#870: DRAMA ZED ZAIDI SELEPAS DRAMA PERMIT.

#870: DRAMA ZED ZAIDI SELEPAS DRAMA PERMIT.

Ya, kecoh malam tadi ketika korang sedang seronok dibuai mimpi dapat kereta baru.
Ini kisah Zed Zaidi.
Opps, salah gambar. Sori sori. Dah subuh subuh ni selalu salah klik, pastu takleh remove pulak. Kebetulan google gambar Zed Zaidi keluar gambar orang pegang piala pulak. Sori sori. Yang baik dari Allah, yang buruk itu dari saya. Maafkan saya.
Ok ni baru betul. Alah kacaknya. Cair ai.
Ini kisah awal pagi tadi.
Jam 1.20 pagi tadi, pelakon komedi mamat sepah menghantar twit berikut:
Baca betul-betul ya. Ya, itulah yang ditulis Mamat Sepah. Dia twit: “Zed Zaidi xcident, doakan beliau selamat. amin ~ info Ruthle Adam.”
213 pengguna twitter melakukan Retweet manakala 3 orang menjadikan twit mengenai accident ini sebagai favourite. Ya, ia sesuatu yang besar maka haruslah digemari (favourite). Aku simpati pada mereka. Baca lagi.
Lanjutan dari twit ini, ia menimbulkan sedikit huru-hara terutama di kalangan penulis hiburan. Antaranya termasuk seorang editor blog hiburan terkemuka yang hanya ingin dikenali sebagai SultanMuzaffar (bukan nama sebenar) yang terpaksa bangkit dari keenakan tidur dan mencari pengesahan kejadian itu. 
Aku simpati pada Sultan Muzaffar (bukan nama sebenar).
Boleh tahan teruk ni. Siap pakai neck support. Ia lazimnya dipakai apabila mangsa kemalangan dipercayai mengalami kecederaan di bahagian leher, bagi mengelakkan ia lebih parah. Tengok tu Zed Zaidi terkulai layu.
Presiden Seniman ini yang pernah menjadi tumpuan media tak lama dulu berikutan kenyataannya terhadap artis luar yang turut diibaratkan seperti pembantu rumah turut menerima pelbagai doa dan simpati dari pengguna twitter.
Ia turut mencetuskan satu trending topic #PrayForZedZaidi di laman sosial itu.
Aku cuba untuk memberi penjelasan terhadap “Why is this topic trending?” tetapi gagal. Yelah, Zed Zaidi ialah Presiden satu pertubuhan penggiat seni negara ini, mestilah kena beritahu kat twitter siapa dia. Untung sabut masuk TMZ.
Apapun, aku tidak melakukan RT kerana selagi tiada pengesahan dari pihak berkuasa, aku memang tak yakin langsung apa yang di twit di laman sosial itu.
Empat minit selepas twit itu dihantar, di RT dan TURUT di favourite kan oleh mereka yang menggemari twit mengenai kemalangan itu, Datuk Shah Reza menghantar twit berikut:
Bacalah sendiri. 
Entah gerak hati aku awal pagi tadi, aku memang kurang yakin sikit dengan twit mamat sepah itu. Sedikit sampah sebenarnya.
Malangnya, twit Datuk Shah Reza ini, berbanding 213 RT dari twit pertama oleh mamat sepah, hanya 21 manusia sahaja yang RT. Itu pun kita tak tahu adakah 21 manusia itu adalah dari kumpulan 213 manusia tadi. 
Ohh jangan lupa 3 penggemar yang menjadikan twit mamat sepah itu sebagai favourite. Mesti mereka kecewa dengan hidup mereka kalau tahu kisah sebenar.
Ramai orang marah awal pagi tadi. Apa tidaknya, topik itu siap trending. Dan aku tak nampak langsung twit ralat dari mamat sepah. 
Pada pandangan aku, ia adalah satu perbuatan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Ini soal nyawa manusia. Esok lusa, kalau betul-betul accident, adakah orang akan percaya lagi?
Siapa punya angkara menyebarkan maklumat palsu yang memualkan dan sememangnya budak belum bersunat lebih matang dari mereka.
Dan jika ia gimik nak popularkan diri, ia juga satu perbuatan tidak berakal. Sangat tidak berakal. Ia termasuk mamat sepah yang tidak bertanggungjawab itu. Sehingga jam 4.19 pagi, tiada langsung pembetulan atau penjelasan dari mamat sepah menyebarkan twit sampah seperti itu.
Zed Zaidi pula sebagai seorang pemimpin kepada pertubuhan penggiat seni, perlulah lebih bertanggungjawab dan tunjukkan teladan jika mahu dihormati. Jika anda tak tahu langsung mengenai penyebaran maklumat bodoh seperti itu, anda perlu bertindak terhadap mereka yang terlibat dan bersihkan nama anda secara terbuka.
Seriously, jika ia sekadar gurauan, ia langsung tak lawak. How can we take you seriously if you or people around you can make fun of your life? Aku sangat pelik dan mual.
Maka, aku turut cadangkan satu hashtag sebab bengang tengok ramai yang tak bersalah diperbodohkan disebalik simpati mereka yang mempercayai berita itu adalah benar walhal lawak bodoh yang sangat bodoh dan langsung tak matang bagai budak tak sunat lagi. 

7 Replies to “#870: DRAMA ZED ZAIDI SELEPAS DRAMA PERMIT.”

  1. si mamat sepah ni makin menunjjukkan perangai BANGANG dia.dulu gi post pic si fida tak pakai tudung skang tweet psal ni lak..tatau apa nak jadik ar dgn si mamat nih.patutlah jep n shuib blah buat grup sendiri

  2. 1 – biasanya klik favourite bila tweet tersebut ada link sebab nak tunggu depan pc nak baca kalau on twitter guna phone.

    2. Lepas tengok Timeline meriah dengan tweet ini, biasalah check berita lanjut dari hashtag – nasib baik tak terpedaya.

    akhirnya …. dapat juga promosi seperti yang diharapkan hiks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *