#820: AKU DAH MENANG. HMMM.. HOOO… LALALA.. MMMMMM

#820: AKU DAH MENANG. HMMM.. HOOO… LALALA.. MMMMMM


Semalam, kecoh satu dunia. Email bertalu talu, panggilan telefon tak henti-henti, sms melampaui kuantiti lazim (satu sms sehari), lambaian dari penumpang kereta bersebelahan di traffic light tak letih-letih.
Semalam jugak, kira-kira 10,000 twitter aku terima hanya untuk mengucapkan tahniah, sama seperti jumlah undi.
Dan semua yang aku tulis di atas adalah bohong belaka. Ko ingat aku retis ke? Tumbuk perut kau nanti.
Semalam, result World Bloggers and Social Media Awards 2012 dipaparkan di laman web penganjur. Aku tak tahu pun, sebab aku tak check setiap minit dengan menekan butang F5 setiap 30 saat. Aku tahu ada orang buat camtu, baik kau ngaku.
Aku tahu sebab ada dua wanita, seorang pembaca dan seorang pengunjung meninggalkan komen, dan beritahu aku menang. 
Aku harap penganjur tak bagi voucher KFC jek. Aku ni cerewet dan mulut jahat. Nanti seminggu aku tulis kat sini. Kalau marah membara, aku tulis dua minggu. Kalau ada tukang mengapi, aku tulis setiap minggu sampai ujung tahun.
Ya, aku melonjak-lonjak kegembiraan sambil ambil gitar nyanyi lagu Cinta Muka Buku di depan rumah aku semalam selepas melihat result ini. Aku sempat tarik langsir rumah aku untuk dipadankan dengan lagu Cinta Muka Buku ala Juara Lagu tempohari.
Aku sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan MLM “tak join tak aperr, dengar dulu” dan sila bayar air sendiri ya sebab komisen saya pun tak dapat lagi. Upline saya lari. Penipu. Tak apa, kita perlu ubah nasib kita, kalau orang lain sibuk mengejar duit, kita biarkan duit kejar kita. 
Kepala hotak kau berjambul. Orang lain kerja lah bongok, pakai kederat. Kau pakai airliur tak gosok gigi kau tu nak mengayat orang, dan setiap malam kau mengimpikan ayat ayat upline kau yang maha penipu tu beritau kat kau: “dalam sebulan jek, awak mesti pakai Mercedezzzz.” 
Last-last yang kau mampu cuma naik bas Mercedez. Tak pulak kau ambik gambo depan bas Mercedez tu kan. Kau memang bodoh. Kau tau tak kau bodoh? Kalau kau tak tau kau bodoh, cuba tanya member MLM kau yang kat sebelah tu. Kalau dia cakap tak, dia pun bodoh. Hahahahaha
Tapi aku kalau buat MLM, mesti aku yakin dapat Datuk. Pastu kat twitter cepat cepat aku tukar twithandle aku jadik DatoHazrey. Haaa kau hado?
Tapi Siti Nurhaliza tak pun tulis camtu kat twithandle dia. Kereklah tu kau dah dapat Dato sampai kat twitter pun kau nak tulis camtu. Kah kah kah kah kah.
Ohh by the way, aku baru terima satu sms dan aku harap penghantar sms itu akan baca. Nama dirahsiakan ya kakak-kakak sekelian:
“I was one of ur frienz b4. I just look ur face at tv3 during interview afew days. So I find ur no at my old note book. Ur face same as b4….”
Jap, aku rasa nombor yang dia sms tu, aku baru pakai dalam 2 tahun, dan dia kata dia from a company that I left 10 years ago. Meaning dia simpan nombor aku sebelum aku daftar nombor ni? Nak troll aku lettewwwww.. Hhahahahahah.
Itu mesti ada dungu bagi nombor aku, pastu cakap “janji tawwww jangan akap iteww bagi awak tawwww.”
Anyway, banyak pulak subplot aku ni. Hahahah. Walhal aku nak tulis pasal award tu. 
Jap, apa aku nak tulis tadi eik? Haaa, oklah terima kasihlah pada yang undi tu. Harap korang ikhlas, kalau tak, kita jumpa kat Padang Mahsyar. Selamat Tinggal Dunia Pondan.
Siapa letak komen nak mintak bebukan, nak piza lah, nak poskad lah, nak sate lah, nak mekdi lah, aku delete korang dari carta hati ku.. 
Engkau duduk di situ, 
Diam tersipu malu, 
Mahu mendekati aku, 
Tapi bila aku haaar.. mulutku busuk berbau
Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
Harap pasni kau kebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Spt chikaro dapat gula
Dari mata turun ke peha
Dari teman menjadi selera
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
 
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
hmm.. hoo.. lalala.. mmm
Aku tak tau apa motip ada hmm, hoo, lalala, mmmm. Hahahahahahahahahahaahahah. cuba korang sebut buat melodi sendiri. hmmmmm, hoooo, lalala, mmmmm. pastu gelak kuat kuat hahahahaahahah
Ok, aku tengah stress laptop aku rosak takleh detect wireless adapter. Jangan nak menghanjing aku. 
Terima kasih pada undi korang. Untuk makluman, aku bukanlah jenis yang kenang sangat budi orang. Hahahahahahahaha. Korang semua tertipu… hmmm.. hooo.. lalala.. mmmmmm
 
 

25 Replies to “#820: AKU DAH MENANG. HMMM.. HOOO… LALALA.. MMMMMM”

  1. Bro..
    blog ko menang eh? ok tahniah..semoga blog ko neh lebih berbau longkang..sorry aku joking..

    semoga blog ko makin meletops dgn siri2 pendedahan/kebobrokan mereka yang sepatutnya berkerjasama dengan masyarakat tapi buat suka suki mak bapak derang je dengan kuasa yang ada di tangan mereka..

    syabas!

  2. Ala laptop kau tu kasi CPR mesti baik wifi dia… alaa kau kan ada belajar masa kat St John dulu…

    Anyway tahniah bro… kalau jumpa tak belanja teh tarik… siap ko…

  3. ari tuh janji nak kasi mekdi dabel….

    dasar yb politik ler tuh…. sama sekolah tabika dulu tak ingat ker… jgn kata ai trolll u tawww… ai cuma nak juwal kad topup jeww…

    hahahahaha….

    Tahniah~!!

  4. hahah..aku baru tau blog pakcik (itew asew mudew lewww)menang …

    kalau tak ari2 aku tweet ko hazrey..ahahaha

    by the way..kalau ade ucapan terima kasih semasa amik trofi tu ..boleh gak baca semua2 ni..siap nyanyi lagu tu jgn lupe okies.. daaa

    eh, actually nk cakap tahniah..1 drp undian tu drp kitewww leww !!! haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *