#859: KISAH BUDAK BUDAK

#859: KISAH BUDAK BUDAK

Ramai orang suka main bola. Tak kira apa jenis permainan bersangkut paut dengan bola.
Banyak permainan menggunakan bola. Bola guna tangan, antaranya dipanggil bola tampar dan bola jaring. Bola guna kaki, dipanggil bolasepak. Tapi banyak jugak kes dalam suratkhabar pasal isteri yang digantikan sebagai bola.
Dan penggubal undang-undang seharusnya mengubal satu jenis undang-undang bagi membolehkan pesalah terbabit dijadikan bola di padang dengan 22 orang mengejar, membentes, menyiku, menendang, tendangan basikal, lipat kuda dan kunci sendi.
Dulu, sebagai budak kampung – cuma tak ada sawah terbentang luas macam dalam drama Melayu dan awek muka macam AlmyNadia naik basikal tetiba lalu dan kena ngurat, aku jugak main bolasepak. Habis, kau ingat aku kaki bangku ke? Top scorer ok. Score sendiri. Itu pun score jugak.
Kalau you pose macam ni kat pintu gol, sumpah i tak sanggup tendang bola tu. Tak sampai hati. Mesti I kena marah tau. Tapi I tak kisah.
Sekarang musim bolasepak disebabkan Euro 2012. Semua tetiba jadik terer pasal bola. Aku tak terer. Cuba sesekali kat twitter atau facebook tu, korang tanya, bola tu diperbuat dari apa. 
Selama ni kita dengar Goodyear itu adalah tayar kereta dan ia juga boleh menyebabkan kita makan maggi sebulan apabila perlu tukar tayar kereta kita apatah lagi kita miang pergi tukar dari 15 inci kepada 16 inci.
Bergaya punya pasal, terpaksalah kan.
Ni dia sedikit kisah pasal bola:
“In 1836, Charles Goodyear patented vulcanized rubber. Prior to this, balls were dependant on the size and shape of the pig’s bladder. The more irregular the bladder, the more unpredictable the behavior of the ball was, when kicked. However it would not be untul the twentieth century until most balls were made with rubber bladders.”
More about it here.
Berbalik cerita kecik kecik dulu. 
Nak beli sebiji bola dulu mahal. Di tempat ketika aku masih budak budak, kalau sesiapa ada bola brand Adidas, Nike itu kira tahap dewa dewa dari kayangan dan airliur pasti ditelan banyak kali.
Dulu mudah nak main bola. Tak payah cari padang. Asalkan ada laman rumah luas sikit, belasah buat liga sendiri. tiang gol pakai batang ubi. Kalau tak ada, pakai kasut atau selipar buat tingkat tingkat.
Jersi kami mudah. Baling syiling, kepala atau ekor? Bila syiling jatuh ke tanah, yang mengadap itu pilihan kita, maka team lagi satu kena bukak baju. Dulu mana ada kisah perut boroi. Tapi ada jugak kekawan yang perut boroi sebab gemuk maka sebelum game start, kami akan kenduri dulu. Kenduri ketawakan perut, dada dia nampak macam ada tetek. Padan muka ketawakan orang, sekarang suruhlah aku bukak baju, memang kena tumbuk muka.
Tak jauh dari kawasan rumah kami, ada satu family Cina yang anaknya sebaya dengan kami selalu main bola dengan rakan-rakannya.
Padang mereka di laman rumah family Cina itu. Setengah padang bola jugaklah rumah tu sebab bapaknya seorang doktor. 
Entah siapa entah gatal mulut, ajak mereka lawan dengan team budak kampung. 
“Kau gila ke? Diaorang tu lari laju. Siap ada kasut bola. Kita main bola kaki ayam,” kata salah seorang pemain kami ketika kami berbincang. Kami berbincang bukan locker’s room kami sebaliknya di tembok berhampiran kedai sambil share minum aiskrim Malaysia inti kacang merah feeling kami sedang hisap cerut.
Ramai yang mengangguk bersetuju lagipun yang bersuara tu belanja kami aiskrim Malaysia maka secara automatik dia ada kuasa eksekutif. 
Namun memandangkan semangat anak Melayu pantang dicabar tertanam dalam diri kami, kami sebulat suara menyahut cabaran team itu. Itupun selepas dah cerita banyak kali disebalik aiskrim Malaysia inti kacang merah. Dan kami tetap memuji muji tukang belanja tanda mengampu.
Kalau ngampu kena cara, kami dapat sorang satu aiskrim Malaysia. Kalau tak kena gaya, dapat sorang suku sebab satu batang dipotong tiga. Daif tul. Yang dapat sebelah bawah aiskrim Malaysia tu untung sebab kacang merah semua port kat situ. Macam bengang sikitlah. Tawar muka. Makin sakit hati bila yang dapat bahagian bawah tu nyonyot feeling macam celaka kasi jeles macam esok kiamat dan itulah aiskrim terakhir dalam dunia.
 Pic from Izzaiynas Blog.
Hari-hari kami training. Siapa nak jadik goalkeeper, siapa nak duduk kat forward, middle, defence. Kami juga melantik kawan kami yang perut boroi dan ada tetek tu sebagai penjaga air. Dia sedikit kecewa sebab tak diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi kami semua yakinkan dia, tugas dia lebih penting dari kesebelasan utama itu. 
“Takkan reserve pun aku tak boleh,” kata kawan kami itu. Nama terpaksa dirahsiakan sebab tiga empat tahun lalu aku ternampak gambar dia kat fb, dia dah kurus dan sasa. Aku pulak ambik alih tempat dia. Setan. Ok, aku gunakan nama dia Jeff Gemuk (bukan nama sebenar).
Semua terdiam bila Jeff Gemuk tanya macam tu. Jeff Gemuk kami kasi join group kami sebab kekadang senang nak paw dia. Itulah modal dia untuk menyertai group kami yang ramping ramping dan berketak ketak dada.
Akhirnya tukang belanja yang mempunyai kuasa eksekutif membuka mulut. Aku namakan tukang belanja ni dengan nama Satdi (bukan nama sebenar).
“Bukan tak boleh Jeff. Ni game first kita. Mesti diaorang akan mintak repeat punya sebab kita sure menang,” katanya berkobar kobar. 
Masa itu, semua yang mendengar mulut moncong sebab tengah nyonyot aiskrim Malaysia dia belanja dan hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Kuasa eksekutif jangan ditentang, sebagaimana FAM.
Jeff Gemuk mendiamkan diri. Nampak sedikit raut kecewa di wajah Jeff Gemuk biarpun pipinya yang gebu macam nak dicubit-cubit macam baby. Gebu!! 
Semua terdiam. Hanya sesekali bunyi nyonyot mengisi kesunyian itu diselangi bunyi cengkerik.Tapi waktu tu siang. Rupanya bunyi plastik yang dinyonyot kuat sebab nak habiskan sisa sisa yang tinggal dalam plastik aiskrim Malaysia tu.
Akhirnya, Jeff Gemuk bersetuju. Kami gembira.
Kami juga gembira sebab dia sendiri yang akan bawak bekas untuk diisi air sirap dan ais bersama 5 cawan plastik yang dikongsi semua pemain. Nasiblah kalau ada yang jarang gosok gigi. Masa itu kami tak kisah kalau ada yang tertinggal sikit buttercup pada mulut cawan. Itu perisa.
Untuk tidak membuatkan Jeff Gemuk rasa kecewa yang amat, kami lantik dia sebagai team manager. 
Dia suka. Kami bukan apa, kalau dia main jugak dalam kesebelasan utama kami, kami berhenti ketawa nanti sebab tengok tetek dia bergegar-gegar kejar bola. Kesian dia. Selalu diperkotak-katikkan. Hati dia baik dan biasanya dia akan ketawa sesama. Tapi yelah, mana kita tahu memalam dia kat rumah, dia nangis. Takperlah, janji ada bahan. Sorry Jeff. Kami sayang Jeff.
Hari yang ditunggu tiba. 
Kami berjalan beramai ramai ke rumah keluarga Cina itu yang terletak di seberang kampung. 
Jersi kami warna warni. Ada yang pakai gambar pink panther. Ada yang tshirt gambar coklat Nini, ada juga yang dalam poket ada coklat Ding Dang. 
“Kenapa kau bawak coklat Ding Dang?”
“Aku tengok iklan, makan Ding Dang, dapat power.”
Yang hebat sikit pakai sleeveless. Dulu mana ada bulu ketiak. Dara lagi ketiak kami. Cuma kalau dah berpeluh, segala haiwan dan unggas boleh mati sesak nafas.
Padang sudah set. Bola disediakan tuan rumah. Rumah keluarga Cina itu berpagar. Kami masuk bersama-sama memasuki rumah dan bersalaman dengan mereka, ala ala Piala Dunia. 
Syiling dibaling. Kami ditakdirkan tak pakai baju. Nasib baik Jeff Gemuk tak main. Kalau tidak.
Jeff Gemuk ada bersama kami di belakang gol. 
Perlawanan bermula. Tiada pengadil, tiada penjaga garisan. Semuanya bersandarkan kesefahaman kedua-dua pasukan bertanding.
Walaupun ia adalah away game, kami beruntung sebab padang yang disediakan berumput. Sedap kami jatuh jatuh badan. Biasa kami main di padang botak. Sehelai rumput pun tak ada. Kalau jatuh, bukan siku dengan lutut jek luka, telinga pun luka sebab balik kena piat dengan mak bapak kami.
Permainan berlangsung dalam keadaan sangat muhibah. Ohh itu kerana pasukan tuan rumah terdiri daripada bukan Melayu kesemuanya. Cukup. Cina ada, India ada, Singh pun ada. Kami pulak team Melayu semua. Kalau sekarang mesti orang cakap racist. Ibrahim Ali mesti keluar statement.
Perlawanan persahabatan itu penting. Boleh diandaikan seperti perlawanan Malaysia melawan Indonesia. Sorakan Jeff Gemuk yang turut bertindak sebagai ketua sorak sedikit sebanyak membantu menyemarakkan semangat kami, biarpun kami berharap masa dia sorak tu dia bukak baju supaya kami boleh gunakan sedikit imaginasi kami.
Akhirnya, disokong sorakan tak putus putus Jeff Gemuk dan permainan ala Jerman di Euro 2012, kami berjaya menewaskan team tuan rumah. Waktu tamat permainan mudah. Sebelum dengar azan Maghrib, permainan perlu ditamatkan. Itu sudah dipersetujui kedua dua pasukan.
Kami gembira yang amat masa tu. Berpelukan dalam peluh. Masa tu juga kami masih tak sarungkan kembali baju kami sebab baju kami semua dijaga Jeff Gemuk.
Kami bersorakan di tengah padang tuan rumah. 
Jeff Gemuk berlari ke arah kami untuk memeluk kami. Kami lari sebab tak sanggup tersepit di dada Jeff.
Dalam keadaan termengah mengah itu, kami berjalan perlahan ke arah baju kami yang dilonggokkan Jeff Gemuk di belakang gol. Senyum kami semua.
Pemain team tuan rumah pula, terdiam dan bercakap sesama sendiri dalam bahasa Ingerris. Kami budak kampung genuine memang tak ambik port bila ada orang tak memartabatkan bahasa kebangsaan. Sebenarnya tak faham. 
Kami nampak salah seorang dari pemain berjalan ke arah belakang rumah. 
“Eh dia masuk dalam rumah ambik air untuk kita kot,” kata salah seorang dari kami.
“Bagus jugak. Air tak cukup ni,” jawab seorang lagi sambil semua menjeling ke arah Jeff Gemuk. Masa dia bawak tadi, air penuh. 
Tiba-tiba kami terdengar bunyi anjing. Mana pulak datang bunyi anjing ni?
Wooff wooff wofff woff heh heh heh wooff woff woff heh heh heh, tercungap cungap kami dengar napas anjing tu.
Kami toleh. Kami terus bukak langkah seribu. 
Celaka.
Anak tuan rumah sudah main kotor.
Dia pergi belakang bukan ambik air. Dia pergi belakang untuk kasi kami hadiah.
Dilepaskan anjingnya dua ekor suruh pi kejar kami.
Masa tu, kami semua panik. Satu-satunya jalan keluar dari rumah itu, dari situlah juga arah anjing itu datang. 
Nasib baik tukang belanja aiskrim Malaysia cepat berfikir. Dia terus berlari ke arah pagar jaring rumah itu dan terus melompat memanjat. 
Melihatkan dia sudah berada pada ketinggian selamat, kami tanpa berfikir panjang terus mengikut jejak panjatannya.
Melengkung pagar tu tak dapat tampung 11 orang. 
Keadaan masa tu sangat getir. Kami dah bayangkan kalaulah digigit anjing tu, mahu mahu dilapah daging kami yang masih teruna ni semua.
Kami sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Pagar tempat kami jadikan tempat sandaran nyawa kami rupanya tak lama. 
Jeff Gemuk tetiba turut melompat naik.
Jika sebelum ini lendutan hanya 40 peratus, Jeff Gemuk berjaya menyumbang 50 peratus lagi.
Punggung comel kami yang berseluar pendek hanya dipisahkan angin nipis, senipis kulit limau kasturi dengan mulut anjing tuan rumah.
Celaka betul.
Kami semua menoleh. Ada yang sudah menangis. Tapi aku tetap tahan airmata aku biarpun sudah bergenang sedikit mungkin disebabkan habuk masuk mata.
Aku tak tahu siapa, tetapi aku dengar herdikan dari salah seorang pengayut pagar professional yang menyuruh tuan rumah ikat anjing dia atau dia akan beritahu bapak budak tu. 
10minit kami bergayut di pagar. 10minit yang paling panjang dalam hidup kami. Rasa macam sudah berakhir hidup kami masa tu.
Selepas anjing diikat semula, kami semua muka bengang. Merah muka kami walaupun sebenarnya muka pucat lebih tepat menggambarkan wajah kami masa tu.
Kami serik selepas itu. Dua tiga minggu kami bengang tengok muka diaorang. 
Tapi selepas itu kami main semula sebab padang dia best. 
Dan setiap kali itulah kami dah bersedia untuk panjat pagar. Bila dah berkali kali, pagar itu runtuh. Anak tuan rumah kena marah dengan bapak dia. Itu kali terakhir kami main di situ. Tapi kami tetap berkawan sehinggalah kami berpindah. Tak tahu kat mana diaorang sekarang. Kalau dalam iklan Petronas, mesti diaorang jumpa balik kami dan beraya makan ketupat.
Tetapi hasil dari dugaan itu semua, ada di kalangan kami yang berjaya jadi juara 100 meter dan 400 meter berganti-ganti di sekolah.
Dan ya, tahun ni, cerita ni boleh buat iklan raya Petronas.

11 Replies to “#859: KISAH BUDAK BUDAK”

  1. Nadz Ruslan: kalau ada link yg tunjukkan/buktikan entry ni plagiat, paste kat sini. Silakan. 🙂 saya pun nak tahu gak siapa yg diplagiatkan.

  2. dari mula baca sampai habis aku cuba bayangkan 11 + 11 player main bola kat padang rumah cina tu. mesti bergumpal2 bergomol2 korang d=rebut bola mcm ikan belukang kat muara air surut kan. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *