#826: CEMBURU BAWA WARGA EMAS KE TALI GANTUNG

#826: CEMBURU BAWA WARGA EMAS KE TALI GANTUNG

Mahkamah Tinggi Johor Bahru petang tadi, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga emas Indonesia selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya Mac tahun lalu.
Lelaki itu, Mesnayo Longdi, 69 tahun didakwa membunuh bekas isterinya pada 16 Mac lalu di rumah sewa wanita itu di 88 Jalan Seniman 2, Kg Seri Serdang, Batu 6, Tampoi Johor Bahru.
Mangsa, Demeh Tinak, 44 tahun sudah diceraikan tertuduh enam bulan sebelum kejadian.
Tertuduh didakwa cemburu dengan wanita itu yang menjalankan khidmat urut tradisional termasuk untuk lelaki sehingga membunuh mangsa.
Mangsa ditikam sebanyak 20 kali di bahagian perut dan dada.
Tertuduh yang turut memiliki taraf penduduk tetap turut menikam anak tirinya berusia 28 tahun namun berjaya diselamatkan pasukan perubatan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu selepas mengambilkira keterangan 10 saksi pendakwaan manakala tertuduh adalah satu-satunya saksi pembelaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguambela, S.O Chong.
Lelaki itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa membunuh bekas isterinya dengan motif berasaskan cemburu kerana wanita itu turut mengurut lelaki.
 
Sebelum ini, tertuduh turut dibicarakan dengan seorang lagi lelaki namun lelaki itu dilepas serta dibebaskan mahkamah selepas mendapati tiada kes prima facie terhadapnya pada 30 Januari lalu.
Kes mula disebut pada Julai tahun lalu dan mula dibicarakan pada 14 November.
Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati, mandatori.
Ingat, jenayah membawa padah.

One Reply to “#826: CEMBURU BAWA WARGA EMAS KE TALI GANTUNG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *