#817: SAYA PERLUKAN BODYGUARD.

#817: SAYA PERLUKAN BODYGUARD.

Aku minta maaf.  Aku berkali kali baca story mengenai Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol skuad Olimpik kita di Harian Metro hari ini.
Aku berkali-kali baca untuk memastikan ia bukan satu story troll. Ya, memang bukan. Ia story sahih.
Ini dia story dia. Untuk makluman, gambar diambil menggunakan Galaxy Note ya, adik adik sekelian. Korang jangan jeles.

Sekali lagi aku nak tulis, berkali-kali aku baca story ni. Aku dok pikir tang mana yang keselamatan penjaga gol ni diancam?
Aku tak salahkan bapa penjaga gol ini. Mungkin pakcik Che Mat merasakan ‘keselamatan anaknya itu terancam’ berikutan terlalu banyak gosip mengenai anak bujangnya yang kini semakin popular sejak Piala Suzuki. 

“Apek didakwa menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun yang sanggup memutuskan pertunangannya.
“Selain itu, Che Mat berkata berikutan dakwaan itu, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya.
“Pelbagai perkara tidak diingini mungkin berlaku selepas ini dan kami bercadang mengupah pengawal peribadi jika keselamatan Khairul Fahmi terancam,” katanya. Petikan dari akhbar Harian Metro.
Bodyguard is a serious business. Ia adalah pengiring rapat yang menjaga keselamatan seseorang individu yang memiliki risiko tinggi seperti diculik, dibunuh atau dicederakan berikutan personaliti dirinya dan lazimnya mereka terdiri daripada golongan mewah atau VVIP.
Dan apabila seorang penjaga gol memerlukan bodyguard, adalah satu perkara yang sangat pelik. Abis nanti kat padang, bodyguard tu duduk mana? Belakang gol? Pakai t-shirt budak kutip bola? 

 “The padang is very the clear, control, roger that control.”

“Kick the referee ass if he allows the next goal, roger that, control.”
Perkara ini bertambah pelik, kerana ‘keselamatan’ Khairul Fahmi terancam berikutan banyak sangat gosip dia dengan aweks?
Maka, lepas ni, Apek akan lebih mudah keluar dengan aweks sebab dah ada bodyguard?
Yelah, orang Malaysia ni belum dungu lagi nak pi ‘mengancam’ keselamatan Apek dek semata-mata dia dok keluar dengan awek sana, awek sini.
Paling tidak pun, kita boikot dia. Itu jek. Tak pun, kalau kita terserempak dengan dia kat mana-mana tempat awam, kita jangan hiraukan dia. Itu dianggap ‘keselamatan terancam?’
Atau tugas bodyguard tu nanti adalah untuk memanggil orang awam untuk kononnya hendak bergambar dengan Khairul Fahmi?
Kalau kita analisa balik dan dengan mudah google perkataan ‘Apek Khairul Fahmi’ kita juga akan dapat Khairul Fahmi menjaga body. Apa yang dimaksudkan adalah seperti foto berikut:

Sebenarnya, Apek tak perlukan bodyguard. Dia dah pandai ‘guard’. Manja u ni tau, Apek. Ai suka.

Foto dari mediamalaya ini mungkin akan berlainan sikit apabila Apek dah ada bodyguard. Mungkin sofa atau kerusi yang digunakan perlu lebih panjang lagi bagi memastikan keselamatan penjaga gol ini.
Seriously, selama aku menulis, tiga kali diugut bunuh dan siap dikepung oleh penjenayah. Aku terpaksa menjual kereta lama sebab kereta dah dicam mereka yang tak suka paparan serbuan terhadap premis mereka.
Mereka pernah mengekori kereta aku selepas satu serbuan rumah urut yang turut menawarkan khidmat seks libatkan gadis Melayu.
Aku masih lagi tetapkan hati – kita bekerja demi rezeki yang dianugerahkan Allah SWT, maka selagi Allah SWT melindungi kita, Insyaallah.
Tak pulak aku rasa aku perlukan bodyguard. Ini bukan kisah pasal mampu atau tak mampu, tetapi ini soal apakah penyebab Khairul Fahmi perlukan bodyguard?
Pada aku, Khairul Fahmi BUKAN memerlukan bodyguard, tetapi Moral Guardian untuk ikut dia setiap masa dan nasihatkan dia, jangan dok berkepit jek dengan aweks. 
Kau tu orang kenal, kau keluar dengan sesiapa orang mesti kenal. Apa yang terancamnya? Yang terancam adalah kami, lelaki lelaki semua sebab kau dok tukar aweks. Abislah chance kitaorang.
Maka, Khairul Fahmi, aku nasihatkan kurang-kurangkanlah dengan aweks tu semua. Kalau mereka minat, takyahlah kau kasi harapan. Buatkan sempadan. Bila dah ada tu semua, lebihlah sikit peluang kami yang tak handsome ni semua. Tapi aku memang takde chance lagi sebab bini aku garang. Hahahah.

16 Replies to “#817: SAYA PERLUKAN BODYGUARD.”

  1. Malas nak komen pasal KFCM (nama glamer dia kat internet) sebab dia tak seglamer Brad Pitt. Heheheh..

    And just nak bagitau bukan awak sorang aje ada Galaxy Note. Kitew dah lamew adew taw!!! Kalew putih lagiw… kih kih kih kih..

  2. aweks itu semualah yang sebenarnya body gurad apek kahkahkahkahkah…..melihatkan pada gambar diatas kini baru aku tau kenapa KFCM ni pandai tangkap bola…tak tengok bola pun dah boleh tangkap kahkahkahkahkhakah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *