#821: PELACURAN – DIPERALATKAN ATAU?

#821: PELACURAN – DIPERALATKAN ATAU?

Jam 10 malam Jumaat (17 Februari) lalu, kami diberi taklimat mengenai satu operasi khas oleh Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian, Ibupejabat Polis Kontinjen Johor, Deputi Superintenden Mohammad Abd Hamid.
Satu pusat karaoke eksklusif dikatakan menawarkan tarian bogel dan khidmat seks kepada pelanggan yang tentunya terdiri dari mereka yang hidung belang.
Aku dan seorang wartawan Berita Harian memasuki pusat karaoke terbabit yang terletak di Jalan Datuk Suleiman Johor Bahru kira-kira jam 11.30 malam sebagai pelanggan.
Mungkin, rupa paras kami terutama wartawan Berita Harian berkenaan Mohd Iskandar Ibrahim agak iras lelaki hidung belang maka tujuan sebenar kami tidak disyaki.
Hakikatnya, apa yang berlaku di dalam bilik karaoke itu agak mengejutkan apatah lagi penawaran dilakukan tanpa rasa segan. Apakah mereka diperalatkan atau mereka sendiri mahukan itu semua kerana wang?
Insyaallah, laporan penuh di 999 minggu ini. Tungguuuuuu.

2 Replies to “#821: PELACURAN – DIPERALATKAN ATAU?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *