#855: PERKATAAN MEMBUNUH JADI MAINAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL

#855: PERKATAAN MEMBUNUH JADI MAINAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL

Aku pernah tulis. 
Cuba baca link berikut: 
Di laman sosial, semua nak jadik dewasa. Ya, yang merasakan diri mereka lebih dewasa pun ramai. Di laman sosial, tiada lagi batasan. Yang dah dewasa dan feeling lebih dewasa serta suka mendewakan diri pun SANGAT ramai 
Tiada lagi halangan. Jari boleh menaip apa sahaja yang mereka rasa, apa yang mereka mahu. Semuanya di hujung jari.
Kalau terlintas di kepala untuk menulis – aku nak tidur, maka tulislah ia “aku nak tidur’.
Begitu juga, kalau ditulis “aku nak membunuh”, ditulislah “aku nak membunuh.”
Bukan setakat peminat kpop sahaja, tetapi ia secara general. Peminat kpop adalah fanatik. Aku fikir mereka merasakan apa yang dilakukan bagi membela genre kpop ini sebagai satu ‘jihad’. Kesian aku kat bebudak ni semua. Mungkin mak bapak mereka tak ambil peduli pasal anak anak mereka.
Mungkin mak bapak mereka ini merasakan apa yang anak mereka buat, lakukan sentiasa betul. 
Itu mengingatkan aku pada nasib guru hari ini. Kalau pelajar dipukul sikit, cepat cepat pergi suratkhabar, nak masuk tv, “anak saya anak yang baik.” 
Mungkin mereka tak pernah dengar “pijak semut pun tak mati.”
Itulah. Kita sibuk dengan dunia. Kita sibuk dengan hal nak budget duit esok nak pergi kerja, duit nak bagi anak sekolah, duit nak beli Preve, duit nak tengok wayang, duit nak beli langsir baru – raya dah nak dekat.
Semuanya dalam akal kita – duit. Kita lupa asas-asas penting – mengawal anak kita dari membuat perkara bodoh.
Twitter menggunakan lambang burung sebagai tanda niaga mereka. Ia menggambarkan kebebasan. Tetapi pengguna twitter berikut menyalahgunakan kebebasan berikut bagi mengundang kebebasan mereka dirampas.
Berikut adalah reaksi yang diperolehi dari laman sosial twitter, ekoran komen pelakon yang juga Presiden Seniman – Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi terhadap kemasukan artis luar. Bacalah sendiri.
Kalau pihak berkuasa malas, mereka boleh lakukan search di capaian ini.
 Jika dilihat mengikut peruntukan yang ada, mungkin ia boleh diklasifikasikan mengikut Seksyen 507, Kanun Keseksaan. Ia perlu disiasat pihak berkuasa. Ini bukan main-main biarpun kita anggap, “alah bebudak jek tu.”
Tetapi itulah, dulu kes anak saudara aku pun Ibupejabat Polis Kulaijaya buat endah tak endah. Dan ini diakui oleh salah seorang SIO di IPD itu. IO yang ditugaskan menyiasat kes itu pun dah pindah. Dan SIO itu mengakui IO tu memang malas.
Kalau kita berterusan menganggap ini semua mainan kanak-kanak di laman sosial, tahukah pihak berkuasa, esok lusa jika berlaku ugutan yang sama dan dilakukan oleh orang dewasa serta dituduh di mahkamah, pasti peguam akan mengambil kira tiada tindakan dilakukan terhadap ugutan sebelum ini dan boleh dianggap sebagai gurauan sahaja?
Dan bagaimana kita nak bezakan mereka itu kanak-kanak dan dewasa? Baca cara mereka menulis – adakah mereka menggambarkan diri mereka kanak-kanak? Tidak kan.
Aku tetap anggap mereka itu dewasa. Kalau kita hendak tumpukan semata-mata akan golongan dewasa, maka tak perlulah kita ada undang-undang juvana mahupun Akta Kanak-Kanak 2001.
Twitter sendiri tiada batasan had umur. Begitu juga undang-undang. 
Memandangkan mereka menganggap laman sosial sebagai ruang kebebasan, maka perlulah tindakan dilakukan, jika tidak, berleluasalah kebebasan tidak terkawal ini.
Kebetulan pula, Evidence Act sudah dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu. Mungkin pihak berkuasa boleh mula menguatkuasakan undang-undang itu dengan menyiasat ugutan ugutan bunuh ini.
Perkataan bunuh dah jadik mainan jek pada mereka. 
Tetapi janganlah pula pihak berkuasa menganggap ini juga mainan. 
Mereka perlu melakukan siasatan dan bawa pengguna laman sosial ini semua ke muka pengadilan. Ia akan jadik satu pengajaran – ugutan bunuh bukan satu mainan.

7 Replies to “#855: PERKATAAN MEMBUNUH JADI MAINAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL”

  1. pergh. orang komen pasal dewa kpok diorang sikit terus nak ugut bunuh? bebudak sekarang ni desperate betul nak jadi dewasa. ingat seronok sangat kot nak bayar bill, bayar cukai semua. parents pun asyik nak menangkan anak, sebab tu la lemak berkrim perangai sesekor sekarang ni.

  2. ada certain parts aku setuju, ada certain parts aku tak berapa setuju.

    Part budak2 zaman sekarang suka2 hati nk bunuh org tu mmg aku pun rasa panas hati jugak. Dia ingat jail tu bapak dia punya kot, suka hati boleh keluar masuk. Part peminat k-pop terlalu obses pun aku akui, sebab aku pun peminat k-pop tegar.hihihihihi.

    tapi kalau k-pop aku kena kutuk takde la aku nak bunuh org, sebab hak masing2 nak minat atau benci kan? Lain org aku tak pasti.

    cuma bukan semua parents x peduli anak. Kalau aku kata mak aku minat gila kat k-pop siap tgk k-pop depan tv dgn kami 5 org beradik mcm mana? kalau aku kata bapak aku yg umur 49 tahun dress up macam lee min ho korang mesti tak percaya. tapi itulah keluarga aku. keluarga k-pop. cuma kami takde lah nk pakai seluar pendek gila mcm dorang tu, kpop mmg kpop, tapi air muka mak bapak kena jaga beb =)

    fyi, umur aku 22 tahun tapi aku masih anggap diri aku budak lagi sebab badan aku ketot mcm budak tingkatan 2. just saying.

    kesimpulannya disini, memang semua peminat k-pop itu fanatik, tapi bukan semua tak reti guna akal. And bukan semua parents yg sapot minat ank mereka itu teruk. so jgn la kata " aku harap aku tak jadi salah sorang parents tu". Lain orang, lain cara. Setiap orang ada cara utk didik ank mereka sendiri. Dan aku rasa my parents did a great job. Mereka berjiwa muda untuk menyelami hati dan perasaan kami yg muda remaja ini.

    Just sharing my thoughts. Kalau ada yg tak berkenan dengan komen aku, maaf lah. Tapi lain org, lain pandangan bukan? =)

  3. Sumandak:

    You need not to be so defensive sebab it is about the picture i posted. Bukan generalising. Pls note that. Tapi, tahniah sebab bukan macam dalam gambar yang dipaparkan.

    So, there is nothing wrong to say "tak jadik salah seorang parents tu" dimaksudkan dari perspektif yang tidak terkatup pada struktur pemikiran yang kecil. Tetapi ia lebih memaksudkan kepada "saya nak perhatikan anak anak saya supaya tidak menyalahgunakan internet."

    Kita kena faham struktur dan maksud lebih meluas dan perspektif lebih lebar sebelum kita merasakan kita perlu bersikap defensif.

    Atau, apa yang dimaksudkan langsung tidak menyentuh pada anak anak yang berjaya dididik seperti Sumandak.

    Ini bukan mengenai apa yang disokong ibubapa terhadap minat mereka, lihat tajuk entry ini. Cuba baca tajuk tu 7 kali dan pejamkan mata untuk fahamkan.

    Faham? Saya harap Sumandak faham.

  4. FYI, Pindaan No. 2 Evidence Act baru lepas bacaan kedua dan ketiga di Parlimen dan belum digazetkan sebagai undang-undang Malaysia. Pindaan No 1 Akta Keterangan sahaja yang mula berkuatkuasa pda 1 Jun 2012.

  5. dahsyat ugut bunuh?? harus awal ditangani – jgn selalu anggap dorg tu masih mentah masih budak lagi… rasanya masa ini lah mesti dibendung supaya tak terus escalate suatu hari nanti akan terjadi macam di USA, budak2 kolej/ high school selamba badak massacre orang ramai….

    Sayang muda muda lagi… masih jauh perjalanan hidup.. blom merasa jadi real dewasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *