#869: AYAH.

#869: AYAH.

Aku tahu, bingkisan ini tak sehebat pengantin muda. Tak semeriah paluan kompang diiringi warna warni bunga manggar.
Aku sengaja letakkan video ini. 
Kita kadangkala lupa akan ayah kita. Kita lupa keringat ayah. Kita lupa perit jerih ayah.
Jari jemari ayah yang kasar itu berapa kali kita genggam? Berapa kali kita usap sungguh-sungguh?
Sesekali kita teringat. Kenapa tak selalu? Sihatkah ayah? Berapa kali dalam sehari ayah akan ingat akan kita? Berapa kali pula ingatan kita berpalit pada ayah?
Sepanjang kita dibesarkan, apa sahaja yang kita mahu, diadakan. 
Tatkala dia masih hidup, berapa kali kita sedekahkan Alfatihah dan doa untuk dia?
Renung dalam dalam wajah ayah tika dia tidur. Dialah lelaki yang berpanglima di hati tika kita kecil. Dialah tempat kita mengadu.
Lihat raut wajahnya. Tika dia sakit, mampukah kita melakukan pengorbanan sebaiknya ketika kita kecil dulu? Dikendongnya kita ke klinik, didukungnya tika kita lelap, dibuaikannya tika kita menangis.
Masih kuatkah kaki ayah? Masih mampukah ayah mengerah kederat tak seberapanya itu mencari sesuap nasi walhal anak anak sudah berjaya? 
Pernahkah kita mendengar ayah meminta-minta sebagaimana kita merengek rengek tika kecil dahulu meminta dibelikan sesuatu? 
Ayah mungkin jauh. Lebih jauh kalau hati kita berjauhan dari ayah.
Berapa kali kita dakap sekuat hati ayah sebagaimana ayah dakap kita kemas-kemas tika kita kecil dulu, tika kita menangis mahukan ayah?
Apakah ayah tidak mahukan kita pabila kita sudah dewasa ini? Pernahkah kita bertanya? Pernahkah?
Ayah menangis ingatkan kita, tapi pernahkah kita menitiskan airmata kita tatkala kita ingatkan dia?
Ayah selalu bertanya khabar. Kau sihat? Tapi kita berat menanyakan khabar ayah. Setiap sen untuk panggilan itu terlalu mahal untuk kita. Cukuplah seminggu sekali. Mungkin itu detik hati kita.
Ayah tak mahu wang ringgit semata-mata walau itu sikit sikit kalau tak banyak, dapatlah untuk sesuap dua nasi untuk tubuh yang dimamah usia itu. 
Ayah mahukan anak-anaknya. 
Tika kita gembira bersama rakan terbentang segala hidangan, apakah yang dijamah ayah di rumah sana?
Tika kita tersenyum lebar dapat baju baru untuk raya nanti, apakah baju untuk ayah nanti?
Tak perlu tunggu Syawal. Ayah mungkin tiada Syawal nanti, kita pun tak mampu menduga. Ayah tak pernah menunggu Syawal untuk anaknya.
Ingatlah akan ayah. Ayah menunggu untuk mendengar suara anaknya. Suara anaknya – katakan pada ayah – rindu padanya, mahu pulang memeluk ayah.
Saya rindu ayah.

12 Replies to “#869: AYAH.”

  1. Bro…syukur kerana aku dah jadi Ayah dan aku tak lupa kepada ayah aku yang sentiasa ingatkan aku adalah ayah kepada anak anak aku yang tidak mungkin akan jadi ayah sebab anak aku semua perempuan. he he

  2. Ayah aku garang dari aku kecik2 hingga dia pun dah berusia > 60thn skrg ni. Tapi, kegarangan dia tak pernah surut2… so, bila aku baca tulisan Hazrey ni, tak dapat menyerap ke jiwa la…

  3. aku sayang abah aku walau masa kecik aku kene rotan,lempang & marah.tapi tanpa semua tu tatau apa akan jadik dgn aku.terima kasih atas segalanya

  4. salam,

    Ayah saya pulang ke rahmatullah genap 2 bulan, koma w/out regaining consciousness and I didn't have a proper goodbye. saya dah tak berpeluang bersalam dgn ayah lagi selepas ini, no more ayah tunggu di lrt balik kerja. Kegarangan ayah mendidik kami menjadikan kami adik-beradik manusia berguna. no matter how ayah kita…bila dia dah takde kesal tak berbaik dgn ayah akan sentiasa datang sampai hari kita dipanggil Allah nanti. Jangan menyesal nanti.

    I miss you ayah.

  5. Hmm.. sedihnya.. my father passed away Oct 2011 at the aged of 78.. Mlm sblm dia meninggal tu i dok tunggu sebelah dia di ICU..sampai la around 6am mcmtu dia tiba2 dia buka mata.. tp pandangan tu kaku.. anak mata dia tak gerak pun… and suddenly air mata dia mengalir keluar.. mengalir perlahan… agak lama gak dia berkeadaan mcmtu sgt sadis dgn i sorang saje time tu.. i captured this moment wit my hp.. kemudian dia pejam mata sehingga la dia hembuskan nafas terakhir tengah hari Friday tu.. tp i takde disisi dia time tu.. Missed him much Al-fatihah utk arwah ayah

  6. hampir menitis air mata saya bila baca entry En Hazrey kali ni. Saya teringat kan abah saya. Beliau berusia 64 dan bekas polis. Saat saya ditimpa musibah akibat hilang pekerjaan,abah saya la byk membantu dari segi kewangan. Hanya Allah S.W.T sja yg dpt membalas jasa abah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Abah dan sihat walafiat

  7. entri sedih tahap meleleh air mata. rindu abah 🙁

    sentiasa rindu abah yg tak pernah berhenti senyum untuk anak-anaknya tanpa si anak tahu susah payah seorang abah.

    abah yang sentiasa mengalah dengan anak-anak yg degil tahap gaban ni.

    sayang abah,
    ANAK PEREMPUAN ABAH.

    ps. Selamat berpuasa utk Abg Hazrey, anak2 abah, bakal abah2 dan abah2 sekalian. hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *