#794: ADA HANTU DI PLAZA TOL SKUDAI?

#794: ADA HANTU DI PLAZA TOL SKUDAI?

Lihat foto di atas, sebuah bas sekolah melanggar tembok di Plaza Tol. Ia disiarkan sebuah akhbar Cina dan rakan aku Harris Nasution, seorang pegawai bank di Johor Bahru turut memuatkannya di laman facebooknya. 
Menurut Harris Nasution, foto ini diperolehinya dari email yang dihantar rakannya namun tidak dapat dipastikan akhbar Cina yang mana satu. Nanti esok lusa aku check dengan kekawan media Cina.
Jika betul apa yang aku tengok, kemungkinan ini adalah kemalangan yang berlaku di Plaza Tol Skudai pada 4 Oktober 2008, di mana pemandu bas ini maut manakala lapan penumpangnya cedera.
Pemandu, P. Ambalagan, 48 tahun maut dalam kejadian kira-kira jam 12.19 tengah hari itu.
Aku ingat  kejadian ini sebab aku dan crew pada masa kemalangan ini, sedang sedap menjamu selera di rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram, Datuk Haji Maulizan Bujang. Terpaksa lari tinggalkan majlis itu dan tak sempat nak buncitkan perut.
Pada hari kejadian, umat Islam sedang menyambut Aidilfitri yang masuk hari keempat.
Yang paling aku tak boleh lupa ialah, pada kejadian itu aku terlihat satu kotak kasut di letakkan di bahu jalan dan nampak sesuatu di dalamnya berwarna gelap. Aku tanya pada pegawai polis dan jawapannya: itu jantung driver bas ni ! Terkedu aku. 
Jantung pemandu itu dipercayai tercabut dan tercampak akibat dari impak perlanggaran bas itu dengan tembok di plaza tol berkenaan.
Bas ini digunakan sebagai bas tambahan membawa 13 penumpang rakyat Indonesia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
Ikut pada siasatan polis, bas ini yang sepatutnya menggunakan lorong paling kiri iaitu untuk bas dan lori, secara tiba-tiba menukar laluan ke lorong Touch N Go. 
Adakah bas ini tiba-tiba menukar lorong kerana objek di dalam gambar di bawah ini?
Lihat sebelah kanan foto ini. 
Aku tak pasti sama ada ia ‘a hoax’ atau palsu termasuk menggunakan teknik superimpose atau penggunaan photoshop, tetapi ia sudah disiarkan di akhbar Cina tempatan.Mungkin kalau aku lihat foto original, kita boleh lihat, tetapi foto di atas adalah dari cetakan akhbar terbabit.

Dan foto-foto ini semua turut diedarkan melalui email.

Nota: Foto di atas tidak dimiliki blog ini, ia adalah dari akhbar Cina tempatan. 

5 Replies to “#794: ADA HANTU DI PLAZA TOL SKUDAI?”

  1. itu adalah `bunting' iklan sempena raya yang tersilap print. jadi nak elakkan pembaziran, PLUS gantung kat situ sebagai tanda ingatan. (aku cuba berfikiran positif dan mengetepikan perkara mistik buat seketika).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *