#838: KITA SEPATUTNYA JANGAN AMBIL PEMBANTU RUMAH, KITA AMBIL GURU DARI INDONESIA.

#838: KITA SEPATUTNYA JANGAN AMBIL PEMBANTU RUMAH, KITA AMBIL GURU DARI INDONESIA.

Cerita pembantu rumah dari Indonesia masih tak habis habis lagi.
Cerita RM700 gaji minimum masih tak habis habis lagi. 
Cerita sektor lain melibatkan pekerja tempatan yang mahukan gaji minimum ekoran tuntutan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) juga masih tak habis habis lagi.
Cerita gaji pengawal keselamatan yang masih di takuk lama dengan pakaian seragam yang menggeleber juga masih tak habis habis. 
Semuanya pasal gaji.
Gaji RM700 itu bersamaan 2juta Rupiah Indonesia.
Di Indonesia, seorang pemilik rumah mampu memiliki dua, kadangkala tiga pembantu rumah. Bayaran pembantu rumah juga murah. Di sana biarpun barangan keperluan mahal, struktur gaji masih lagi rendah. 
Maka, peluang untuk berhijrah ke negara lain sebagai TKI tidak perlu dipersiakan.
Di Indonesia, anggaran gaji permulaan seorang pembantu rumah adalah 531,000 Rupiah Indonesia atau RM178 sahaja. Majikan juga menyediakan makan minum serta tempat tinggal untuk pembantu rumah.
Mereka juga tidak diikat dengan satu pekerjaan semata-mata. 
Ketika di Pulau Bali, Indonesia minggu lalu, aku dan wanita Korea yang menemani aku merangkap isteri aku, berbicara dengan seorang gadis – Rishka berusia 18 tahun.

Rishka bekerja selama 12 jam setiap hari dan rumahnya terletak di Gilimanuk, Bali kira-kira 4 jam menaiki bas untuk ke tempat kerja .
Kerjanya berdiri selama beberapa jam di depan kafe memegang menu untuk memujuk orang ramai melanggani kafe.
Gajinya cuma 1 Juta Rupiah Indonesia atau RM334 sahaja.
Bijak gadis ini. Banyak diperkatakan ketika kami duduk di kafe tempat dia bekerja.
Antaranya, disebut mengenai gaji permulaan guru di Indonesia berkisar antara 2 Juta Rupiah Indonesia atau kira-kira RM700 sebulan.
Pada 30 Mei tahun lalu, Malaysia dan Indonesia menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.

Selain itu pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri. (Petikan Berita Harian 15 Mac 2012)

Ya, kita perlu berikan mereka menyimpan pasport mereka sendiri agar mudah untuk melarikan diri selepas dua bulan. Ya, tak semua TKI pembantu rumah seperti itu. Tetapi apakah jaminan dari Indonesia TKI pembantu rumah ini tidak melarikan diri? Jika mereka melarikan diri, apakah yang mampu dibantu pemerintah Indonesia?
“Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata JTF hari ini mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Dengan kesepakatan ini, kata beliau 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai hari ini dengan kemahiran khusus masing-masing.

Dalam erti kata lain, majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan kesemua empat tugas itu, harus mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.” (Sumber Berita Harian 15 Mac 2012)

Kos membayar pembantu rumah TKI jika mengikut apa yang disebut Dr Reyna Usman ialah RM2,800 sebulan kerana kita perlu mengambil empat pembantu rumah di mana setiap seorang dibayar gaji minimum RM700 seorang.
Jumlah itu sama dengan 8 Juta Rupiah Indonesia. 
Adakah jika kita memiliki empat pembantu rumah berikutan tuntutan hidup kita, kita akan diberi pengecualian cukai? Aku tahu, mesti ramai yang marah dengan soalan ini tetapi percayalah, satu hari nanti mesti soalan ini akan muncul. 
Rumah kita bukanlah seperti tongkang pecah mahupun kapal persiaran Titanic yang perlu dikemas setiap masa. Dengan gaji RM700 sebulan, ia satu tangga gaji yang sangat mewah. 
Bayangkan, mengemas rumah empat bilik. Dari jam 8 pagi hingga 11 pagi. Selepas itu? Apa lagi, sinetron lah!!
Pengasuh bayi. Apakah mereka benar-benar berkelayakan dan berpengalaman mengasuh bayi? Adakah mereka akan diajar berbahasa Indonesia agar mudah nanti jika ke Bali mahupun Jakarta untuk melancong?
Apakah Indonesia sebenarnya akan menghantar golongan guru ke Malaysia sebagai pembantu rumah bersandarkan kepada tangga gaji yang dituntut? 
 
Tidak mungkin. 
Apakah kita akan tunduk pada kehendak mengarut itu? Jangan kata tidak mungkin kerana segalanya mungkin.
Adakah dengan permintaan gaji RM700 ini akan turut mengubah struktur gaji di Indonesia? 
Adakah kerana kita terdesak, kita rela dengan apa sahaja tuntutan? Tidakkah kita mempunyai skil negotiation? 

8 Replies to “#838: KITA SEPATUTNYA JANGAN AMBIL PEMBANTU RUMAH, KITA AMBIL GURU DARI INDONESIA.”

  1. percayalah.
    ada jugak nanti yang sanggup dengan syarat mengarut tu.
    kebergantungan melampau terhadap tenaga buruh daripada indonesia ni buatkan diorang rasa kalau takde bibik dari indon, rumah orang malaysia terurus. semua jadi macam tongkang pecah.

  2. ye..keywordnya ialah kebergantungan..Tapi saya rasa sangat melampau..
    saya pernah berbincang2 dengan housemate..kenapa org2 sabah n sarawak tak mahu berhijrah ke semenanjung untuk jadi pembantu rumah.di sini ramai yang tak habis sekolah menengah, dah menganggur dan akhirnya duduk rumah kena suap dengan mak

  3. gaji minima yang dituntut tu memang mengarut..ade yang mengatakan gaji 700 tu berdasarkan kepada taraf hidup rakyat malaysia tapi kalau tengok balik ape yang pembantu rumah tu belanjakan bila dapat gaji??makan minum tempat tinggal diponsor..Malah ade sesetengah majikan sponsor baju lagi utk dipakai..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

  4. …dengan ini kerajaan Malaysia tiada apa-apa halangan atas permintaan berpatutan yang telah diutarakan oleh pemerintah Indonesia, atas dasar kesepakatan dan persefahaman antara kedua-dua negara yang selama ini telah terjalin kukuh!

  5. Ish..kalo gomen setuju dgn syarat indon ni mmg la..xtau nk ckp ape lg. payah sgt amik je la filipino ke, tak pun train org malaysia aje la.
    Pasai pa dok nak sgt org indon tah.
    Mcm la negara lain xdak….

  6. Ish, tak payah nego dah. ambil je orang tempatan kalau macam tu. kenapa lah nak susahkan diri ambil amah dari indon. baik lagi government tetapkan minimum tangga gaji amah tempatan sekian-sekian amaun, dapat juga tarik mereka yang menganggur tu untuk bekerja. masalahnya, banyak yang jobless tu lelaki pula.

  7. @norinaomar : soalan anda,"knapa org sabah sarawak xbrhijrah ke smnnjung untk jdi pmbantu rumah?"maaf ye,soalan sya jgk,"knapa org smnnjung x apply jdi pmbantu rumah untk org smnnjung yg prlukn pmbantu rumah?kan kos lgi murah.tuan rumh xprlu fkir pasal tambang kpal trbang untuk pmbntu rumah dri sabah sarawak..kan d smnnjung jga ada golongn yg "tak habis sekolah menengah, dah menganggur dan akhirnya duduk rumah kena suap dengan mak"..skdr brtanya mnurut logik akal. : ) peace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *