#797: KALAU LAGI KETAT, WA DATANGLAH LAGI. (18SX)

#797: KALAU LAGI KETAT, WA DATANGLAH LAGI. (18SX)

“SUDAH BERAPA KALI DATANG SINI?”
“SUDAH BANYAK KALI. 
“SATU MINGGU BERAPA KALI?”
“TENGOKLAH KALAU KETAT BANYAKLAH. BIASALAH, TAKDE BINI.”
Itulah jawapan salah seorang pelanggan yang ditahan dalam serbuan Cawangan D7, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor malam kelmarin (Khamis).
Pelanggan berusia lewat 30-an ini bekerja di Singapura dan antara pelanggan tetap sarang pelacuran ini sebelum dibongkar pihak berkuasa.
Sindiket menggunakan taktik menyewa rumah untuk dijadikan sarang pelacuran dan hanya mereka yang dikenali atau diperkenalkan pelanggan tetap akan dibenarkan masuk ke rumah terbabit.
Dua buah rumah dikenalpasti di Taman Daya, Johor Bahru dan polis berjaya memberkas enam wanita warga asing berusia antara 25 hingga 30 tahun menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM100.
Serbuan diketuai Pegawai Turus D7 IPK Johor, DSP Mohammad Abd Hamid bersama sembilan anggota.
Dalam serbuan di rumah pertama, seorang lelaki tidak menyedari sarang pelacuran itu sedang diserbu polis, sempat menghabiskan perkhidmatan yang sudah dibayarnya. 
“Sudah habis?”
 “Sudah tuan,” tapi muka sedikit kelat, mungkin terpaksa menghabiskan dalam keadaan tergesa-gesa apabila pintu bilik itu sudah diketuk berulang kali.
Polis turut menemui stok kondom yang belum digunakan.
Selain itu, kondom yang baru selesai digunakan bersama pelincir turut ditemui di kedua-dua premis ini.
Dua rakan crime journalists turut menyertai operasi ini, Salman Hamat dari Harian Metro dan Mohd Iskandar Ibrahim dari Berita Harian. Kami juga bergilir-gilir belanja minum setiap kali keluar operasi. Next turn ialah giliran Salman. Kena makan banyak sikit ni.
Tulisan Salman dipaparkan di Harian Metro hari ini (Sabtu) dengan paparan satu foto ketika aku sedang berbual dengan dua wanita dari Thailand ini. 
Dan, penulisan crime journalism adalah bersandarkan matter-of-fact, pemerhatian (observation), undang-undang dan modus operandi. Kekadang ia tampak lazim, hakikatnya setiap jenayah yang dilakukan adalah berbeza pelaku dan modus operandinya.

11 Replies to “#797: KALAU LAGI KETAT, WA DATANGLAH LAGI. (18SX)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *