#836: SELEPAS BERFIKIR PANJANG, SAYA AKAN HENTIKAN BLOG INI.

#836: SELEPAS BERFIKIR PANJANG, SAYA AKAN HENTIKAN BLOG INI.

Sudah pun memasuki entry ke 836, saya memikirkan sudah tiba masanya untuk saya kembali ke dunia asal dan selepas berfikir masak-masak, saya buat keputusan untuk membuat entry terakhir pada blog ini.
Banyak yang sudah saya nukilkan, banyak yang sudah saya kongsikan, maka saya rasa sudah tiba masanya untuk berundur dan menumpukan hidup saya pada yang hakiki.
Ini adalah entry terakhir dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dah tiba di blog ini dan membaca, berkongsi, copy paste dan menyumpah seranah saya hingga kadangkala saya tergigit lidah sebab kena ngumpat dengan anda. Saya maafkan anda, sebagaimana anda maafkan saya kerana menjadikan anda bahan.

Antara faktor mendorong saya menghentikan tulisan saya di sini adalah ekoran keputusan penganjur Media Social Award untuk berikan saya trofi patah. Patah hati saya. Tiap malam saya menangis disebalik bantal yang disangkakan saya berdengkur oleh si isteri hot saya. Tidak, saya tidak berdengkur, saya menangis sebenarnya tu.

Apapun, saya harap anda semua akan membaca seterusnya tulisan terakhir saya di capaian ini.
Terima kasih dan sebelum anda klik, maafkan saya seikhlas-ikhlasnya. Maafkan saya.

18 Replies to “#836: SELEPAS BERFIKIR PANJANG, SAYA AKAN HENTIKAN BLOG INI.”

  1. cheh! baru nak bergenang air mata. cheh! sgt cheh! hampeh! nway, continue berblogging ok =) oh, btw, takziah trofi patah. gam gajah tak cukup gajah. takpela, a.hazrey satu, wife satu. adil. sbb kejayaan seorg lelaki biasanya disokong seorg wanita. pheww…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *