#868: PENGANTIN 16 DAN 14 TAHUN.

#868: PENGANTIN 16 DAN 14 TAHUN.

Sebentar tadi, aku ternampak link di twitter mengenai perkahwinan pasangan berusia 16 dan 14 tahun.
Pada mulanya aku fikirkan ia berlaku di negara lain, mungkin di India.
Alangkah terkejutnya pengantin lelaki berusia 16 tahun dan perempuan berusia 14 tahun berlangsung di Pahang.
Aku sedikit pening kepala dengan gerakan kamera merakamkan hari SANGAT BERSEJARAH ini.
Pelbagai reaksi di laman twitter termasuk dari beberapa rakan seperti:
@_Acat: @Hazrey tahu tak tahu tu one thing. spm tak habis lagi. pmr pun sama for the girl. how la? @leenbakar
@yanayeay: @Hazrey wah. Saye dah 25 masih tak kawen2.
Pada aku, apa yang remaja berusia 14 tahun tahu mengenai perkahwinan?  Adakah mereka masih menuntut? Jika gadis ini masih menuntut, bagaimana nanti jika dia mengandung? Apakah mesej yang disampaikan kepada rakan rakan?
Manakala si lelaki, baru berusia 16 tahun atau jika masih dibangku sekolah, sedang menuntut di Tingkatan Empat.
Apakah justifikasi kepada keputusan ini? Adakah kita menggunakan mengelak maksiat sebagai justifikasinya?
Tidakkah kita merasakan mereka masih lagi terlalu mentah untuk mendirikan rumahtangga?
Apakah reaksi anda?

35 Replies to “#868: PENGANTIN 16 DAN 14 TAHUN.”

  1. Sebagai orang yang berada di sekolah – sebagai seorang guru, aku tak boleh hadam perkara begini. Maaflah. Betul, pernikahan ini membawa kepada hubungan yang halal tapi aku masih tak boleh nak fikir macam mana kalau anak-anak murid aku berkahwin dalam usia mereka yang masih perlu disuapkan dengan pelajaran, yang duit belanjanya masih mak bapak berikan.

  2. kalau tak silap beberapa tahun dulu (lupa tempat di malaysia ni) ada kes remaja wanita yang dibawa ke mahkamah sebab nak dapat kebenaran berkahwin sebab masih di bawah umur. maknanya ini bukan perkara baru bagi kita yang dah mengamalkan cara hidup `moden'.

    apa pun, mungkin ibu/bapa pengantin ni merasakan itu jalan terbaik untuk mengelakkan perkara negatif, selain boleh menjadi contoh kepada masyarakat lain.

    pada pendapat aku la…

  3. at the end of the video,obviously it shows antara dua darjat between yana and syafiq.if i am the parent of yana,im actually helping that boy to have a better life.
    first scene mmg nmpak la yana mcm not happy at all for the marriage.mgkin yana's parent intend to take syafiq as their son but dah besar,alang2 kawenkan jelah.
    but who knows.salut to both of them.so do their parents.they were exposed to marriage life at a very early age.mak bpak dyorg sangatlah bsedia to support them from every aspect.then,we shall pray,may Allah bless both,the groom and the bride,and the parents,may the marriage last till Jannah.

  4. Alhamdulillah… setan menangis ni bila dapat tahu umat Nabi Muhammad berkahwin awal. Kita doakan je lah semoga diorang mndapat kehidupan yg baik lepas ni. Rezeki tu kan rahsia Allah SWT.. had umur tu undang2 negara je pon..dua dh baligh, dh boleh kahwin dh.. 🙂

  5. bgus da dorg ni…bnda2 laen 2 insyaAllah boleh diikhtiarkan….at least da dpt elak dosa maksiat…..mncari ilmu xsmestiny kt skolah je…heheheheh…
    rezki bkn dtg dri sijil SPM @ degree tp dri Allah SWT

  6. bgus da dorg ni…bnda2 laen 2 insyaAllah boleh diikhtiarkan….at least da dpt elak dosa maksiat…..mncari ilmu xsmestiny kt skolah je…heheheheh…rezki lak bkn dtg dr sijil SPM @ degree tp dtg dr Allah SWT….hihihihi

  7. kalau zaman dulu, kot ya kahwin umur belasan nih normal. Tapi, sekarang pelajaran tuh lebih utama. Teringat kata2 cikgu saya, "nak kahwin ke nak apa at least biar la ada degree dulu" Ni bukan setakat degree, SPM pun x lepas lagi. Bab nikah kahwin bukan setakat belajar, sentuh pun tidak. Logically, bahagiakah hidup mereka nanti andai tiada ilmu? Mampukah nak bimbing isteri yang si suami? Persoalannya, cukup bersediakah anak2 ini nak mendirikan rumah tangga? Apa2 pun, moga Allah berikan yang terbaik buat kita semua. Benda dah jadi, tak boleh nak cakap apa. Tapi, drpd berlaku maksiat, mungkin nikah la kot solution nya. hmm.. entahlah!

  8. aku ada bising2 gak kat tweet2 aku pasal benda ni. aku persoalkan adakah mereka benar2 bersedia nk pikul tanggungjawab tu sebab aku yg umur 22 tahun ni pun tak ready lagi.

    aku juga persoalkan adakah alasan mereka dinikahkan semata2 nk elak zina? sebab bg aku, nk elak zina tu senang. jaga pergaulan, jaga batasan, jaga iman. takde hal beb.

    tak lama lepas tu, member aku dua orang pakat tembak aku kat twitter. terasa la agaknya sebab dorang kahwin awal. duk tweet pasal itu hak bebudak ni la, kita tak tau hidup dorang la, xyh nk amek tau la, rezeki la, tuhan dah tetapkan lah. korang ley agak2 la tweet typical meleis ni kan.

    aku cuma mampu gelak je sebab mereka tak bukak minda mereka. kenapa? sebab dah butthurt. dua2 member aku ni kahwin awal. kenapa? tak yah cerita lah.

    member aku mintak aku bukak minda aku dan terima je jodoh org kahwin awal, tapi aku agak dorang ni tak baca tweet awal aku, aku agak dorang ni tak tahu aku tgh cakap pasal budak underage yg nk kawen.

    aku decide mls nk layan tweet2 mereka yg menghentam pendapat aku, sebab mereka tak tahu hujung pangkal.kalau kita tak amek tahu, siapa lagi kan? aku nk tgk gak cemana member aku ni akn deal situasi kalau ank dia nk nikah umur 14 tahun nanti. takper, ada 10 tahun lagi.

    pemikiran org muda sekarang ni lain sgt la bro hazrey, sampai kekadang aku rasa aku ni org tua sebab tak sependapat dengan pemikiran dorang.

  9. entah la. that girl dah tak nampak macam 14 tahun pun bila dah make up bagai.
    aku rasa memang parents tanggung lagi la ni.
    but. kita tak tau history budak tu kan. maybe terlalu liar ke apa. ada kan yang macam tu.
    so better kawinkan sebab belajar taknak ke apa ke. fikir benda tu je. so maybe parents dia rasa better kawinkan je.
    dpd ada kes yang mengandung, buang anak n all. lagi teruk kot.
    Wallahualam.

  10. Dorang bernikah. Nikah secara halal. Bukannya dorang buat benda tak baik, jadi tak ada keperluan pun untuk kita persoalkan hak dorang atau keputusan keluarga dorang untuk nikahkan dorang.

    Umur dorang muda, so tanggungjawab keluarga dorang la untuk perlahan-lahan ajar dorang cara untuk jalankan tanggungjawab dorang.

    Pernikahan dorang ni mengingatkan aku pasal cerita Luqmanul Hakim, anak dia dan sekor keldai. 🙂

  11. hahaha ppuan2 kat post komen tu semua mesti jeleskan? hahaha korang dh tua pun tak kawin2 lagi ek..takpe² biar ar bebudak ni kawin.dah jodoh dorang.kang biler dorang buat anak luar nikah korang marah.harap2 parents dorang dapat bimbig dorang camna nak manage rumahtangga dorang daripada sik bersenggama n buat anak berdoyon-doyon.sesama ar kita doakan mereka kekal hingga anak cucu..amin! dah jgn jeles kat dorang ek akakkkkkk akakkkkkkkkkkk sekilian.korang gi anta cv korang kat majalah mangga or urtv dlm ruangan 'KEMBANG SETAMAN' insyallah ramai ar nanti anta sorat nak ngorat korang tu ok!!hastalavista bebeh

  12. from iluvislam.com:

    When asked on how to maintain a strong marriage, Wardina Safiyyah answered, "If your niat (intention for getting married) is for Allah, then Allah will protect you (and your marriage). Whatever happens (in your marriage), you go back to your niat."

    Meanwhile, when asked to comment about couples who get married at very young ages, Aiman Azlan said, "The question is not about age … It is about whether you're mature enough, whether you're ready enough to get into this responsibility, this realm. It's a new life you're starting with another person.

    "Just because you're older, it doesn't mean you're more mature. Maturity depends on experience and how you look at things … It's really about maturity … in terms of financial means, in terms of spiritually, emotionally, physically. Are you ready?"

  13. @Sumandak Kinabalu,

    Aku rase ko tu tak bukak minda pemikiran ko..

    Tak pun, ko baru akil baligh time umur 20 tahun. Masa tingkatan 5, ko masih lagi main taik ayam.

  14. Tuan Hazrey, tumpang jap, aku nak kenen Cikgu Zara – Ramai kawan kawan masa kat US dulu kahwin awal, tak de apa apa masalah pun. Masa tu umur kami baru antara 19-20 tahun. Semua masih disuapkan oleh JPA dan MARA,dan bukan PTPTN atau PAMA ye, dan mendapat kebenaran dari pihak penaja. Okay jek. Aku tak kahwin sebab aku tak hensem dan awek tak de. Lagipun aku ni memilih, Aku nak yang lawa macam Nora Danish je, dan sekarang dah dapat dah. he he nasib le kalau takut nak kahwin, hendak 1000 daya, tak hendak 1000 alasan.

  15. Memula aku tengok video tu ingatkan ni Kidzania…hehehe..

    Ok.

    Kena faham dua benda:

    1. Kahwin muda. Yang ni takde sapa kata salah. Elok pun kawen muda sebab elakkan maksiat, elak zina, dan segala alasan lain.

    2. Kahwin bawah umur.
    Yang ni yang nak kena teliti. Sebab itu seks suka sama suka tetapi kalau budak bawah umur dah jadi rogol…sebab bawah umur ni belum matang.

    Jangan silap paham dengan muda ya. Kalau umur 20 ke, 19 ke bagi yang pompuan, tu kira kawen muda..bagus.

    Tapi bawah umur ni ialah tempoh masa yang belum mampu membuat keputusan besar untuk diri.

    Ada yang kata nikah gantung. Kat Arab Saudi dulu banyak aku jumpa…kengkawan aku kat Kuliah Universiti pun ramai kawen nikah gantung…antara sebabnya ialah mak bapak nak jaga keturunan supaya anak diorang tak terpikat dengan clan lain maka dia kasi nikah dengan pilihan hati dia..tapi tak duduk serumah pun, cuma akad nikah je. Pastu dah ada duit, mampu memiliki rumah dan kewangan sendiri baru diorang buat kenduri dan duduk serumah.

    Soalan aku:Budak dalam video ni umur fakulti universiti ka?16 ialah sekolah menengah tingkatan 4 dan 14 ialah tingkatan 2. Nampak beza? Arab pun boleh heran beb.

    Oh ya, pasti ada yang akan kaitkan dengan Saidatina Aisyah yang dinikahi Rasulullah ketika berusia 10 tahun..kan Ustaz dan Ustazah…

    Rasulullah SAW ialah manusia agung paling sempurna. Yang nak menjadi pasangan hidup Baginda pun mestilah wanita yang bukan calang-calang wanita. Andai Rasulullah SAW dikurniakan beberapa keistimewaan yang hanya untuk baginda, maka jangan lah kita pertikaikan hak istimewa Ummul Mukminin isteri baginda pula. Jauh, lebih jauh dari api dan panggang…

    Kawen bukan hanya setakat mampu lafazkan akad nikah.

    Kawen bukan hanya untuk mengelakkan maksiat yang nampak depan mata.

    Apa guna elakkan maksiat pada hari ini sedangkan pada masa akan datang lebih teruk maksiat berlaku kalau terjadi perceraian dan hancur keluarga dengan anak kecik segalanya. Ops, bukan aku doakan diorang gitu ye, jangan misquote.

  16. jgn riso mngenai rezeki..cmne nk tgung anak n isteri…semua tuh ALLAH yg bg..lgpun mak bapak dorang mesti support pye laaa…..n dh itu ketentuannya…masa gini2 dia dpt rezeki gini2…

  17. Kepoh la korang. Dorang dh kawin xkesah la ape pon yg penting hubungan dah halal disisi Allah. Elok la kawin awal lagipon dunia ni dah tunggang terbalik. Tak payah mengejar duniawi sangat. Doakan yg trbaik buat mereka. AAmin

  18. adik bongsu aku kawen muda (20thn), sampai skrg umur dh 24thn & ada anak sorang (3thn). walaupun ada rumah sendiri (mak abah aku support gak ni), tapi hari2 datang makan minum kat rumah mak abah aku. asal putus belanja je, mintak duit kat mak abah aku. bila aku renung2 balik, sesungguhnya mereka ni blom lagi dpt menunaikan tanggungjawab sebagai pasangan yg telah berkawen (ingat: kawen bukan hanya utk seks saja tau).

  19. i don't see any wrong behind kahwin muda at such age. abang hazrey, first off i'm a med student currently studying in universitas indonesia(ui) and i have a friend who was heavily pregnant when she first enrolled into the u. and she is doing just fine with her studies. mind you that most indonesians enrolled into university for their degree at the age of 18 directly after high school. age should not be the parameter for when one could or should get married, and we dont even know these people on a personal level to appropriately judge them to begin with. maybe it's a bad call for them but it's their life and some more, better for them to be married at such age than have sex out of wedlock and ended up having unwanted babies. hahahaaa. and lastly, may they have a happy and prosper married life together ahead. amin 😉

  20. walaupun tidak patut, tapi saya jadikan video ini ugutan untuk adik saya supaya jangan asyik berfacebook, chatting2..kalau tak, ayah kahwinkan nanti. nampaknya berhasil sedikit.

  21. Nikah awal lebih baik dari couple lama2.sekurang2nya depa berdua tu dah halal bersentuhan.nikah,perkara baik.buat apa nak kecoh.rezeki nanti akan ada sebab ALLAH yg bagi rezeki.korang yg claim bagus tu pon ALLAH jugak la yg bagi rezeki. jgn eksyen tak tentu hala kata sapa nak bg makan la,bleh survive la, tak sedia jd parent la..pointless.yg kata tu sebab bukan tak bersedia,tp penakut nak nak bgtau yg diri sendiri tu tak dak duit nak kawin.so bg lelaki,kumpul duit cepat2.bg girl,push your bf(if any)kumpul duit.malu kat pengantin baru nih.apapon, diorang dah kawin.hangpa yg komen negatif tu….apa pon tarak

  22. Nikah itu halal dan digalakkan…..habis satu bab. Kita boleh bagi pandangan tapi tak payahlah nak pertikaikan keputusan mereka dan keluarga mereka itu kerana hanya mereka yang faham keputusan dan keadaan mereka. Tak perlulah nak sibuk memasukkan kaki kita kedalam kasut orang (hehehehehehehe). Kalau nak dipertikaikan, lebih baik pertikaikan saja manusia-manusia yang bercouple-couple diluar sana, yang siap membahasakan diri masing-masing sebagai papa dan mama walhal borang perakuan bujang pun tak kenal lagi, apatah lagi sijil nikah kahwin. Kenapa nak pertikaikan ikan di air, beruk diatas pokok sedangkan banyak babi yang sedang berada diatas pokok………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *