#788: A SUPERB VIDEO THAT YOU MUST WATCH.

#788: A SUPERB VIDEO THAT YOU MUST WATCH.

Memang banyak hasil karya yang kita boleh temui di youtube dan ada yang memiliki satu bentuk penceritaan yang baik, termasuk dari sudut sinematografi serta kontinuiti.

Madmiechannel menghasilkan karya yang baik berjudul Tomato biarpun aku rasa mereka masih muda dalam bidang ini. Penghasilan filem pendek yang sangat baik.

Ada akan berkata ia seperti filem gay kerana pada adegan suap dan berbaring di taman, tetapi kerangka plot yang cuba disampaikan amat jelas iaitu untuk saling memaafkan.

Bagaimanapun, aku sedikit frustrated pada minit 10:39 apabila foto pegun hitam putih tidak diperkembangkan lebih sedikit dengan pelbagai kegembiraan kesemua mereka ketika menjamu selera. Ia mungkin dapat mewarnakan lagi scene itu. Itu pendapat aku. Pada pendapat aku, judulnya jugak mungkin boleh ditukar kerana kaitan Tomato hanya sedikit iaitu pada permulaan filem.

Apapun, ia tidak mencacatkan keseluruhan kerangka penyampaian mesej. Tahniah untuk anak anak muda ini!

Terbaek!

4 Replies to “#788: A SUPERB VIDEO THAT YOU MUST WATCH.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *