
Lantaran komen dari pengguna twitter itu, ia mengundang pelbagai reaksi kurang menyenangkan dari lelaki yang dikatakan pelawak ini. 
Petang tadi, Mamat Sepah sebenarnya sudah mula menggunakan jawapan keterlaluan terhadap pengguna twitter yang menegur sikapnya.
Antara twit yang ditulis Mamat Sepah termasuk “aku cuma bagitahu apa yang artis suruh, pastu semua salahkan aku.” itu antara yang ditulis Mamat Sepah petang semalam (Rabu).
Bagi tidak mengeruhkan keadaan, aku ada mencadangkan cara menjernihkan keadaan namun tidak menerima sebarang jawapan dari lelaki ini. Lihat twit kira-kira jam 6.25 petang semalam di atas.
Pada aku, jika benar lelaki ini seorang artis, dia mempunyai satu tanggungjawab besar dan jika melakukan kekhilafan, perkara paling mudah ialah meminta maaf seperti: “Maaf saya berniat baik terhadap seorang sahabat dan maaf jika ia maklumat yang salah.” 14 perkataan sahaja namun tinggi nilainya.
Mungkin, mungkin ia boleh ditambah sedikit, yelah sesuai dengan bulan yang mulia ini, dilengkapkan dengan ayat: “Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang buruk yang terkhilaf itu dari saya. Maafkan saya.” Ya Allah, tentu sekali ramai yang memaafkan dia malah menganggap dia seorang mangsa yang dipermainkan rakan artis.
Tentu ia lebih mengundang simpati pada artis ini dari dibidas pelbagai pihak.
Namun, sebaliknya berlaku.
Lihat sendiri jawapan yang diberikan lelaki ini.
Ya, aku pun tidak terlepas dari cacian Mamat Sepah apabila aku menegur cara dia membalas twit ala samseng. Seriously, betul ke dia ni pelawak atau seorang gangster?
Aku tertarik dengan salah satu balasan twit Mamat Sepah berikut:
Pada aku yang ada sedikit ilmu undang-undang, aku amat berharap @MrKhaidil ini akan membuat laporan polis terhadap kata-kata yang boleh dianggap ugutan ini kerana ada unsur mencederakan.
Mungkin ugutan ini boleh disiasat kerana ia sesuatu yang menggusarkan kerana ia turut mendakwa mudah mendapatkan maklumat mengenai pengguna twitter maka ia sekaligus boleh dianggap sebagai ancaman terhadap pengguna twitter itu.
Mungkin kes boleh disiasat mengikut Seksyen 507, Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Kalau tepat pengetahuan aku, ugutan seumpama ini adalah arrestable offence dan jika penguna twitter itu merasakan dirinya terancam berikutan ugutan itu termasuk dakwaan pelawak itu boleh mendapatkan maklumat mengenai pengguna twitter itu.
Aku pelik dengan sikap artis kita. Adakah artis seumpama ini yang perlu diminati? Mereka mempunyai akses yang luas dengan masyarakat kerana dikenali maka tanggungjawab dalam diri mereka perlu lebih tinggi dan ia, tidak dinafikan menuntut kita untuk bersikap lebih bersabar. Itulah harganya untuk menjadi artis. Bukan mudah.
Apakah Mamat Sepah akan memberi alasan – saya terlalu marah pada masa itu? Saya cuma paste apa yang rakan artis suruh? 
Aku tetap merasakan episod ini mudah selesai jika Mamat Sepah lebih bertanggungjawab dan bertindak meminta maaf terhadap apa yang sudah berlaku sebaliknya dia bertindak mengeluarkan kata-kata kurang matang termasuk memaki hamun.

Mungkin Mamat Sepah tak pernah mendengar Ular Menyusur Akar Takkan Hilang Bisanya. Tak jatuh maruah dia kalau dia mohon maaf. Tak terkikis nyawa dia kalau dia minta maaf. Tak hilang duit dia kalau dia minta maaf. Tak.

Dan aku tak rasakan perbuatan seperti ini adalah lawak. Tetapi, Mamat Sepah itu sendiri adalah lawak berikutan perbuatan kurang matang dan seperti samseng.
Permohonan maaf adalah sangat mahal bagi lelaki ini tetapi untuk membaraikan muka orang, sangat murah harganya. 

39 Replies to “#871: PELAWAK MAMAT SEPAH TIDAK MELAWAK DENGAN TINGKAHLAKU GANGSTER”

  1. Mudah sangat melenting kerana dia ingat segala problem boleh selesai dgn keganasan. Jangan lupa biarpun kau ni dari famili Harimau atau Naga, nak jadi public figure perlu cantik berbahasa dan molek pekertinya.

    Nak tengok juga dia naik loktang, baru menyalak dah ghairah berperang.

  2. some people just don't know how to behave over the internet.
    tahulah masing2 bebas utk cakap apa2(freedom of speech. pfft!) di dalam dunia maya.
    tapi adakah itu bermakna adab sopan tidak perlu dibawa sekali bersama2?

    like the part "tanggungjawab" being mentioned. some people really like to lepas tangan
    once they convey an information on the internet. bila ditanya 5W1H. jawapnya mudah. "aku hanya menyampaikan/bgtau/disuruh/sebar/share." kemudian memainkan watak inesen kunun2 tak bersalah.

    dua mnde nih walaupun tak besar mana. tapi jgn pndang slek. kalau tidak. jadilah isu mcm mamat sepah.

  3. salah satu punca artis berlagak bila MEDIA banyak sangat bagi coverage & exposure, sampai diorang rasa DIVA! dan masyarakat yg majoriti lbh berpendidikan tinggi pun terpaksa kalah kepada so-called celebrity power ni…so how? media kena berubah, media alternatif kena expose the truth about artis2 mcm ni…

  4. Benda ni simple jer,dapat berita tu kau analysed lah dulu before spread it. Jgn spread membabi buta, da jdi mcm ni..senang je lepas tangan. Tak bertanggunjawab langsung. No wonder kene reject dr sepah.dasar sampah. Oke. Delete acc. Pengecut!

  5. Salfhi: kat mana ayat 'x skolah' tu? Perenggan mana? Twit mana? Siapa hebat? Kau ni betul ke membaca ni? Isu apa lebih penting? Banyak tu subjektif. Dua pun banyak. Tiga pun banyak. Isu seperti? Sudah sudah la apa? Lagu indonesia tu ke? Ish.

  6. Orang macam ni bukan pelawak – tapi dia buat lawak dengan menunjukkan sifat diri yang langsung takde benda yang boleh dibanggakan.

    At least, dia sepatutnya admit sahaja kesalahan & minta maaf & bukan buat benda begini. Sebab tu setuju dengan Izuan Halik – Some artists perlukan media education.

  7. urmmmmmmmm cantik sungguh bahasa mamat sepah nie….dia punya ckp cam dia tu hebat sgt….padahal nak cari publisiti je lebih tu…..

    hahahahaha nak bergaduh konon….kena tinggal dgn awek pun menangis teresak2…ade hati nak bertumbuk…hahahahaha pesan kat org tua tu dah2 la….

    lagi satu lau nak bercakap tu guna otak…..jgn ckp dahulu baru berfikir….

  8. wooooooo sungguh xcantik tul bahasa mamat tu…dia ikut aliran mana????lau masuk twitter pastu wat cerita segala bagai yg penuh kontroversi yg konon nya membolehkan dia dapat publisiti baik xyah ckp…..ke dia nak tunjuk kat fida tu dia nie bukan sebarangan org……adeihhhhhh lau da rasa kuat sgt g la tolong orang islam kat palestin tu ke kat iraq tu ke…ade gak faedah…stakat tunjuk samseng dalam twitter……hahahahahahaha tergolek2 aku gelak dgn statement mamat sepah tu……

  9. Sdra Hazrey, mmg tepat sekali pengetahuan undang2 saudara. Saay pernah membuat laporan polis ke atas mereka2 yang berbincang cara untuk mengancam keselamatan saya di dalam facebook. Belum lagi mereka terus mengancam, baru setakat berbincang. Tapi itu sudah cukup untuk pihak polis 'kutip' mereka satu persatu di rumah mereka untuk siasatan lanjut.

  10. hahaha biler dah diri dia tak laku mula ar si mamat sampah create citer bagi so barulah rating dia naik.adoilah mamat sampah ni..buat malu org johor siak kau ni..nabey punya org ar.lu gengster sgt ek mamat…muka pun dh mcm telur separah masak je hahahah lagi mau jdik gengster.sarip dol lagi hebat dari kau ar mamat SAMPAH

  11. Korang jangan lah marahkan si mamat ni..kesian dia..dah lah silap dia sebab gi upload gambar si fidah, sampai break off..then geng2 sepah pulak cabut keluar group..bagi lah can dia nak glemer sket..kurang2 kita ingat balik pasal dia kan? Pada sape yg tak kenal dia, dah kenal dah kan? Hahahahahaa..

    Tahniah mamat! Anda layak jadi naib presiden seniman..temankan si zed zaidi tu..

  12. mana mamat xpanas, yg tukang komen pn mcm haram! provok cm apa. Nak beri nasihat biar berilmiah bro, jgn main taram je.

    aku xde r support si mamat ni, tapi kita yang beri nasihat pn dah mcm tu, sape nak trima.

  13. HAHAHA! I cudnt stop laughing the moment I read Mamat's reply twit to Hazrey. The 1st reaction I had – I went "uh ohhhhh"…."You just made a HUGE mistake, Mr Mamat or whoever your name is". hehehehe.

    Artis tend to forget, whatever they say or do will always be monitored.

  14. Saya @izhamismail antara pengguna twitter terawal yang telah menegur tindakan Mamat Sepah yang memaki pengguna twitter lain dengan kata-kata berunsur gangsterisma. Antara mangsa-mangsa yang telah terkena termasuklah seorang wanita yang bagi saya tak sepatutnya dibuat kerana di situ juga menunjukkan kedayusan seseorang lelaki apatah lagi seorang 'public figure'. Kemudian barulah @hazrey datang untuk menenangkan keadaan. @hazrey juga telah dimaki oleh Mamat Sepah. Bagi saya, untuk seorang artis yang baru nak naik, perlulah menitik berat perihal 'public relation' sama ada secara public atau di twitter. Di sini telah menunjukkan ketidak professionalan Mamat Sepah yang menjadi sangat defensive terhadap kesalahan yang dibuat sendiri. Berani buat, berani tanggung, bukan mengugut untuk membaraikan muka pengguna lain yang sekadar menegur kesalahan Mamat. Saya juga telah sempat mengambil gambar garis masa twitter Mamat Sepah sebagai bukti kegangsteran beliau dan bukti bahawa @hazrey tampil untuk meredakan keadaan dan bukan memprovokasikan lagi topic ini.

  15. alah. even dari raja lawak dulu pon aku dah nampak dah mamat ni memang spesies kurang hajar. lawak ntah hape – hape. tak paham aku caner boleh jadi maharaja lawak. the thing is, it's not their fault that they are famous now. but those who vote for them to be or stay in this industry at the very first place.

    so tak hairanlah when dia act up now.

    duhh. loser.

  16. erm..macam-macamlah korang ni… aku tgk twitt mrk yg terlibat pun 2×5 jer.. masing2 nak tunjuk hebat direct and indirectly…
    Kan lebih baik kalau masing2 maaf memaafi lagi2 didalam bulan Ramadhan yang mulia ni.. Igt skit kalau kita menyebarkan keaiban orang, insyaallah Tuhan juga akan membuka keaiban kita pada org lain…

    sudah-sudahlah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *