#795: WARGA ASING TAWAR KHIDMAT SEKS DICEKUP

#795: WARGA ASING TAWAR KHIDMAT SEKS DICEKUP

RM500.
Itulah caj khidmat seks yang dikenakan bapa ayam bagi lelaki hidung belang untuk melanggani wanita warga asing dibongkar polis Johor.
Serbuan jam 1 pagi itu berjaya menahan 15 wanita warga asing di sebuah pusat hiburan di Taman Daya, Johor Bahru.
Melalui tindakan Ops Noda diketuai Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid, seorang bapa ayam berusia 36 tahun turut diberkas.
Operasi disertai tiga pegawai dan tujuh anggota D7 IPK Johor itu hasil maklumat orang ramai serta risikan.
DSP Mohammad (kanan sekali berbaju putih) menerangkan tentang tangkapan yang dilakukan kepada wartawan Harian Metro, Salman Hamat (tiga dari kanan) dan Iskandar (berbaju belang) dari Berita Harian.

Modus operandi pusat hiburan ini hanya membenarkan wanita menawarkan khidmat seks pulang bersama pelanggan untuk bermalam selepas premis ditutup pada jam 3 pagi.
Ini bagi mengaut keuntungan caj minuman sepanjang premis ini beroperasi dari jam 4 petang.
Ketika serbuan dilakukan, pusat hiburan ini sarat dengan pengunjung biarpun premis ini agak tersorok dari jalan utama.
Sembilan wanita warga Vietnam dan enam dari Filipina berusia dalam lingkungan 18 hingga 27 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Empat warga Filipina yang dicekup turut didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Bapa ayam warga tempatan ditahan mengikut Seksyen 372B kerana mencari pelanggan bagi tujuan persundalan.
Manakala wanita warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 39 (B), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.

3 Replies to “#795: WARGA ASING TAWAR KHIDMAT SEKS DICEKUP”

  1. adakalanya saya memang kagum dengan kekentalan iman para pegawai dan anggota polis LELAKI bila mereka membuat serbuan kat disko,pub,rumah urut yg dipenuhi perempuan cina putih gebu dan seksi gila. Setiap kali saya tengok kat TV berita pasal serbuan ni,kalau ada peluang saya nak je tanya,mereka ni tak tergoda ke dgn perempuan yg putih gebu dan seksi tu? Tolong tanya En Hazrey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *